A I D E N 6

14.5K 573 10
                                    

SOPHEA menarik kerusi lalu melabuhkan duduk di hadapan Adeena. Sejak kebelakangan ini gadis berketurunan Perancis itu acap kali termenung sendiri.

"Deena."

Sophea mengeluh perlahan. Lihatlah gadis itu jauh betul termenung sehinggakan dia duduk berhadapan dengannya juga tidak dipedulikan.

"Adeena Davina!"

Adeena tersentak. Ruangan sekeliling kafe di campusnya dia lihat dengan riak terkejut.

"Adeena kau kenapa?"

Setelah anak mata berona hazel itu jatuh pada sahabatnya. Satu keluhan lega dilepaskan.

"Kau buat aku terkejut Sophea. Stop doing that. If aku ada heart attack macam mana!" Sophea tersengih tidak bersalah.

"Aku minta maaf."

Adeena menjeling lalu mengangguk kecil.

"Kau ada masalah ke Deena? Kenapa kau kuat sangat termenung?"

Dahi Sophea berkerut setelah melihat senyuman kelat dari Adeena.

"Aku penat tu je."

Sophea menggeleng tidak percaya. Dia kenal dengan Adeena. Gadis itu walau penat macam mana sekalipun tetap sahaja tersenyum. Gadis seperti Adeena tidak gemar menunjukkan dirinya seperti mempunyai masalah.

Sebab itulah ramai pelajar di campus tempat mereka menuntut ilmu itu mahu berkawan dengan Adeena. Bukan sahaja cantik. Keperibadian gadis itu juga membuatkan orang sekeliling selesa apabila berada rapat dengannya.

"Adeena aku tahu kau ada masalah. Share la dengan aku." Adeena menggeleng perlahan.

"It's okay Sophea. Aku okay. I just miss my family. That's all." Sophea menghembuskan nafas perlahan.

Jika Adeena berkata sedemikian dia tiada hak untuk memaksa Adeena untuk bercerita kepadanya.

"Aku harap kau okay."

Adeena menggangguk seraya tersenyum ke arah Sophea.

"Hey girls! Boleh saya tumpang duduk sekali?"

Sophea menjeling lelaki itu.

"Kau dah duduk baru nak minta izin."

Eiman menunjukkan riak tidak kisah dengan Sophea.

"Nanti dah habis class kita pergi mall nak tak? Spend time together maybe?"

Sophea sudah memaparkan riak teruja. Bagaikan sudah terbayang pelbagai menu yang dia mahu lelaki itu belanja! Bukannya selalu.

"Aku setuju!"

Adeena memalingkan wajahnya ke arah Sophea yang sudah menepuk tangan teruja.

"You pergi dengan Sophea je la Eiman." Senyuman Eiman itu tadi pudar serta merta.

"Why not awak ikut sekali? Bukannya selalu Adeena." Adeena tersenyum nipis.

"I"m not feelling well. I rasa tak sedap badan." Adeena menggenggam iphonenya yang ber-vibrate sedari tadi.

Dia yakin itu tunangnya. Aiden.

"Kalau macamtu saya bawa awak pergi ke klinik?"

Adeena menghembuskan nafasnya perlahan. Selagi dia tidak bersetuju untuk mengikuti Eiman. Lelaki itu tidak akan berputus asa untuk mengajaknya keluar bersama.

"Okay then. Kita pergi mall."

Eiman tersenyum lebar. Payah sekali mahu mengajak gadis cantik itu untuk keluar bersama.






























MRS AIDEN NATHANIEL [C]Where stories live. Discover now