01

277 20 6
                                    

"Lisa, pergi kejutkan Jisoo. Dah pukul berapa ni. Nanti lewat pulak. Aku tak tahu la dia tidur pukul berapa semalam." Arah Jennie yang sedang menyusun makanan di atas meja makan untuk mereka bersarapan nanti.

Lisa yang sedang membantu Chaeyoung menyusun pinggan itu hanya akur lalu dia mengorak langkah ke arah bilik Jisoo yang terletak bersebelahan dengan bilik Jennie.

Tombol pintu di pulas dan figura gadis yang sedang tidur lena sambil berbungkuskan selimut tebal menyapa pandangannya. Lisa mengangkat kening kanannya.

Jam di tangan dipandangnya sekilas sebelum dia meluru ke arah katil gadis itu.

"Jisoo yah..." Panggil Lisa tapi tiada respon yang diberikan membuatkan Lisa mengeluh kecil.

"Kim Jisoo!" Panggilnya lagi. Kali ni suaranya lebih tinggi dari tadi.

Jisoo mengerang kecil sebelum menarik selimut itu sehingga menutupi kepalanya membuatkan gadis Thailand itu ternganga.

"What the? Yah! Bangun la! Nanti lewat nak pergi U!" Lisa menarik selimut tersebut tetapi gagal apabila gadis itu memegangnya kuat.

Akhirnya, Lisa mengalah.

"Ah! Lantak kau la. Kalau ayam goreng habis sebelum kau sempat makan, jangan..."

Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Jisoo terus sahaja bangun dan meluru ke arah bilik air meninggalkan Lisa yang terkebil-kebil itu.

Lisa menggelengkan kepalanya lalu dia melangkah keluar dari bilik itu dan kembali ke dapur.

"Dah bangun ke?" Soal Jennie.

"Dah. Tapi lepas aku sebut pasal ayam goreng." Jawab Lisa lalu dia mengambil tempat di sebelah Chaeyoung. Jennie mengeluh kecil.

"Haih, dari dulu sampai sekarang memang tak ubah-ubah perangai dia. Pasal ayam goreng jer dia bersungguh. Ingat dah masuk U ni, perangai boleh berubah." Bebel Jennie.

"Haih.. Macam la kau tak kenal minah tu macam mana. Chicken is number one for her." Sampuk Chaeyoung lalu dia menyuap ayam goreng ke dalam mulutnya.

"I already knew about that, Chaengie." Balas Jennie dan Chaeyoung hanya tersengih.

Beberapa minit kemudian, Jisoo melangkah masuk ke dapur dengan wajah yang girang sekali. Untuk hari ini, dia mengenakan crop top berwarna hitam, seluar jean hitam dan sehelai cardigan. Memang kena dengan identitinya sebagai pelajar universiti.

"Nyeongan!" Sapanya riang lalu dia mengambil tempat di sebelah Jennie.

"Amboi, kau! Happy semacam jer." Ujar Jennie.

"Of course la aku happy. Pagi aku dimulakan dengan ayam goreng!" Balas Jisoo sambil menunjuk ke arah sepinggan ayam goreng yang berada di hadapannya.

"Herm.. Kalau, aku tak sebut pasal ayam goreng tadi, aku rasa kau tak bangun lagi." Bidas Lisa dan Jisoo hanya menjelingnya tajam sebelum dia mula mencapai pinggan besar yang berisi nasi goreng dan mencedoknya ke dalam pinggan serta diikuti dengan tiga ketul ayam goreng.

"Oi! Makan satu-satu la. Gelojoh betul! Takde siapa la nak ambil ayam goreng kau tu." Marah Jennie.

"Takde siapa nak ambil kau cakap?? Look!" Jisoo menuding jari ke arah Chaeyoung yang sedang meregangkan tangannya untuk mencapai ayam goreng itu.

Chaeyoung yang perasan apabila dia diperhatikan itu mendongak dan kehairanan apabila Jennie dan Lisa sedang memandangnya dengan pandangan yang tidak percaya manakala Jisoo pula sedang merenungnya tajam.

"What?" Soalnya yang tidak tahu apa-apa itu lalu dia meletakkan ayam goreng tersebut di dalam pinggannya.

Lisa menepuk dahi manakala Jennie pula hanya menggelengkan kepalanya. Jisoo? Dia hanya memutarkan bebola matanya ke atas.

THE WITCHES [Blackpink]Where stories live. Discover now