A I D E N 5

16.5K 627 7
                                    

ADEENA merapikan rambut lurus keperangan miliknya. Setelah berpuas hati dengan penampilan diri dia berpaling ke belakang.

Namun niatnya yang mahu mengambil tas tangan berjenama gucci di atas tilam terbantut setelah anak matanya menangkap figura tinggi yang berdiri di muka pintu.

"Aiden. You buat apa kat sini?"

Wajah yang cantik itu terlakar satu senyuman manis kepada tunangnya.

"Kau ingat cantik kau keluar macam tu?"

Gadis itu tersentak. Dia menunduk untuk melihat kembali pakaian yang tersarung di tubuh.

Hanya dress tanpa lengan berwarna hitam paras lutut yang kemas membaluti tubuh ramping gadis itu.

"It's look fine-

"No." Cantas Aiden apabila gadis itu berniat mahu menyambung bicaranya.

"You're my fiance. Beberapa bulan lagi kau akan jadi isteri aku. Kau hak aku. I don't like sharing my rights to the others."

Bahu putih yang terdedah milik Adeena lelaki itu tutup kembali dengan cormforter yang sudah kemas terlipat di penjuru katil milik Adeena.

"Kau cantik bila kau pakai tudung." Adeena terkedu.

Sejak dia bertukar agama acap kali juga dia keluar dengan tudung yang kemas membaluti mahkotanya.

"Aku tak nak paksa kau untuk tutup aurat dengan sempurna. But, sekurang-kurangnya kau pakai baju yang tak terdedah dah pun cukup bagi aku."

Jelas Aiden sambil menyelit anak rambut yang terjuntai milik Adeena ke tepi telinga.

"Okay then. I will change my dress, you keluar dulu." Aiden mengangguk.

"Don't change because of me. You should remember the reason you change your religion. Aku tak nak kau pakai tudung sebab aku suka. Aku tak nak kau pakai pakaian yang bertutup because I told you to. Perbetulkan balik niat kau future wife to be. Aku keluar dulu."

Adeena terdiam. Belakang tubuh sasa Aiden di jeling dengan hujung mata. Satu keluhan terbit di bibir munggil gadis itu.

Langkah dia atur ke arah almari berwarna putih yang berada di sudut bilik lalu di buka. Sehelai jubah hitam moden di ambil lalu dia sarungkan ke tubuh.

Sehelai selendang berwarna putih juga turut di ambil lalu dipakai malas.

Hujung shawl dia sempang mudah ke bahu.

"It's better like that actually."

Adeena tersengih melihat pantulan dirinya di hadapan cermin.

Tas tangan berjenama gucci dia ambil lalu menuju ke tingkat bawah.

"Why did you wearing like that Davina? Kau ingat kita nak pergi tengok orang mati?"

Adeena memuncungkan bibirnya. Aiden ni apa yang dia buat semua salah!

"Cantik la Aiden!" Bahu tegap lelaki itu dia pukul manja.

MRS AIDEN NATHANIEL [C]Where stories live. Discover now