Untuk kamu,
Terima kasih buat semua memori walau aku tahu bukan mudah untuk kita mencapai kebahagiaan yang kita lalui sekarang ini.Terima kasih kerana telah menunjukkan kehidupan sebenar dan tidak mudah lelah mengajar aku erti kehidupan selain daripada membuatkan rasa bertanggungjawab ini tinggi buat semua makhluk di semesta ini.
Tak mampu aku bayangkan hidup aku tanpa kamu walau mereka berkata bahawa jarak bukanlah segalanya jika kasih adalah segalanya.
Terima kasih kerana telah menunggu dan tidak memilih untuk pergi ketika aku atau kamu berada di bawah mahupun kita tidak mampu membaca luahan hati masing-masing ketika itu.
Terima kasih buat tahun dan memori yang banyak memberi makna dan membuka mata kepada dunia sebenar.Sadis bukan aku dengan egoku sebelum ini?Memandang rendah dan bersikap egois dengan hamba seperti aku.Terima kasih kerana mengajar aku untuk menunjukkan kasih dan hormat di dalam hidup ini walau pada permulaan aku dihampiri seribu ragu kerana datangnya kamu bagaikan kejutan yang memberi impak,tiada siapa menjangka.
Terima kasih buat segala rasa,semoga kebahagiaan dan rasa ini akan terus kekal.
Terima kasih buat kekuatan yang engkau beri ketika aku tidak yakin dengan diri sendiri.
Sesungguhnya,
Aku bahagia.
YOU ARE READING
aphrodite
Romanceindah bukan untuk melihat dia dari jauh apatah lagi kalau mampu memilikinya. aku sangkakan rasa ini akan menjadi sebelah pihak sahaja dan tidak pernah aku menyangka kita akan membentuk sebuah rasa yang tak mampu diucapkan melalui kata-kata. mungkin...