09.

420 58 2
                                    

[ NO ONE POV ]

mata hyunjae melirik ke arah jam di pergelangan tangannya yang sudah menunjukkan pukul lima petang. riak wajahnya jelas menunjukkan bahawa lelaki itu berasa agak sedih kerana dia perlu pulang memandangkan sesi tutor pada hari tersebut telahpun tamat.

ya, cinta hwayoung sebenarnya tidak bertepuk sebelah tangan dan hyunjae sendiri pun sebenarnya ada menyimpan perasaan terhadap gadis itu. namun, dia tidak berani untuk menyatakan perasaannya itu kepada sesiapa lebih-lebih lagi younghoon.

apalah agaknya reaksi younghoon bila dapat tahu bahawa member dia sendiri sukakan adik perempuannya? hyunjae bukan apa, sebenarnya younghoon sendiri pernah bagitahu mereka semua bahawa dia kurang berkenan kalau mana-mana member jatuh hati kat adik perempuannya.

disebabkan hal tersebut, hyunjae terpaksa menyimpan perasaan tersebut seorang diri. segala buku latihan matematik dan alat tulis miliknya yang terletak di atas meja hwayoung itu diambil dan disimpan di dalam beg galasnya.

hwayoung pula berada di ruang tamu kerana gadis itu baru sahaja dipanggil oleh eommanya sebentar tadi.

lelaki yang bernama sunwoo atau lebih tepat lagi, sepupu hwayoung tersebut tiba-tiba muncul dalam fikiran hyunjae.
entah mengapa, dia berasa kurang senang melihat keakraban mereka berdua walaupun dia tahu bahawa lelaki itu hanyalah sekadar sepupu hwayoung.

tiba-tiba telefon pintar milik hyunjae berdering dan lelaki itu kelihatan teragak-agak untuk mengangkat panggilan tersebut kerana ianya daripada nombor yang tidak dikenali.

tiga saat kemudian, hyunjae akhirnya mengangkat juga panggilan tersebut. manalah tahu mungkin panggilan itu penting. "hello, ni siapa eh?" soal hyunjae.

"hyunjae-ah, this is me! hwang soyeon." suara gadis yang cukup dikenali oleh hyunjae dan tidak mahu diingati itu lagi membuatkan hyunjae agak terperanjat.

"what? mana kau dapat number aku ni?" sekali lagi hyunjae bertanya dengan separuh terkejut, separuh bengang. hwayoung yang baru sahaja ingin melangkah masuk ke dalam biliknya itu terus terhenti setelah terdengar perbualan tersebut tanpa sengaja.

gadis itu bersembunyi di sebalik langsir sambil memerhatikan hyunjae yang masih menjawab panggilan seseorang.

"itu tak penting pon but, can we meet tomorrow? please babe!!"

kening hyunjae sudah berkerut-kerut mendengarnya dan dalam masa yang sama, lelaki itu cuba untuk menahan kesabarannya yang mulai menipis. "no, and tolong jangan panggil aku macam tu sebab kita berdua dah takde hubungan."

"hyunjae please! i need to tell you something!" satu keluhan berat terlepas juga daripada mulut hyunjae sebelum lelaki itu mengusutkan rambutnya dengan penuh geram.

"aku tak nak dengar apa-apa lagi daripada kau. so please, jangan call aku lagi lepas ni."

"tapi hyunjae, benda ni important! ada kena mengena dengan you!"

"whatever, aku tak kisah. kalau nak bagitahu sangat, cakap jelah sekarang!"

"not now, but i kena bagitahu you secara face to face! please hyunjae, ni last. lepas ni i janji takkan ganggu hidup you lagi!" sekali lagi hyunjae mengeluh, akhirnya dia terpaksa mengalah juga dengan kata-kata hwang soyeon.

"─fine. nak jumpa kat mana?"

[ HWAYOUNG POV ]

aku menelan air liur mendengar perbualan tersebut. first time aku tengok hyunjae macam marah gila dan frust dalam masa yang sama.

siapa yang call dia tu? otak aku ligat berfikir tentang segala kebarangkalian yang ada. berdasarkan apa yang aku dah dengar, rasanya itu macam ex girlfrien─

"HOI!"

