Ujian Tuhan.

21 1 0
                                    

Di sebalik tirai,
dapat ku lihat kelabunya awan,
persis mahu hujan.

Seperti aku lagaknya,
kelabunya hidup aku tanpa ada pelangi
indah menghiasi.

Aku redha,
setiap ujian yang Tuhan aturkan,
adalah untuk menyemai sifat kuat tuk melangkah kehadapan,
kerna Tuhan tidak akan memberi sesuatu
ujian tanpa alasan.

Pabila aku sudah jatuh berkali kali,
aku akhirnya rebah ke tanah untuk seketika,
dengan semangat baru aku berkata,
wahai diri jangan lupa untuk meneruskan langkah,  kerna ini bukan jalan cerita pengakhiran yang kau impikan

Monolog hati Where stories live. Discover now