“Nah, soto Makasar special buat abang...” kata Ayu seraya menghidangkan semangkuk soto buat Emiir. Tak cukup lagi, Luqman siap hidangkan pula kopi O buat sahabatnya itu.
“Apa kau buat dengan warung aku ni?” bentak Emiir, jelas nadanya kasar.
“Tak ada... Dua hari lepas, ada sepasang suami isteri ni cari soto Makasar, bini dia mengidam. Jadi masa tu Ayu ada kat sini. Terfikir nak buat menu soto Makasar sebagai menu tambahan kat warung abang ni. Baru dua hari Ayu lancarkan menu baru, sambutannya sangat bagus, tahu.”
Begitu teruja Ayu menceritakan asalnya kewujudan menu soto Makasar di warung Emiir. Sementara Emiir masih kekal dengan riak wajah biasanya.
“Jadi sebab dorang, kau porak-perandakan warung aku?!” kata Emiir lagi. Semakin keras suaranya membuatkan Ayu tersentak.
“Err... Ayu buat ni sebab...”
“Boleh tak kau jangan usik barang aku? Warung aku?! Apa masalah kau sebenarnya?!” Semakin tinggi suara Emiir.
Ayu tergamam di situ. Mula mengetap bibir. Pudar terus senyumannya. Mukanya terasa panas. Air matanya mula bergenang di tubir mata.
Cepat-cepat Ayu menunduk. Tak sedar air matanya jatuh menitis di situ. Hatinya benar-benar terusik dengan respons Emiir.
“Maaflah, bang. Salah Ayu. Mungkin Ayu terlalu sibuk untuk masuk urusan peribadi abang. Ayu janji Ayu takkan usik apa-apa yang berkaitan dengan abang lagi...” lemah tutur Ayu, kedengarannya menahan sebak.
Riak wajah Emiir kian berubah. Tergamam dengan jawapan balas Ayu. Emiir seakan-akan baru tersedar daripada lenanya. Tersedar yang ayatnya tadi keterlaluan, dek kerana terkejut dengan ‘perubahan’ warungnya.
#comingsoon2021
#seindahakadkedua
#cintakedua
#kakinovel
YOU ARE READING
Seindah Akad Kedua (Tajuk Asal : Cinta kedua)
RomanceRank 1 #sabahanstory (28 september 2019) IRDINA RAHAYU tak pernah menyangka cinta pertamanya membuatkan dia terjerat dalam kancah derita. Dia memberi harapan terlalu tinggi buat Tengku Aiman Firash, sehingga akhirnya lelaki itu meninggalkan Ayu di...