BPS 18

37.7K 2K 122
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







JEMARI terhenti pada butang hantar. Diam sejenak, masih berkira-kira. Perlu ke dia hantar mesej itu? Lambat-lambat jarinya mengetik butang itu. Sedikit ragu-ragu.

"Dah?" Ruang di sebelahnya terisi.

Angguk sekali, keluh berat terlepas daripada bibir. Berat sangat bunyinya. Dinding hati sedikit ditekan-tekan. Mendesak-desak supaya meluahkan sesuatu yang terbayang di fikiran.

"Patut ke Dasha terima?" soalnya perlahan.

Damiah senyum nipis. Bahu Dasha ditepuk beberapa kali. Cuba menenangkan hati anak saudaranya yang sedikit tidak menentu ritmanya. Bukan dia tak tahu beberapa hari kebelakangan ini, Dasha banyak termenung.

Sejak pulang bertemu Tengku Isabelle dan Thaqif, Dasha tidak banyak cakap. Jawab bila perlu. Bersuara jika mahu. Naik risau dia dibuatnya. Dasha ada cerita tentang pertemuan mereka itu.

Kata Dasha, wanita itu sudah cuba menolak cara baik. Dah cuba jelaskan perkara sebenar sedikit demi sedikit. Bukan buka aib sendiri. Tapi cerita apa yang perlu.

Tak mahu Tengku Isabelle 'menghukum' wanita itu di kemudian hari.

Tapi nampaknya Tengku Isabelle tidak mengalah. Tetap juga mahu memujuk Dasha supaya menerima Thaqif. Yang hairannya, Thaqif pula tidak menolak bila Dasha kata Dhia itu anak dia. Tapi tidak berbapa.

Sebaliknya, lelaki itu senyum tenang. Tidak buka suara. Tidak menghukum secara membabi buta. Hairan Dasha dibuatnya. Takkan Tengku Isabelle dan Thaqif tidak faham lagi maksud dia?

Dia dah tak suci!

Atas alasan itu Dasha tidak mahu menerima Thaqif. Dirinya terlalu kerdil jika ingin dibandingkan dengan ustaz muda itu. Tidak layak digandingkan.

Enggang dan pipit tidak boleh terbang bersama. Pipit tempatnya di bawah. Manakan pipit mampu mendongak tinggi melangit ke arah enggang yang tempatnya di atas sana.

"Keputusan terletak di tangan Dasha. Nak tolak atau terima, makngah dengan maklong tak boleh masuk campur. Fikir baik-baik. Kami terima apa je keputusan Dasha." Senyum makngah.

Darsiah pula angguk, mengiyakan saja. Mereka hanya mampu mendoakan kebahagian Dasha. Tak ada apa yang dia mahu minta. Cuma biarlah selepas ini, semua urusan Dasha dipermudahkan.

Dah terlalu banyak liku-liku yang Dasha harus tempuhi untuk sampai ke tahap ini. Hati yang rapuh mungkin tidak dapat diselamatkan lagi jika tersembah di tanah bumi lagi.

"Kalau Dasha terima Thaqif, boleh ke Dasha bahagia? Boleh ke Thaqif terima kekurangan Dasha? Dasha takut. Takut dikecewakan lagi. Sakit..." Dasha tepuk dada.

Hati terasa direngkuh-rengkuh, ditekan-tekan kuat. Jiwanya seakan dibelah-belah bila mengingatkan 'cinta' lama.

"Sakit tu tak tertanggung. Dasha benar-benar takut untuk jatuh cinta lagi makngah, maklong..." Lirih. Hatinya pedih.

Bidadari Pujaan Syaitan[SUDAH TERBIT]Where stories live. Discover now