Seribu tahun yang lalu.......
"Bok Ja, buka pintu cepat!! Bok Ja!! Bok Ja!!" Junoh memanggil anaknya, Bok Ja untuk membuka pintu itu dengan agak gementar. Degupan jantungnya terasa laju bahkan seakan takut akan sesuatu. Melihat pintu rumahnya dibuka secara perlahan, Jun Oh terus memasuki rumah lalu menutup semula dengan cepat. Bok Ja semakin bingung melihat keadaan ayahnya. Mahu bertanya pun tidal sanggup dengan keadaan ayahnya yang tidak tentu arah. Jun Oh berpaling ke arah anaknya. Matanya memerhatikan anak perempuan tunggalnya itu. Tanpa sedar, air matanya mengalir sedikit demi sedikit. Dia terus memeluk anaknya itu dengan penuh kasih sayang. Bok Ja terpinga dengan kelakuan aneh ayahnya tetapi dibiarkan sahaja kerana dia tahu ayahnya sayang kepadanya.
"Bok Ja, maafkan ayah,"kata Jun Oh yang masih memeluknya." Kenapa ayah macam ni? Bok Ja masih tak faham," kata Bok Ja kerana dia merasakan ini merupakan pelukan terakhir mereka." Bok Ja, kamu kena lari dari sini. Maharaja Ho sudah tahu tentang kamu dan hubungan kamu dengan Tuan Putera Shin. Kalau tidak, kamu akan mati!! Menangis Jun Oh tentang nasib anak nya. Lantas, dia meleraikan pelukannya dengan Bok Ja lalu menarik tangan anaknya itu ke luar belakang rumahnya. Tiba-tiba, bunyi kuda-kuda istana sudah berada di hadapan rumahnya. Bok Ja Dan Junok semakin gelisah kerana tidak dapat keluar dari rumahnya. Besarkah dosanya mencintai seorang tuan putera itu sampaikan boleh membunuh dirinya? Tidak sedar, pintu rumahnya ditendang oleh pengawal istana. "Bok Ja Dan Jun Oh, kamu berdua ikut kami ke istana sekarang!," tegas pengawal istana itu kepada mereka berdua. Beberapa pengawal datang dan memberkas mereka seperti jenayah paling terkejam Di dunia. Hati Bok Ja seakan meronta-ronta meminta pertolongan namun tak mampu disuarakan. Shin Yoon, tolong, bisik hati Bok Ja dengan pilu Dan sayu.
YOU ARE READING
Please Help Me!
FanfictionCerita ini mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita yang berusia 20 tahun yang masih mencari dirinya yang sebenar dalam dunia yang nyata ini. Dalam cerita ini, dia telah melihat atau kadang-kadang mengalami sesuatu yang pelik bagai masa lampauny...