Satu lagi permata telah hilang sirnanya..
Terasa kering sudah airmata
meratapi pemergianmu..Tiada lagi tingkahmu yang mencuit hati..
Tiada lagi lawakmu yang membuat kuterhibur..Kematianmu amat aku cemburui
Begitu ramai yang memberi penghormatan terakhir buatmu
Seolah2 solat Jumaat ..
Sayangnya aku terpisah oleh Laut China Selatan..
Sedangkan aku teringin untuk menatap wajah yg saban hari menghiburkanku..Biarpun kini kau telah selesa beradu
Di alam barzakh
Namun senda guraumu, senyum tawamu, lawak jenakamu tetap segar
menemaniku saban waktu tanpa jemu..Bersemadilah dikau wahai sahabat
Doaku setiap 5waktu moga rohmu diterima Tuhan yang Maha Kuasa..Semoga Allah memberimu syurga yang tertinggi diatas segala jasamu..