"HUWARGHSHDHD" nak tertanggal jantung aku apabila disergah sebegitu oleh seseorang. yup, siapa lagi kalau bukan manusia yang bernama kim sunwoo? sumpah bangang, kantoi la aku tengah skodeng hyunjae oppa!

"kim sunwoo, kau─"

"wae? kantoi tengah skodeng tutor kau ke? AHAHAHAH." bisik sunwoo di telingaku dengan perlahan. habis meremang seluruh badan aku dibuatnya.

pap! satu pukulan yang agak kuat singgah di lengan sunwoo. lelaki itu terus mengaduh kesakitan sambil menggosok lengannya berkali-kali. "ganas gila sia kau ni, sikit-sikit nak pukul orang!" aku menjeling sunwoo sebelum memusingkan badan untuk  skodeng hyunjae semula.

mata aku terbeliak setelah memusingkan tubuh kebelakang, kelihatan hyunjae sudah terpacak di situ terlebih dahulu. "erm, oppa balik dulu la eh, jumpa esok, hwayoung." kata hyunjae dengan nada agak suram, tidak seperti biasa.

selalunya, dia pasti akan tersenyum. tapi kali ini tak. adakah mood dia berubah secara mendadak disebabkan oleh panggilan misteri sebentar tadi?

hmmm. aku kena siasat!

___

aku melabuhkan punggung di ruang kosong antara younghoon dan sunwoo sebelum merembat plastik yang berisi potato chips daripada tangan sunwoo.

"nak tak?" aku melayang-layangkan plastik tersebut di hadapan wajah younghoon. younghoon menggeleng perlahan sebelum pandangannya beralih ke arah skrin tv semula.

"hoi, main rembat je eh!" sunwoo mengambil plastik itu semula dan menghadiahkan aku sebuah pandangan tajam. ketika iklan mula disiarkan di tv, aku mengambil kesempatan untuk bertanya sesuatu kepada younghoon.

"oppa." panggilku.

"wae?" soal younghoon dengan malas.

"nak tanya something boleh tak?"

"hah apa dia?" aku menelan air liur dengan pahit sebelum menarik nafas sedalam-dalamnya.

"hyunjae oppa ada ex girlfriend tak?"

"kau tanya soalan bodoh apa ni hwa? takkan lah lelaki sehensem tu tak pernah date sesiapa!" sampuk sunwoo sebelum menyumbatkan potato chips ke dalam mulutnya, mengunyah dengan penuh agresif.

hm, betul juga kata sunwoo tu.

"yalah... tapi, siapa ex girlfriend hyunjae oppa yang paling terbaru?" aku memandang younghoon semula.

"hwang soyeon, kawan uni kitaorang. jap─ yang kau berminat sangat nak tahu tentang ex hyunjae ni dah kenapa?" soal younghoon yang sudah mula mengesyaki aku.

"alah, salah ke orang nak tahu? bukannya aku ada hati kat dia pun."

ceh.

sunwoo di sebelah tiba-tiba tertawa dengan penuh sarkastik. aku memberikan lelaki itu pandangan kau dah kenapa? sunwoo hanya menggelengkan kepalanya sebelum menunjukkan ibu jarinya kepada aku.

aku terus menelan air liur. ah sudah, mamat ni tahu ke?

"hah yalahh. btw hwang soyeon tu ex hyunjae yang paling teruk pernah aku jumpa."

"hm? waeyo?" entah mengapa, rasa ingin tahu aku tentang kisah hyunjae dengan ex-nya itu semakin membuak-buak dalam diri aku.

"ah.... adalah! eh dah dah, aku nak sambung tengok movie." hish! younghoon ni bagi fake hope sia. aku dah la tengah excited nak tahu, hmm.

jadi betul la orang yang call hyunjae petang tadi tu hwang soyeon, ex dia? dan mereka berdua nak jumpa esok?

don't go away. ljhWhere stories live. Discover now