It's better to die in peace than to live in pieces.
Telefon bimbit di telinga aku genggam kuat, sekuat gigitan di bibir bawah. Menahan segala esakan dan air mata, namun tiada guna.
Biar...
Mata yang membengkak terpejam apabila mendengar suara itu.
Biarkan air mata kau terus mengalir, menghanyutkan segala kedukaan kau yang tak terluah.
Maka semakin deraslah air mata berlinang.
Selalu ku persoalkan, kenapa semuanya berantakan? Pengorbananku tak terlihat di mata mereka. Aku sudah cukup sakit berkorban, dan mereka berjaya menggandakan sakit itu.
Aku tak buta seperti mereka, jadi kau tak sendirian.
Walaupun hanya suara, ia mendamaikan.
Tunggu.
Tiada siapa yang boleh berpihak padaku. Kelak mereka akan diperlakukan seperti aku. Kerana... manusia sememangnya kejam.
Tak semua sedar...
Yang kelihatan baik, itulah yang paling bijak menghina. Tajamnya lidah mereka melebihi tajamnya mata pedang, membuatkan aku gerun. Aku hanya boneka di mata mereka.
Yang menggerakkan aku, lakukan setiap kemahuan mereka.
Aku, boneka yang tak punya hati mahupun perasaan. Lagikan pula penat.
Itulah aku di mata mereka.
Sejujurnya, aku tersangatlah lelah. Berat untuk aku katakan, tapi... aku lebih rela bersendirian berbanding hidup dikelilingi para durjana.
Mereka disanjung.
Aneh.
Dalam sedar tak sedar, hingga ke saat ini aku masih tak mampu bersuara. Bibir aku seakan terkunci. Sakit ini terlalu dalam, membunuh aku secara perlahan.
Kelu.
Sepi berpanjangan.
Manusia durjana, hebatnya kau kerana masih mampu bergelak ketawa di saat kau... menjadi punca aku putus asa dalam meneruskan hidup yang seharusnya indah.
Tabik!
-100220-