Pengawal Keselamatan

21 1 0
                                    


"Aaa!!!" Hafizi Dan Farhan menjerit tatkala ternampak sesuatu dibelakang mereka. Kisahnya bermula semasa Hafizi Dan Farhan ingin melakukan rondaan di sekitar Hospital tempat mereka bekerja sebagai Pengawal Keselamatan.

Pada malam itu seperti hari2 yang lain tiada apa2 yang menarik berlaku jadi untuk menghabiskan waktu2 terluang sebelum mereka melakukan rondaan seperti biasa mereka akan melepak bersama2 dengan kawan2 yang lain. Seperti biasa apabila mereka lepak bersama kawan2 yang lain Hafizi dan Farhan suka bercerita mengenai kisah2 seram walaupun mereka sendiri tidak pernah mengalaminya.

Apabila tiba masa untuk mereka melakukan rondaan Farhan dapat merasakan seperti ada sesuatu yang akan berlaku pada malam itu menyebabkan timbul rasa tak sedap hati. Apabila melihat rakan nya seperti gelisah Hafizi pun menegur nya.

"kau ni dah kenapa ni farhan?" tanya Hafizi kepada Farhan.

"Takde apa2 lah aku cuma rasa tak sedap hati la macam ada sesuatu yang tak kena hari ni" jawab Farhan selepas ditanya oleh rakannya itu.

"Alah kau ni takde apa2 lah semua perasaan kau je tu" kata Hafizi kepada rakannya itu.

"Mungkin betul jugak cakap kau, eh jom la kita start meronda lambat nanti kena marah dengan bos pulak macam hari tu" kata Farhan selepas melihat jam ditangannya menunjukkan sudah menghampiri pukul 11 malam. Semasa mereka melakukan rondaan didalam hospital mereka melintasi suatu lorong gelap yang hanya diterangi oleh lampu kecemasan sahaja. Semasa mereka lalu di lorong tersebut mereka ternampak seperti ada kelibat seseorang didalam salah satu bilik yang lampunya tak dibuka.

Kemudian mereka cuba memasuki bilik tersebut lalu. "Haa!!!" mereka dikejutkan oleh seorang lelaki yang tiba2 menjerkah mereka dari dalam bilik. Disebabkan terkejut Farhan telah jatuh terkejut di atas lantai.

 "Haha tahu takut haha" Kata orang memakai topeng tersebut rupa2 nya orang itu adalah kawan mereka sendiri iaitu Doktor Syed.

"Haih kau ni buat kiteorng terkejut je" Kata Hafizi sambil memarahi sahabatnya itu.

"Yang kau ni pun satu sampai terjatuh ni, kenapa?" kata Hafizi apabila melihat si Farhan yang cuba untuk bangun selepas terjatuh.

"hehe, tak aku terkejut tadi tu sebab jatuh tu" kata Farhan sambil tersengih sorang.

"haha, tu la suka sangat borak cerita seram kan dah takut haha" Kata Doktor Syed sambil tergelak. Mereka memang kenal sangat dengan perangai sahabat mereka sorang ni yang sememangnya suka mengusit orang.

Ada satu ketika dia pernah mengusit salah sorang dari staf hospital sampai demam dibuat nya. "Kerja malam ke?" Tanya Hafizi kepada Doktor Syed.

"Eh tak lah, aku baru siap buat kerja tu yang lambat tu ni pun aku aku masuk bilik ni sebab nak simpan fail," Jawab Doktor Syed.

"Ok lah aku balik dulu elok – elok sikit meronda tu lagi – lagi kat bilik mayat tu. Assalammualaikum" Sambung Doktor Syed lagi.

"Waalaikummussalam, yela kau pun elok2 balik tu" Jawab Hafizi dan Farhan. Selepas itu mereka pun meneruskan rondaan mereka. Semasa mereka melalui wad pesakit mereka ternampak kelibat seorang lelaki sedang berlegar – legar di kawasan itu. Mereka merasa hairan lalu membuat keputusan untuk menegur lelaki tersebut.

"Assalammualaikum encik, encik buat ape kat sini?" Tanya mereka kepada lelaki itu tadi tetapi tiada jawapan yang diberikan oleh lelaki tersebut.

"Maaf encik, kami nak tanya encik buat kat sini sebab kawasan ni sepatutnya dah tak boleh masuk sebab waktu melawat dah lama habis?" tanya hafizi dengan nada yang agak kuat sedikit.

Pengawal keselamatanWhere stories live. Discover now