•
•
•
•
•
•
•Taehyung ralit memerhati staff kehulur dan kehilir menguruskan Kerja masing masing .
Model yang berdiri depannya pula diperhati lama lalu berpeluk tubuh .
Atas sampai bawah diaa tenung .
" tak kuno sangat ke pakaian kau nii ? aku takut minyak wangi aku tak laris disebabkan fashion kuno kau nii " sindir taehyung dengan sengihan dibibirkan .
" hyung yang kuno , tak ada taste langsung dengan fashion zaman sekarang " balas jungkook pula . pantang betul dia , bila ada orang asyik pertikaikan cara pemakaiannya .
" aku pakai baju nii sebab sesuai dengan tema perfume keluaran baru kauu hyung . "
"Cha. ris. matic. " sambungnya lagi sambil melihat pakaian yang sudah rapi dikenakan pada tubuhnyaa , tali leher palkadot itu ditarik tanda puas .
Rambut pula dikuak kebelakang .
Taehyung hanya menjongket bahu , apa apa sajalah , Janji jualan minyak wangi dia bulan ini meningkat seperti yang dijangka .
Sold out .
Itu pun berkat muka jungkook juga yang terpapar depan kotak mintak wangi Syarikat T's perfume .
" Yelah , kau dah buat yang terbaik untuk syarikat keluarga aku . Giliran aku pula yang sambung kerja yang lain " jawab Taehyung .
Kali ini , Sebanyak 31 negara membuat permintaan agar Minyak wangi mereka dijual dinegara mereka .
Itu yang memuaskan dan Taehyung telah mengesahkan minyak wangi mereka diimport ke luar negara .
" Jungkook ahh- " laung salah satu pekerja yang terlibat dengan set pengambaran .
" noona dah panggil , aku gerak dulu " pamit jungkook setelah menerima anggukan Taehyung .
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•" Noona Jun , masukk pejabat saya sekejap " arah taehyung sambil memutarkan pen yang masih berpusing diatas jarinya .
Taehyung bosan kerana tiada apa lagi yang hendak dilakukan maklumlah sudah pukul 4 suku .
sebaik sahaja menerima arahan dari Boss , Kelibat Junha sudah berdiri tegak dihadapan pintu pejabatnya .
" Ya , Tuan panggil saya ? " soal Junha sambil meletakkan tangannya diatas perut , layaknya seperti menghadap Raja .
" Ya , saya nak tanya petang ni ada appointment dengan mana mana clients or else ? kalau tak ad- "
" adaa " sepantas kilat Junha menjawab .
Taehyung serentak memalingkan wajahnya menghadap junha .
Disebabkan dia hampir lupa menulis dalam buku hariannya , hampir sahaja dia terlupa , nasib baik Taehyung memanggilnya datang kemari .
" Puan buat appointment baru sahaja tadi . Puan nak berjumpa dengan Tuan untuk makan malam . Tuan Besar juga turut hadir sama " ujar Junha panjang lebar .
" saya nak can-"
sekali lagi ayat Taehyung dipotong .
" Tak boleh , buat hari ini . Tuan tak boleh elakkan diri . Puan akan marah saya kalau saya berbohong kali ini " kepalanya ditunduk . Takut pula Taehyung yang naik angin .
Dia cuma tidak mahu dimarah Puan banyak kali hanya disebabkan Taehyung memangkah hari makan malam dan ditunda ke hari yang lain .
Itu yang membuatkan Puan marah .
" Tuan datanglah , takkan sebab kahwin saja Tuan dah takut " kata Junha ,
Sudah masuk 9 tahun Junha berkidmat dalam syarikat Tuan Kim , ayah kepada Taehyung tetapi Taehyung pula mengurusnya atas kehendak Tuan Kim .
Tapi perangai anak lelaki bekas majikannya sudah masak dalam fikirannya . Degil
" siapa cakap saya takut ? " jawab Taehyung selamba acah berani . Gangster taik kucing diaa
Wajahnya berpaling dari Junha , Pembantu peribadi yang agak berbeza dari
umurnya , cuma selang 3 tahun saja ." Kalau macam itu , Tuan kena datang . Jangan larikan diri hanya disebabkan Puan suruh Kahwin . Kahwin itu nikmat " sengih Junha . makin berani Junha mencabar kesabaran Taehyung .
Taehyung mengusap dagunya yang sudah mula tumbuh bulu kasar . lidah pula menolak pipinya .
perlukah aku datang , tapi aku taknak pasal kahwin dipersoalkan . Itu aku tak suka , bahasnya didalam hati .
" okay , tempahkan restau-"
" Puan sudah tolong tempahkan " Junha memotong ayatnya lagi .
Taehyung memejam erat matanya lalu menyandarkan tubuh malas dikerusi pejabatnya .
Geram pula dia bila Noona Jun ni asyik potong ayatnya . Belum habis lagi diaa dah sampuk ayat dia .
" Tuan okay ? nak saya pang-
Taehyung mengangkat tangannya separa .
" saya okay , lokasi kat mana ? emailkan tempat kat saya " Pinta Taehyung sambil mengurut lembut dahinya , masalah mula timbul
" Dirumah eluarga Tuan sendiri "
To Be Continued
YOU ARE READING
✔️ Married With a Stranger | [ 김태형] KTH
FanficTanpa mereka sedar , sebenarnya Tuhan telah merancang pertemuan untuk mereka berdua melengkapi satu sama lain . Tetapi gelaran 'stranger' membuatkan gadis itu menolak rasa yang mula menjalar dalam hatinya . Tak mungkin , mereka stranger yang terpak...