Heat POVAku berlari kearah puting beliung itu. Sememangnya ia besar berbanding yang lain yang pernah aku nampak. Pokok pokok di sekeliling sudah pun tercabut dari tanah dan terbang mengikut arah pusaran angin tersebut. Aku merendahkan diri aku, demi mengelakkan diri dari menerima nasib yang sama seperti pokok pokok tu. Bukan sahaja pokok, batu bata, rumah , binatang yang berdekatan juga dah dibawa terbang. Ni kalau termasuk skali memang takde harapan nak keluar dengan selamat.
Cakap pasal batu bata, teringat cerita spangebob. 'Rasanya macam.. ' 'HUPLA' 'Rasanya macam..' 'HUPLA!!' KETUNG!! (Hupla kene baling dengan batu bata sampai tumbang)
Setelah jarak aku dengan tornado itu agak dekat. Aku menarik nafas dalam dalam. Menumpukan perhatian untuk menghasilkan kuasa yang aku sendiri tak pernah buat. Awan gelap melingkari langit, sebuah lingkaran cahaya mengelilingi aku. Haraplah kalini Jadi! Kalau kuasa ni tak jadi. Alamatnya, aku cuma tinggal nama je esok.
Aku membuka mata dan melepaskan segala tenaga dan kuasa aku. Maka muncullah sebuah lagi puting beliung, tetapi kalini anginnya bertiup kearah yang bertentangan dengan yang asal. Mengikut logik pemikiran aku, kalau aku dapat lagakan kedua dua taufan ni, dan dengan kelajuan angin yang sama, mungkin kedua dua taufan akan lesap. Aku cuba membaca kelajuan taufan besar di hadapan aku dan cuba mengikuti kelajuannya.
Ia memang makan masa yang lama giler untuk tingkatkan kelajuan taufan yang aku sendiri hasilkan. Kerisauan mula mencecah masuk ke dalam hati aku. Macam mana kalau aku kehabisan tenaga sebelum sempat berbuat apa apa? Dah la aku belum makan lagi ni.
Aku mengeluarkan sepenuh tenaga aku. Nampaknya, taufan ni dah bersedia untuk dilagakan. Aku berjalan sedikit demi sedikit ke hadapan. Merapatkan jarak taufan aku dengan yang satu lagi. Jantung aku berdegup kencang. Aku tak pasti kalau cara aku ni berkesan. Satu cara je. Aku kene terus berlari masuk ke dalam puting beliung tu untuk lagakan kedua dua taufan ni sepenuhnya. Tapi macam mana aku nak pastikan yang aku tak akan diterbangkan?
"HEAT!!!" Aku terdengar suara Fanny memanggil aku. Aku berpusing kearahnya. Dia sedang berdiri di atas tembok The Gates sambil memegang rantai besi yang bersambung dari tembok tersebut ke menara kawalan. Keadaannya tak lagi nampak secemas sebelum ni.
"FIGHTING!!!" Jeritnya lagi sambil membuat dua thumbs up untuk aku. Aku tersenyum dan mengagguk. Ni kalau failed ni malu ni. Ni dah namanya bertarung demi maruah, bukan demi nyawa dah.
Aku menarik nafas dan terus berlari masuk ke dalam puting beliung itu, membuatkan taufan yang mengelilingi aku bertembung dengan puting beliung itu. Aku merendahkan diri aku serendah yang boleh. Sememangnya tak boleh nak bergerak langsung. aku mencengkam tanah. Dengan mengeluarkan sedikit elemen tanah, tanah tempat aku berpijak mula mencengkam kedua dua kaki aku agar aku tidak terbang.
Tapi aku sedar, kedudukan aku bukan di tengah tengah puting beliung. Taufan yang aku hasilkan tak mungkin dapat bergabung sepenuhnya dengan puting beliung ni. Aku melepaskan cengkaman tanah pada kaki aku dan cuba untuk bergerak ke hadapan, menuju ke bahagian center. Tapi tersilap langkah. Jantung aku berhenti berdegup. Aku tak sepatutnya angkat tapak kasut aku, perkara yang aku dah lakukan tadi membuatkan aku hilang imbangan dan akhirnya aku terasa diri aku diterbangkan mengikut arus puting beliung.
Fanny POV
"HEAT!!" Aku melambai lambai kepada Heat. Nampaknya ini je yang aku boleh buat. Maklumla, aku ni kan bakal ahli pasukan Cheer up sekolah. Heat memandang aku.
"FIGHTING!!" Aku bersorak sambil membuat dua Likes. Biasanya lelaki akan jadi lebih semangat bila dapat sorakkan atau pujian dari perempuan.
Dia tersenyum . Aku rasa dihargai. Aku melihat dia berjalan dan akhirnya berlari masuk ke dalam angin puting beliung itu. Seram weh. Aku memeluk rantai besi besar yang memang dari tadi aku pegang dengan tujuan mengimbangkan lagi badan aku.
YOU ARE READING
The Golden Wings
RandomWARNING: CERITA NI MENGANDUNGI KATA KATA KESAT, LUCAH , THE GAYNES TAK BOLEH BAWAK BINCANG. AND MOSTLY REALLY STUPID IN THE WORLD. Mengisahkan pertemuan Fanny dengan Kyle Withingale dan Adik lelakinya Feo Withingale yang sebenarnya bukan dari alam...