05.

479 56 12
                                    


"amboii kau tutor ke boyfriend hwayoung?" kata sangyeon dengan nada menyakat setelah hyunjae kembali ke ruang tamu semula.

"b-boyfriend jadah? aku sebagai tutor hwayoung, kena la prihatin dengan dia." sangyeon hanya mencebik mendengar balasan hyunjae manakala younghoon pula tersedak air coke.

"btw nanti aku nak buat quiz math untuk hwayoung, saja nak test perkembangan dia. so nanti jangan sibuk cari aku pulak." kata hyunjae sebelum menyumbatkan pizza ke dalam mulutnya.

chanhee yang seakan-akan mulai faham dengan tindak-tanduk hyunjae itu sudah memandang hyunjae dengan penuh curiga sebelum tersenyum dalam diam.

yang tahu je tahu hehe.

"iyalah hyunjae oii. jangan buat bukan-bukan pulak dekat anak dara orang, adik younghoon pulak tuh." kata sangyeon, memberi peringatan kepada lelaki itu.

bukannya sangyeon lembab, tak tahu bahawa hyunjae dalam diam sebenarnya menyimpan perasaan dekat adik perempuan sahabat mereka itu.

obvious sangat lah weh.

hyunjae mengerutkan keningnya. "hyung ni, ke situ pulak! jangan risau lah, aku baik okayy." hyunjae yang sudah tersengih itu mendapat pandangan tajam daripada member-member lain, lebih-lebih lagi daripada younghoon.

---

[ HWAYOUNG POV ]

"ini ke gamenya? quiz math?" aku menyoal, sekali lagi ingin mendapatkan kepastian. entah mengapa terbit rasa kecewa dalam hati aku setelah melihat hyunjae oppa terus mengangguk laju.

"sesiapa yang bagi jawapan salah kena jentik kat dahi, amacam?" aku menelan air liur dengan pahit melihat hyunjae yang sudah menaik-naikkan keningnya berkali-kali. wow, ada hukuman sekali. menarik!

"o-okay!" hyunjae tersenyum dan kami memulakan permainan tersebut atau lebih tepat lagi, quiz math. hiks.

20 minit sudah pun berlalu. setakat ni hyunjae langsung tak buat silap, setiap soalan math yang aku bagi mesti dia boleh jawab dengan tepat. bruhh─ how?? manakala aku dah tiga kali kena jentik kat dahi sampai dah merah ni haa.

dengan penuh nervous, aku menanti hyunjae yang sedang menyemak jawapan aku untuk soalan kali ini lalu dia memandang aku dengan penuh kecewa. oh noo!

"ahh... disebabkan hwayoung cuai kat sini, so jawapannya... salah!" aku mengeluh dan redha dengan nasib aku. aku sudah memejamkan mata, menunggu hyunjae untuk menjentik dahiku.

game pun game ya guys. sweet macam mana pun lelaki yang bernama lee hyunjae ini, kalau bab hukuman, dia takkan lepaskan begitu sahaja ")

lima saat kemudian, aku mula berasa pelik apabila hyunjae masih tidak menjentik dahiku malah aku dapat merasakan tangannya yang lembut itu mengusap kepalaku dengan perlahan sebelum menyusutkan rambutku.

huh─

aku membuka mata dengan pantas dan perkara pertama yang aku lihat adalah senyuman hyunjae yang tak pernah gagal membuatkan jantung aku berdegup dengan laju sehingga nak tertanggal.

tangannya masih giat bermain dengan rambutku sehinggalah tiga saat kemudian, hyunjae seakan-akan baru sedar bahawa aku sedang memandangnya dengan blur dan blushing dalam masa yang sama.

"ah! mian..." hyunjae akhirnya melepaskan tangannya tersebut daripada rambutku. aku pula hanya terdiam dengan pipi yang sudah memerah dan kali ini sumpah, aku serious tak boleh nak sorok lagi wajah aku yang dah blushing teruk ni.

"hmm siapa suruh comel sangat!" getus hyunjae tiba-tiba membuatkan mata aku terbeliak mendengarnya. jap─ aku salah dengar ke?

