💓 ; 11

779 93 20
                                    

♧•♧•♧

Haemi meletakkan sedikit bedak pada wajah Jungkook selepas rambut lebat jejaka itu sudah disisir rapi.

Insiden Jungkook cuba membunuh diri sendiri itu sudah dua bulan berlalu. Namun sikapnya masih sama.

Sering berdiam diri, wajah yang persis orang tidak punya perasaan, menangis sendirian.

Tapi, Haemi tetap tidak berputus asa. Meskipun layanan Jungkook terhadapnya dingin, dia harus memastikan Jungkook dijaga dengan seelok-eloknya kerana itu janji yang diberikan kepada Puan Jeon di atas sana.

Jungkook masih termenung memandang ke luar tingkap. Langit malam kelihatan sangat cantik kerana bintang bertaburan menghiasi langit malam yang gelita itu. Bulan juga tidak terkecuali.

"Awak suka bulan?"

Diam.

Tiada sahutan daripada Jungkook. Pertanyaan Haemi dibiarkan berlalu begitu saja.

Jungkook masih setia memandang bintang itu dengan pandangan kosong. Tapi, secara tiba-tiba air matanya jatuh laju mengalir di pipi.

Haemi sedar bahawa Jungkook sedang menangis. Namun, dia hanya membiarkan lelaki itu meluahkan segala tangisannya. Beginilah Jungkook setiap hari.

Menangis itu bagaikan menjadi rutin harian hidupnya.

"Kook, awak nak tau tak kenapa bulan dan bintang menghiasi langit?"

Tiada jawapan lagi.

Hanya esakan yang terdengar.

"Bintang menghiasi langit sebab langit tu kosong. Gelap. Nampak membosankan. Tuhan ciptakan bintang agar langit menjadi cantik. Bulan pula diciptakan untuk memancarkan cahayanya ke seluruh alam pada malam yang sangat gelap."

Sapu tangan kecil diambil di hujung katil lalu mengesat air mata Jungkook daripada terus mengalir.

"Macam tu juga hidup kita. Tuhan pasti akan hantarkan sesiapa saja untuk membahagiakan setiap hambanya yang bersedih. Cuba awak bayangkan bahawa langit itu adalah awak. Bintang itu adalah Yoongi, Namjoon, Hoseok, Jimin, Tae dengan Doktor Kim manakala bulan pula adalah saya."

Haemi menarik tangan Jungkook lalu digenggam lembut.

"Bagaimana keadaan awak apabila saya dan kawan-kawan awak yang lain tiada di sisi awak? Pasti hidup awak jadi lebih gelap kan? Kook, kami semua sentiasa ada di sisi awak untuk menyokong dan membuat awak gembira tanpa perlu lagi memikirkan perasaan sedih yang membelenggu diri awak tu."

"R-Rindu..." sepatah perkataan mula terbit daripada mulut Jungkook.

Dia hanya menunduk.

"Saya faham awak terlalu rindukan emak awak. Tapi bukan macam ni caranya untuk ubati rindu tu. Rindu untuk orang yang telah tiada ni bagaikan rindu yang tiada pengakhirannya. Kita yang masih di sini perlu teruskan kehidupan macam biasa dan jangan sesekali lupa untuk mengirim doa buat mereka yang di sana."

Haemi mula mengusap perlahan belakang badan Jungkook sambil sebelah lagi tangannya sesekali mengelap air mata jejaka itu.

"Senyum. Tu saja kunci untuk awak rasa bahagia. Ingat, di dunia ni kalau kita rasa diri kita susah, jangan lupa bahawa ada orang yang lebih susah daripada kita. Cuba tengok kat luar sana, ada budak yang ibu dan ayahnya dah tiada. Tapi macam mana dia handle rasa rindu tu and terus jalani kehidupan dia macam biasa? Sebab dia percaya, jika dia gembira, ibu dan ayahnya juga gembira di sana."

Kata-kata motivasi dan semangat diri yang diberikan buat Jungkook secara percuma itu membuatkan hati lelaki Jungkook yang lemah mula kuat sedikit demi sedikit.

Setiap apa yang Haemi cakap semuanya menyerap masuk ke dalam hatinya.

"M-Maafkan, Kook..."

Jungkook terus tenung mata Haemi kerana ingin memohon kemaafan daripada gadis yang tanpa jemu membantu dirinya yang terkontang-kanting itu.

"Haemi akan maafkan Kook kalau Kook jadi orang yang sentiasa positif dan sentiasa dengan senyuman. Kalau Kook sedih lagi nanti Haemi tak nak dah kawan Kook." ujar Haemi sambil menggunakan intonasi suara kanak-kanak.

"Okay! Kook janji."

"Aigooo, bagus! Macam ni lah Kook yang Haemi kenal!"

Tubuh Jungkook terus didakap erat. Jungkook turut membalas pelukan gadis itu sambil tersenyum nipis.

Kalau aku sendiri tak ubah diri aku, macam mana nak bahagia kan?

▪▪▪▪
TBC

592 words for this chapter!❤

heyyo maaf maaf sebab spam update HAHAHA. nak kacau noti korang dengan update ff sendu ni hikshiks.

maaf andai ada yang kurang 🙏 hiks okay okay tanak membebel panjang 😂

okay, selamat membaca!💜

Unforgotten | JungkookWhere stories live. Discover now