"Aku terima nikahnya Amira Rayana Binti Izzamudin dengan mas kahwinnya dua ribu ringgit tunai"

"Sah?"
"Sah"

'Alhamdullilah, diatas permintaan arwah Papa Rasyad, aku sudah menjadi isteri orang. Walaupun tiada ikatan cinta, aku tahulah ape yang akan terjadi dalam hidup aku lepas ini' kata hati Amira.

Sesi menyarungkan cincin. Rasyad menyarungkan cincin di tangan Amira dengan tiada perasaan sama sekali.

Amira memandang Rasyad.

"Syad? Boleh tak buat betul betul. Ramai orang ni" bisik Amira.

"Emm ye laa" kata Rasyad perlahan.

Sesi bergambar pun bermula. Amira berasa tidak berapa sihat di hari perkahwinan mereka. Dia berulang kali memegang kepalanya.

"Kalau kau tak tahan, masuklah dalam dulu" bisik Rasyad.

"Tak, aku okey" jawab Amira.

Sesi bergambar di teruskan.

Beberapa minit kemudian, tamatlah sesi bergambar dan Amira masuk ke bilik pengantin mereka.

"Nah air. Minum" kata Rasyad sambil menunjukkan air kepada Amira.

"Thankyou" balas Amira.

Bilik itu sunyi seketika.

"Kenape kauu...!" Baru sahaja Rasyad ingin membebel, Amira memberhentikannya.

"Dah. Boleh tak bincang benda ni lepas aku rehat sekejap? Lepas aku rehat, kau nak marah ke, membebel ke, nak baling baling barang ke, terpulang pada kau. Sekarang aku nak rehat" kata Amira dan terus ke kamar mandi.

Rasyad sakit hati dengan Amira. Dia masuk ke biliknya yang berada di sebelah bilik pengantin dan menukar baju.

Selepas Amira siap menukar baju, dia baring di atas katil dan berehat sebentar.

Rasyad keluar dari biliknya.

"Eh Rasyad, mane Amira?" Tanya Umi Rasyad.

"Dia tak berapa nak sihat. Dia rehat sekejap" kata Rasyad.

"Dah makan ubat ke?" Tanya Uminya lagi.

"Entahh" jawab Rasyad dan terus keluar menolong mengemas barang.

Umi Rasyad cuma menggeleng.

"Ya? Sini kejap" panggil Umi kepada anak bungsunya Yaya.

"Kenape umi?" Tanya Yaya.

"Kamu ambil ubat sakit kepala kat dapur dan air suam, bagi dekat kakak ipar kamu." Kata Umi.

"Kalau dia tidur?" Tanya Yaya lagi.

"Bangunkan perlahan-lahan" kata Umi.

"Okeyy umii" kata Yaya lalu ke dapur dan mengambil ubat.

Di luar pula, Rasyad tengah mengemas barang barang, dia dapat panggilan telefon dan di angkatnya.

"Hello youu?"

"Hello? Kenape you?" Tanya Rasyad.

"Seronok kahwin?"

"Tak seronok kalau bukan dengan youu" kata Rasyad

"Hehehe. Nanti kita keluar okeyy"

"Okey sayang" kata Rasyad lagi.

Ternyata Rasyad mempunyai teman wanita.

Rasyad dan Amira di kahwinkan kerana permintaan arwah Papa Rasyad 4 bulan yang lalu. Arwah Papa Rasyad meminta agar Rasyad menikahi calon pilihan Papanya iaitu Amira dan menjaga Amira dengan ikhlas hatinya.

Aku tersedarWhere stories live. Discover now