coretan.

20 1 0
                                    

Dia itu seorang penulis,
dalam tulis dia diam,
mencatat segala apa yang terpendam.

di setiap helaian kertas,
ada tertulis cerita hidupnya yang
tidak pernah riang,
persis dirinya yang di selubungi gelap malam.

Di saat dia menulis,
dia cuba merungkai satu persatu penyelesaian
bagi ujian Tuhan yang di bentangkan,
sambil di temani saki baki habuk di mata,
dia cuba pertikai mana adil daripada
sang Pencipta—
buat dirinya yang lemah, hina.

Tanpa dia sedari,
di setiap titip ujian yang Tuhan berikan,
ada hikmah di balik semua,
kerna terlalu memikirkan soal duka,
membuatkan dia lupa bahawa—
Allah itu maha menyembuhkan
segala rasa yang terbuku di dada .

Monolog hati Where stories live. Discover now