"s-saya c-comel??"

defukk.

hyunjae hanya mengangguk perlahan, membuang pandangan ke arah lain. suasana yang tiba-tiba bertukar sunyi dan kekok ini terus membuatkan aku teringat akan kejadian memalukan itu─ ya ampun, kenapa mesti sekarang jugak aku teringat pasal tu?!

//sambungan flashback//

mata gadis itu terbeliak setelah melihat kewujudan hyunjae a.k.a crushnya yang sedang berdiri tidak jauh daripadanya bersama sekotak kek di tangan.

"h-hyunjae o-oppa?" hwayoung yang masih terkejut itu menyoal sebelum menelan air liur dengan pahit. adakah lelaki itu dah nampak dan dengar semuanya? nampak tariannya yang serupa macam sotong cuba nak menari? terdengar suara sumbangnya yang tak semerdu god jihyo a.k.a girlfriend kang daniel?

oh nooo─

"em nae, oppa datang sebab nak simpan cake dekat peti sejuk and sangyeon hyung kata hwayoung sorang-sorang kat rumah untuk hias sempena birthday party younghoon so oppa datang nak tolong sekali." 

"ah....."

demi menghilangkan suasana awkward yang kini sedang melanda mereka berdua, hyunjae pantas menolong gadis itu menghias apa yang patut sehinggalah siap.

hanya tuhan sahaja yang tahu betapa malunya hwayoung pada saat itu dan gadis itu sedaya upaya mengelak daripada membuat eye contact dengan hyunjae selama birthday party younghoon berlangsung dan sehinggalah party tersebut tamat.

hwayoung juga cuba untuk mengelakkan dirinya daripada bertemu dengan hyunjae setiap kali geng younghoon datang lepak di rumahnya.

//end of flashback//

"hoi korang berdua, tadi chanhee beli tteokbokki dengan ice-cream. jomlah makan kejap!" sangyeon yang sudah berdiri di hadapan bilik hwayoung memanggil mereka.

gomawo sangyeon oppa! andalah penyelamat saya di saat-saat yang genting ini hiks.

"arraseo." jawab hyunjae sebelum memandang aku semula sambil tersenyum. "kaja." katanya sebelum meninggalkan aku.

aku bersembunyi di belakang hyunjae seketika. masalahnya sekarang ni aku seorang je perempuan kat dalam rumah ni dan yang lain semua lelaki. lagipun aku bukannya rapat dengan setiap seorang member si younghoon ni. aku cuma rapat dengan sangyeon, hyunjae dan chanhee oppa je.

"jangan la malu hwayoung, sebenarnya dorang ni baik-baik je kecuali hyunjae hyung!" kata chanhee membuatkan mereka semua mengangguk setuju kecuali hyunjae.

"yyah, aku pun baik okay!" hyunjae menjeling chanhee yang sudah tertawa kecil. "yalah, aku gurau je hyung." 

aku hanya ikut tertawa sebelum mengambil tempat di sebelah younghoon setelah melihat younghoon yang sudah menepuk-nepuk ruang kosong di sebelahnya, mengarahkan aku duduk di situ.

"eh haah, korang dah tengok filem annabelle 10?" soal sangyeon sebelum mengunyah tteokbokki yang baru sahaja disumbat ke dalam mulutnya. semua hanya menggelengkan kepala masing-masing.

"cite seram ke?" soal kevin dan sangyeon hanya mengangguk.

"macam best je... jom gi tengok esok hyunjae." younghoon mengajak hyunjae memandangkan mereka berdua sahaja yang masih menganggur. yang lain sudah mempunyai kerja masing-masing ataupun sibuk dengan dunia universiti.

hyunjae mengangguk tanda setuju lalu tiba-tiba mata kami bertembung secara tidak sengaja. "hwayoung nak ikut tak?" soal hyunjae.

belum sempat aku membalas apa-apa, younghoon sudah tertawa. "hah, memang tak lah! hwayoung ni penakut, mana layan movie seram." hyunjae hanya mengangguk faham. entah mengapa, reaksinya kelihatan agak kecewa setelah mendengar kata-kata younghoon.

aku pula sudah menyumpah seranah younghoon di sebelah aku yang masih tertawa dalam hati sambil menjelingnya. hish, perlu ke dia nak hebohkan pasal tu kat kawan-kawan dia? depan semua orang pulak tu!

don't go away. ljhWhere stories live. Discover now