| S A T U |

51 2 0
                                    

"Eh, kau bukan memang murahan eh? Berapa kau jual body kau? Seringgit? Aku nak-"

Belum sempat dia menghabiskan kata kata, kaki Sha mendarat dia paha lelaki itu. Dengan tendangan sekuat hati. Lelaki itu terduduk kesakitan. Sha tunduk lalu memukul kepala lelaki itu dengan kertas exam english (markah 5%).

"Don't play with a b*tch like me, okay? Shit" dia meludah lelaki tersebut. Lalu meninggalkannya.

Ketika dia berjalan melalui lorong form  3, mereka memandang sinis terhadapnya. Hilang akan rasa hormat terhadap senior. Hanya disebabkan satu perbuatan yang membuat orang sekelilingnya salah paham, ia merubah kehidupan seterusnya dengan

kepahitan.

__________

"Sha, how can your result become like this?" Tanya Teacher Ellish.

Sha hanya diam, bermain dengan kaki sendiri. Itu yang dia mahu, burukkan semua lagi keadaan dirinya. Entah apa tujuan sebenar dia berbuat begitu.

"Sha, you are the best student in form 4, but why you become like this? Don't wasting your time and get a stress because a small issue about-"

"Teacher I have to go, Thank you for the advice" Sha berdiri, menunduk sedikit kepalanya sebagai tanda hormat lalu pergi.

Teacher Ellish hanya geleng kepala melihat anak muridnya yang berubah 360° itu. Pada hari pertama dia mengajar ke sekolah itu, Sha lah orang pertama yang menyapa dan membawa cerita dengannya. Sha orang yang sangat peramah dan periang.

Namun, hari kedua dan seterusnya dia tidak melihat Sha datang ke sekolah. Sehinggalah seminggu, dia kembali ke sekolah. Tapi dengan Sha yang baharu. Bukan Sha yang lama.

"Samantha, awak tahu kenapa Farisya Allyna dari form 4 kelas 3 itu?"

Samantha memandang Ellish yang mengharapkan balasan. Dia meletakkan telefonnya di atas meja.

"Apa yang saya dengar, dia ada buat kes berat lah sampai semua warga sekolah buli dan pulaukan dia. Cikgu cikgu dekat sini pun, just abaikan sebab arahan dari pengetua dan pihak disiplin suruh untuk kita kita semua abaikan. Awak tak nampak ke kenapa semua cikgu tadi pandang awak lain lain?"

"Saya perasan juga tapi saya buat buat tak tahu. Kenapa yaa?"

"Ellish, memandangkan awak masih baru, saya harap awak kentalkan hati awak mengajar dekat sini bukan sahaja dengan murid-"

Samantha mendekatkan diri dengan Ellish supaya pembicaraan tidak di dengari oleh orang lain. "Tapi cikgu cikgu dekat sini lebih sinis daripada pembulian yang pelajar lakukan di sini, sebenarnya saya tak suka mengajar dekat sini tapi disebabkan amanah yang perlu saya pikul, saya kena juga buat"

"Tapi kenapa cikgu cikgu dekat sini buat macam tu?"

"Sebab pengaruh pengetua dan pihak disiplin"

Ellish terdiam.

Sha masuk ke kelasnya yang hinggar binggar. Rakan sekelasnya juga tidak menghiraukannya lagi seperti dahulu. Sedangkan rakan rakan baiknya yang dahulu pun mengambil jalan mudah untuk tidak meneruskan lagi persahabatan mereka.

Dia sampai ke satu satunya meja paling belakang. Dia terpaksa pindah dari depan ke belakang. Sha meletakkan begnya di atas meja lalu meletakkan kepala. Hanyut ke dalam mimpi. Rehatkan diri daripada

dunia yang penuh dengan kedustaan.

___

-heyyo!
#exclusivesaward2020 #teta2020

[OG]𝙛𝙡𝙮𝙞𝙣𝙜 𝙞𝙣 𝙩𝙝𝙚 𝙨𝙖𝙢𝙚 𝙨𝙠𝙮🌙Where stories live. Discover now