1

25 0 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



"The heck are we doing here?!"

Mata mencerlung tajam ke arah lelaki separuh abad di sebelahnya.Rasa marahnya semakin menebal apabila soalannya tidak dihiraukan.Selendang di kepala diperbetulkan bagi menghilangkan rasa marah dan tidak puas hatinya.Kaki yang dari tadi tidak dapat duduk diam menunjukkan tahap kesabarannya menipis seperti kulit bawang.

Melihatkan adiknya diperlakukan sebegitu oleh ayah mereka,dia mengambil keputusan untuk diam sahaja dan cuba memahami keadaan yang sekarang ini dia pun tidak mengerti.

Dia bukan seperti adiknya Abigail Charles Larson,dia seorang yang panas baran dan jika dia tidak dapat apa yang dia mahukan maka dia akan mula memberontak seperti tadi.Perangai Abigail ini saling tidak berubah sama seperti ibu mereka Lara Mary Larson.

Sikap mereka yang sentiasa tunjuk diri mereka kuat telah membuatkan orang disekeliling menganggap bahawa mereka angkuh dengan kehebatan mereka.Tambahan pula  dengan status keluarga mereka yang merupakan kerabat diraja dan mereka juga sebenarnya the next in line for the throne sekiranya raja dan bapa saudara mereka sekarang King George meninggal dunia kerana dia tiada pewaris dari zuriatnya memandangkan dia tidak pernah berkahwin.

Bagi dia dan ayahnya,Abigail dan ibunya bukan seperti yang disangkakan oleh orang ramai.Kalau hanya berkenalan dan melihat begitu sahaja memang akan dipandang serong tetapi jika mereka selami dan mengenali mereka dengan lebih dekat,mereka akan mengetahui bahawa Abigail dan ibunya bukan seperti yang mereka katakan.Mereka berdua sebenarnya mempunyai hati yang luhur dan begitu sensitif sekali.Oleh itu,untuk mengelakkan diri mereka daripada dikecewakan mereka akan membina benteng yang sangat kukuh sehingga konkrit pun tidak dapat melawannya.Mereka bukannya angkuh,mereka cuma mahu melindungi diri mereka daripada disakiti oleh manusia yang tidak berhati perut seperti mereka yang hanya tahu menilai seseorang dari luaran sahaja.

Mereka tidak tahu peristiwa yang Abigail dan ibunya lalui sehingga mereka terpaksa berkelakuan seperti itu. Peristiwa yang sehingga kini masih lagi berparut walaupun ia sudah lama berlalu.

Sebagai abang dan anak pertama,Alex lebih tahu untuk menjaga perasaannya dan berfikir sebelum bertindak kerana dialah yang akan menjaga Abigail sekiranya ayah mereka tiada nanti.

Alex jarang menunjukkan perasaannya sehingga digelar hati batu oleh media kerana ketika ibu mereka meninggal tiga tahun yang lalu dia tidak menunjukkan sebarang reaksi,hanya menunduk ke bawah sepanjang pengebumian ibunya sebagai tanda hormat.

Berbeza dengan adiknya yang berkurung selama tiga hari di dalam biliknya tanpa makan dan minum,hanya ditemani air mata yang mengalir tanpa henti apabila memikirkan ibunya telah tiada.Reaksi ayahnya pula sukar untuk dibaca tapi dia tahu bahawa ayahnya juga bersedih kerana lelaki yang dikenalinya itu yang dulunya seorang yang ceria,peramah dan sentiasa tenang tiba-tiba kurang bercakap,tiada lagi senyuman manis yang menghiasi wajah tuanya hanya wajah yang pucat dan muram sahaja sejak cinta hatinya telah meninggalkannya. 

The Basketballer VS Prince CharmingWhere stories live. Discover now