"Tuan, harini tuan akan ada temu janji dengan client."
"Client? Maksud awak, client dari syarikat The Jeon tu ke?" Soal Soonyoung yang masih tekun melihat laptopnya.
"Iya"
"Kalau macam tu, baiklah. Kalau Soonhyun dah datang nanti suruh dia pergi bilik Seokmin." Pesan Soonyoung kepada gadis itu.
"Baiklah tuan"
~~~~~~
P.O.V Yuvin
"Awak faham apa yang saya terang tadi?"
"Faham Cik Hyunji. Ada apa-apa lagi?"
"Takde tu je. Thanks Yuvin"
"Memang tugas saya pun cik. Oklah saya tutup dulu. Nanti saya cerita semua kat cik. Bye"
"Bye"
Aku menyimpan handphone ku di poket seluar. Aku melihat kawasan sekeliling.
"Besar dan cantik macam yang dikatakan" Syarikat pertama yang aku jumpa ada tiga belas ketua terbahagi kepada tiga bidang berlainan dalam satu syarikat. Patutlah orang gelar syarikat ni dengan nama 17.
Masuk sahaja aku ke dalam syarikat tersebut, aku terus melihat seorang wanita yang dari tadi berdiri menunggu ketibaan seseorang. Dengan tidak sengaja kami berdua bertentang mata. Macam cinta pandang pertama pulak. Eheks.
"Encik! Awak encik Yuvin kan? P.A kepada cik Jeon?" Soal gadis itu sambil berlari kearah aku.
"Iya saya."
"Owh perkenalkan saya, Choi Eunha. P.A encik Kwon Soonyoung.
Aku hanya memberikan senyuman kepadanya. Yaallah asal tulang rusuk aku bergetar ni.
"Encik ada masalah ke? Kenapa encik tampar muka encik? Ada nyamuk ke?"
"Eh takde apa-apa" Haah memang ada nyamuk pun tu hah depan mata saya lagi tu. Dahlah Nyamuk tu telah mengaburi cinta saya. Ktiber.
"Kalau macam tu sila ikut saya" senyum wanita tersebut dan aku pun hanya ikut jejak hatinya eh tak maksud aku jejak kakinya dari belakang.
Asal kau banyak merapu ni Song Yuvin.
~~~~~
"Tuan, encik Yuvin dah sampai"
Aku masuk ke bilik tersebut dan melihat sekeliling. Dahlah luas cantik pulak tu. Aku melihat bilik tersebut dengan muka yang kagum.
"Bilik saya biasa-biasa je" ucapnya sambil melihat kearah ku.
Dia perasan ke Aku tengok tadi? Aku dengan muka yang blushing terus duduk di kerusi yang telah disediakan.
"Cantik bilik ni. Encik ke yang deko bilik ni?" Soalku.
Dia tersenyum dan sesekali dia melihat biliknya sendiri.
"Saya tak pandai nak deko benda macam ni yang saya tahu hanya mengatur strategi dan lancarkannya je." Senyumnya dan kembali melihat muka aku.
Jap asal aku macam kena perli ni. Dia ni memang suka perli orang ke apa?
"Habis tu siapa yang deko bilik ni?" Soalku ingin tahu. Dia melihat wajah handsome ku sekilas dan dia tersenyum.
"Bekas isteri saya yang deko bilik ni" senyumnya lagi.
Bila difikirkan balik, aku baru ingat yang salah seorang dari bos syarikat ni pernah bercerai. Nasib acik cleaner yang bagitahu pasal tu. Taklah aku terkejut sangat.
Aku hanya mengagukkan kepala berkali-kali.
"Mana bekas isteri cik sekarang?" Kenapa aku tanya soalan tu. Kau memang nak cari nahaslah.
Dia tersenyum dan melihat kearahku. Matilah kau Song Yuvin!
"Kalau saya tahu mana dia, mungkin saya tak sunyi macam ni."
"Maafkan saya, saya tak sengaja"
"Takpelah, saya tak ambik hati pun. Jemputlah duduk" pelawanya kepadaku.
Dalam masa yang sama pandangan mata aku tertarik dengan sebuah bingkai gambar mungkin gambar keluarganya?
Tapi kenapa muka wanita dalam gambar tu macam familiar bagi aku? Muka dia!
Jangan cakap yang tu.......
Thanks sebab baca 😃
Vote and Comments 😁
YOU ARE READING
[✔] sᴇᴄᴏɴᴅ ᴄʜᴀɴᴄᴇ ғᴏʀ ᴜs || ᴋᴡᴏɴ sᴏᴏɴʏᴏᴜɴɢ
Fanfictionᴅɪsᴇʙᴀʙᴋᴀɴ ᴛᴀᴋᴅɪʀ ᴍᴇʀᴇᴋᴀ ʙᴇʀᴊᴜᴍᴘᴀ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴋᴀʟɪ ᴋᴇᴅᴜᴀ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴘᴇɴᴇᴍᴜᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴛɪᴅᴀᴋ ᴅɪᴊᴀɴɢᴋᴀ. ᴡᴀʟᴀᴜᴘᴜɴ ᴍᴇʀᴇᴋᴀ ᴍᴀsɪɴɢ-ᴍᴀsɪɴɢ ᴍᴀsɪʜ ʙᴇʟᴜᴍ ᴛᴇʀᴜʙᴀᴛ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴋɪsᴀʜ sɪʟᴀᴍ ʏᴀɴɢ ᴛᴇʀᴅᴀʜᴜʟᴜ. ᴛᴇᴛᴀᴘɪ ᴀᴅᴀᴋᴀʜ ᴛᴀᴋᴅɪʀ ʏᴀɴɢ ᴅɪʙᴇʀɪᴋᴀɴ ɪɴɪ ᴅᴀᴘᴀᴛ ᴍᴇɴʏᴀᴛᴜᴋᴀɴ ᴅᴜᴀ ᴘᴀsᴀɴɢᴀɴ ɪɴɪ ᴋᴇ...