Waktu rehat
Macam yang dikatakan tadi Fina meninggalkan y/n berseorangan di sekolah dan itu hari pertama y/n berada di sekolah tanpa seorang kawan untuk ditemani. Y/n memegang sudu sambil mengaul nasi yang tak bersentuh dari tadi, dia merenung jauh sampai tak perasan yang Blaze, Taufan dan Thorn sedang menyelinap masuk dari bawah meja dan bangun duduk di sebelah kiri dan kanan y/n.
"Dari tiga... 1..2...3!" Kata Blaze memberi isyarat kepada Taufan dan Thorn untuk mengejutkan y/n.
"Y/N!!" Jerit mereka kat telinga y/n.
Y/n terkejut sampai terpelanting sudu di tangannya tadi. Dia menggosok kedua belah telinga sambil menahan keperitan. Y/n tidak mahu cari pasal jadi dia hanya hembuskan nafas sabar dan mendiamkan diri, dia ambil balik sudu yang terpelanting di hadapannya dan sambung bermain dengan nasi dengan muka yang muram. Itu membuatkan tiga trio tertanya-tanya bila Taufan memberi isyarat dengan menggunakan mata tanda maksud "dia kenapa." Blaze membalas dengan mengangkat bahu.
"Weh... Kau okay tak?" Soal Blaze menundukkan kepala cuba untuk melihat muka y/n.
"....." Y/n hanya diamkan diri.
"Eh... Kau marah ke? Okay okay sorry! Kitaorang nak kejutkan kau je." Pujuk Taufan.
Namun tiada apa-apa balasan dari y/n malah reaction mukanya kerana terlalu sedih bila terpaksa ditinggalkan oleh kawan pertamanya di sekolah ini. Pada mulanya mereka mahu membiarkan tapi bila Gempa, Hali, Solar dan Ice datang dengan membawa dulang makan mereka lalu duduk di hadapan y/n.
"Korang kacau y/n lagi ke?!" Marah Hali.
"Eh! Tak ada la kitaorang datang nak teman y/n sebab kitaorang nampak dia duduk sorang-sorang." Kata Thorn cover up sambil berkata benar.
"Thorn!!! Nice cover!!" Bisik hati Blaze dan Taufan sambil menunjuk thumbs up pada Thorn nampak sangat diaorang berkongsi otak dan minda patut la sama-sama bengong.
"Mana... Fina?" Soal Ice pada y/n tetapi tiada jawapan.
"Aku dengar tadi Fina kena balik sebab atuk dia meninggalkan kat Mekah." Kata Gempa.
"Oh yeke?! Kesian nya..." Kata Solar lalu memandang y/n yang muram.
"Y/n, daripada kau main dengan nasi tu baik kau makan." Kata Hali.
"Kau makan la! Tak ada selera!" Kata y/n menolak dulang makanannya berlaga dengan dulang Hali membuatkan dia terkejut.
Y/n bangun lalu meninggalkan kantin tanpa memandang belakang kiri dan kanan.
"Heih! Ni semua salah kau!" Marah Solar.
"Eh! Apa salah aku pula?!" Balas Hali.
"Yelah! Yang kau pergi tegur dia tu kenapa?! Kan dia dah marah! Kau kena ingat yang kau tu dah taken! Jangan harap lah nak dapat y/n." Kata Solar dengan padu.
"Amboi, sedap je mulut kau! Eh! Kau ingat kau layak ke untuk dia? Muka pun macam ayam berak kapur ada hati nak tawan dia." Balas Hali dengan mantul.
"Apa kau cakap?!"
"Eh eh eh!! Kita kat kantin ni! Nak gaduh bukan kat sini! Nanti aku yang kena marah! Kat rumah tak apa lah aku yang bantai punggung korang!" Kata Gempa cuba halang mereka.
"Tah nya, buat apa nak gaduh-gaduh bukan ke y/n suka bila korang bersama?" Kata Ice masuk campur lalu menyuap Thorn yang mahukan carrot di dalam makanannya.
"Haah la, y/n mesti lagi suka kalau korang berbaik." Kata Taufan.
Hali dan Solar terdiam bukan! Mereka auto sentap. Mereka tahu yang y/n suka bile mereka bersama jadi mereka buat tak tahu lalu sambung menjamu.
YOU ARE READING
Private School [SU]
Fanfiction(ELEMENTALS X READER) Apa perasaan kau bila dapat masuk private school? Padahal gaji mak ayah kau tak ada la sebesar gaji kerja kerajaan cuma sekadar cukup makan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. And then bila dah masuk kau jadi bahan...