Semua murid kelas pergi ke makmal hanya Y/n yang berada di kelas dan tidak mahu masuk ke makmal walaupun di pujuk oleh Fina dia masih lagi berdegil tak nak pergi lalu Fina pun tinggal kan kawan nya.
"Aku bagitahu cikgu kau sakit kepala eh?" Kata Fina.
Y/n mengangguk kepala tanpa melihat Fina. Dia hanya menggeleng kan kepala kepada Y/n yang tiba-tiba mahu ponteng kelas.
Solar ialah satu kumpulan dengan Y/nr. Matanya meliar mencari Y/n tapi apabila Fina masuk tanpa membawa kawan nya dia terasa agak kecewa dan tertanya di manakah crush nya itu. Solar mahu tanya pada Fina tetapi malu takut dia syak sesuatu jadi Solar hanya mendiamkan diri tanpa apa-apa berita tentang Y/n.
Cikgu pun masuk ke makmal dan mula mengira kumpulan yang ada. Dia menegur Solar kerana dia berseorangan di belakang.
"Solar? Mana Y/n?"
"Ah... Dia..."
Fina mengangkat tangan memanggil gurunya.
"Ye Fina ada apa?"
"Y/n tak sihat! Dia pergi bilik rawatan."
"Oh yeke... Tak apa la kita mulakan kelas sekarang."
SOLAR POV
Tak sihat? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Dia okay tak? Dia ada kat bilik rawatan... Patut ke aku pergi tengok dia? Tapi kelas baru nak mula... Aku nak pergi tengok dia!
"Cikgu!"
"Ye Solar kenapa?"
"Izin kan saya pergi ke tandas."
"Ye boleh sila kan... Oh kejap ambil pas ni sekali."
Solar berlari ambil pas dan keluar secepat nya.
Aku nak tengok dia... Aku nak- eh...?
Dia nampak Y/n sedang tidur di dalam kelas lalu dia masuk ke sana pergi ke meja Y/n dan memandang nya. Solar menyelak rambut Y/n supaya dia boleh tengok muka Y/n. Solar dekat kat bibirnya pada Y/n dan berhenti. Dia lari balik ke belakang sambil menutup mulut nya.
Nanti kejap apa yang aku buat ni?! Aku cuba untuk cium dia ke?! Huh?! Astaghfirullahalazim... Mengucap Solar! Mengucap!! Tapi... Sekali je... Aku nak sentuh muka dia...
Dia kembali dan mencium dahi Y/n lalu keluar kelas.
Y/N POV
Blah pun diaorang... Aku takkan masuk makmal tu dengan Solar... Pergi mampus! Aku lebih rela masuk lombong daripada masuk makmal dengan si mata empat tu. Ha... Baring kejap la... Tutup mata kau dan tenang kan fikiran jangan fikir apa-apa... Jangan- eh... Weh?! Siapa tu? Siapa masuk tu?! Tak dengar suara langsung... Hantu ke??!! Jangan buka mata!! Jangan buka- apa ni?! Hantu main rambut aku?! Ya Allah lindungi aku!! Lin- haih... Kenapa la aku bodoh sangat mana ada hantu siang-siang buta macam ni... Tapi kalau bukan hantu siapa? A... Apa... Dia... Nak cium aku?! Dia nak cium aku?!? Dia nak curi first kiss aku?! Andwae....!!!! Eh?! Dia tak ambil! Haha!! Alhamdulillah! Siapa ni dowh... Patut ke aku buka mata? Kejap... Dia belum habis lagi... Dia- cium dahi... Charming nya?! Siapa ni woi!!
Sebelum sempat Solar keluar kelas Y/n sempat buka mata nya dan melihat siapa dalang nya... Y/n terkejut dia memegang dahi nya sambil blushing.
So- solar?! Apa... Kenapa dia... Buat macam tu...?!
Y/N POV END
"Yohoo!! Y/n! Kau dah okay ke?!" Tegur Fina.
Fina melihat Y/n sedang bebelkan sesuatu tapi dia seperti sedang gelisah sambil menggenggam tangannya.
YOU ARE READING
Private School [SU]
Fanfic(ELEMENTALS X READER) Apa perasaan kau bila dapat masuk private school? Padahal gaji mak ayah kau tak ada la sebesar gaji kerja kerajaan cuma sekadar cukup makan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. And then bila dah masuk kau jadi bahan...