prolouge

551 17 2
                                    


yaya , budak Fashion and Dressmaking mundar-mandir di kantin sedang buntu untuk mencari model baru kerana model nya terpaksa tarik diri atas sebab peribadi...

tiba-tiba yaya ternampak budak baru keseorangan membeli susu kotak berperisa chocolate, yaya memerhati badan pelajar itu atas bawah lalu berlari mendapatkan pelajar itu dan..

" sudi tak jadi model aku? tolong sangat sangat jangan tolak sebab aku terdesak gila ni. please? "

wajah pelajar lelaki itu seperti hendak tak hendak.

"apa pilihan yang aku ada? " tanya pelajar itu dengan muka annoying.

err

" YES OR YES" kata yaya lalu senyum senyum dengan seikhlas yang boleh dengan kedua belah tangan diangkat paras dada dan buat simbol OK . Harap harap dia nak..

"NO" jawab pelajar itu lalu berlalu pergi.

" weh biadapnya.. " kedu yaya lalu melangkah longlai ke bengkel menjahit. takda selera nak makan.

" ni semua si celaka tu punya pasal.. "

3 hari lepas

" weh yaya harini ada budak baru dari KL. kelas business management, handsome woo. " kata michelle semangat. michelle adalah kawan karib yaya, pelajar bidang cosmetology.

" ye ye je handsome. handsome lagi jordan aku. " kata yaya tersengih. haih rindu lah pulak.

" cis yelah yelah. aku masih rasa macam tak percaya je dia boyfriend kau kan?  bukan calang calang tau, lelaki paling handsome kat sekolah ni yang kau dapat" kata michelle bersungguh.

ye aku akui. jordan adalah pelajar paling handsome dan famous kat sekolah ni. Atlet rugby pulak tu. Kitorang pernah kenal rapat kecik dulu tapi terpisah sebab jordan dan keluarga nya berpindah ke Johor.

Umur 15 baru jumpa balik rupanya papa dia pindah kerja ke syarikat tempat ayah aku kerja. Umur 16 kitorang masuk kolej vokasional sama-sama dia ajak couple ahaks happy gila aku waktu tu sebab aku tak pernah couple huhuu.

3 tahun kitorang hide relationship dan final year ni kitorang open relationship sebab ayah dan papa aku yang suruh. pelik kan?

okay actually kitorang dah dijodohkan dari kecik sebab parents kitorang kawan rapat masa zaman mereka belajar dulu. klise?  ye, benda ni berlaku realitinya. dan orang itu adalah aku.but i'm not complaining sebab kitorang suka sama suka so takda masalah la.. kan?

dan semenjak tu jugak, aku dikecam teruk oleh penduduk kv(kolej vokasional)  ni sebab apa? sebab aku buruk y'all. dahla tembam, muka pucat kering, pendek dan basically, plain asf.

Even junior weh duk kutuk aku, body shaming aku. hmm..

"OI! kau berangan apa tu? tadi sengih sengih angau pastu muka muram mulut muncung. ingat comel la? " kata michelle kasar.

"eh by the way, tadi ada couple kena tangkap dating tau kat makmal sains. " kata michelle bersungguh muka dia cerita. ewah kau bab gosip nombor satu eh. aku ni dahla jenis tak minat bergosip..

"weh yeke?!  sape? sape?  budak harian ke budak asrama?  course apa? weh beraninya diorang dating siang siang. dating lah malam orang tak nampak ehek-"

erm...

" tak pasti course apa tapi dua dua budak asrama kalau tak siap. yang paling best, cikgu khairil(cikgu disiplin yang digeruni) dan cikgu david(ketua warden asrama) yang tangkap. pehh.." jawab michelle.

"weh habis lah diorang tsk tsk tsk"

"tu la pasal.. "

senyap

" yaya "

" pe "

" usha tengok siapa yang kena tangkap jom? "

" eh tak payah lah. penyibuk lah kau ni... kat mana? "

michelle gerak mulut 'follow me' lalu kitorang angkat meninggalkan kantin. masa lompong kitorang bertembung sebab tu la dapat lepak sesama.

masa lompong tu kebanyakan senior(tahun ke-3 & ke-4) yang ada. masa lompong tu adalah masa kosong dimana takda kelas dan buat kerja sendiri. tapi kitorang buat kerja last minit ahaks.

"alah lamanya " bebel aku.

" ish nanti keluar lah diorang tu, cuba ko sabar jap. " marah michelle.

aku betulkan tali kasut hitam aku dan terdengar michelle terkinja kinja tengok diorang dah keluar dari bilik disiplin.

" weh jap, serious ah? " omel michelle.

selesai mengikat tali kasut, berdiri dan mendongak. dan aku menyesal.

" tu bukan jordan dengan roommate kau, liyana ke?

semenjak tu, makin teruk aku jadi bualan ramai. Junior junior langsung tak hormat dah, pfft memang tak hormat dari dulu lagi dah. Kena ejek, kena maki, kena kutuk, semua lah! 

semua ship jordan dengan liyana sebab sepadan. dia dahla cantik, budak kelas account pulak tu. Pelajar batch aku je yang sokong aku, sebab semua orang tau perangai liyana yang sombong tu.

dan sebab liyana sebilik dengan aku, dulu aku je lah yang nak layan dia walaupun perangai haram jadah. sekarang ni dia selalu lepak dengan budak junior kat asrama, nak kutuk aku berjemaah letew.

sebelum ni jordan lah model aku. tapi disebabkan kitorang dah break up aku dengan bangang nya tak nak dia jadi model aku lagi walaupun jordan memang nak tolong. haa nais lah tu yha..

ni macam mana nak carik model ni, fashion show lagi seminggu alah... help me juseyo T_T

YES OR YESWhere stories live. Discover now