LFDW - Chapter 57

1.1K 90 3
                                    

Shawn dan Kyra memerhatikan gerak geri Hazel yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam mall

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Shawn dan Kyra memerhatikan gerak geri Hazel yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam mall.

"Kyra kau ikut mana dia pergi tapi ingat jangan sampai dia perasan akan kau. Jangan lupa send aku message bila dia keluar," kata Shawn kepada adiknya.

"No problemlah benda macam ni senang ja nak handle. Okey aku nak keluar sekarang kau jangan hilang fokus pula,"

Hazel memegang erat tangan Kris biarlah orang lain nampak dia pelik asalkan dia bahagia berada di samping Kris.

"Everybody looking at you dear. Dont reply me," ujar Kris. Banyak mata-mata yang memandang ke arah Hazel ketika ini disebabkan mereka seakan-akan berasa pelik kerana di mata orang, Hazel seperti memegang tangan seseorang padahal tiada orang pun disebelahnya.

Hazel hanya membuat muka selambanya.
Dia hanya menghiraukan pandangan orang lain dan Kris pula terus membawa Hazel di tempat yang jauh dari orang ramai.

"Ala ni mesti tak mahu girlfriend kena cop mental kan?" Kata Hazel dengan tawanya.

"Saja nak bawa kau kat sini biar senang sikit nak bercakap. Nanti tak tentu pasal kena cop mental bercakap seorang diri nak ke macam tu?"

"Memang tak lah. Kris boleh tak tunggu dekat sini kejap saya nak pergi cari Sofia dan Jade sebab diorang tak tahu saya kat mana,"

"No. Tak boleh bahaya kalau jalan seorang diri dalam mall ni. Dah lah besar banyak orang pula. I dont want anything happen," ujar Kris dengan nada yang risau.

"Kejap je lah. Tak lama pun just nak pergi cari diorang lepas tu saya janji saya datang cepat. Ala pleasel..." rayu Hazel sambil memegang tangan Kris dengan penuh harapan.

"Okey fine tapi saya pun ikut sekali,"

"Isy...kejap jelah tak kanlah nak ikut juga. Lagipun diorang mungkin tak berapa jauh dari sini," ujar Hazel penuh yakin.

"Tak boleh. Saya tak akan benarkan kalau kau pergi sorang diri," namun Kris tetap dengan pendiriannya.

"Ala dekat je pun mana jauh sangat takkan tu pun tak boleh. Please sekejap je lepas tu saya datang balik secepat mungkin. Please dear..." kali ini Hazel merayu dengan mata yang dikerdipkan beberapa kali.

"Degil. Fine boleh. Tapi jangan lambat. Hati-hati bila jalan seorang sebab orang ni ada yang tak begitu boleh dipercayai. I give you only 20 minutes jangan lebih dari itu," kata Kris dengan tegas. Kalau soal keselamatan ni Kris akan jadi tegas lebih-lebih lagi dengan orang yang dia sayang.

"Thanks..." Hazel lantas mengucup pipi Kris sebelum berlalu pergi.

Jade dan Sofia terpaksa keluar dari mall kerana tidak ternampak kelibat Hazel.

"Call Hazel lah kalau macam ni. Ramai sangat orang dalam mall ni kita tak akan nampak dia kalau keadaan macam ni," ujar Jade.

"Yelah kejap. Aku nak call dia dulu,"

Hazel melihat skrin telefonnya yang tertera nama Sofia lalu dia menyambut panggilan dari kawannya itu.

"Sofia korang dekat mana?aku tak nampak pun korang di dalam mall ni," kata Hazel.

"Kitorang pun tak nampak kau lagipun ramai sangat orang. Kami ada dekat luar mall berdekatan dengan tempat letak kereta sebab lorong untuk jalan ke sini sunyi sikit tak ada orang. Kami tunggu kau kat sini..." kata Sofia.

"Okey. Aku on the way pergi sana jangan pergi tempat lain pula,"

"Dont worry kami tak akan pergi mana-mana. Kami tunggu tau. Bye,"

"Bye..."

Hazel melajukan langkahnya menuju ke tempat seperti yang dikatakan oleh Sofia di telefon sebentar tadi. Kalau lambat tak pasal pasal kena marah oleh Kris. Dahlah mood dia tu lain semacam je siapalah yang tak takut. Tadipun dia hanya terpaksa memberanikan diri meminta kebenaran dari Kris dan nasib baik jugalah rayuan dia tu menjadi.

Sampai sahaja di lorong sunyi itu Hazel tiba- tiba dihuni perasaan takut apatah lagi gementar. Rasa macam menyesal pula ikut jalan ni. Bisik hatinya perlahan. Bukan sebab takut hantu tapi dia dapat rasakan diri dia bagaikan terancam. Situasi dia ketika ini dirasakan seperti filem action
yang pernah dia lihat. Ish mengarut aje.

Jantung pula semakin berdegup kencang tatkala mendengar bunyi tumit kasut yang tidak berapa begitu jauh dari tempatnya.
Jujur dia katakan semasa dia di dalam mall tadi dia juga rasakan seperti ada seseorang yang sedang memerhatikan gerak gerinya dari jauh.

Begitu juga ketika ini...

Aduh menyesal pula tak ikut cakap Kris tadi. Kenapalah aku ni degil sangat tak pandai nak dengar arahan patutlah mama kata aku lah yang paling degil berbanding Hayden.

Hazel cuba membuang segala fikiran negatif di mindanya namun perasaan takutnya semakin menyelubungi dirinya sehinggakan tangan dan lutut pun terasa seperti bergegar.

Langkah semakin dilajukan namun belum sempat Hazel membelok ke kiri, seseorang telah menekup mulutnya menggunakan sapu tangan dari belakang sehingga dia terhidu sesuatu yang membuatkan dia pengsan tidak sedarkan diri.







Enjoy🍀

Hazel kenapalah awak tak
ikut cakap Kris😢?
*Cry *cry

ʟᴏᴠᴇ Fʀᴏᴍ Dɪғғᴇʀᴇɴᴛ Wᴏʀʟᴅ ✔ [Completed]Where stories live. Discover now