1

75 8 0
                                    

Dengan langkah yang tersangat la malas, aku menuruni tangga. Bebalan daripada Eomma sudah pun aku dengar walaupun aku masih berada di tingkat atas

Bayangkan, betapanya kuatnya suara Eomma

"Kim Saera! Kamu dengar tak apa Eomma cakap ni?"

"Dengar, Eomma", jawabku sambil melangkah turun tangga

"Ha itu sahaja la kamu boleh jawab. Ingat, kamu tu bukan muda lagi. Sampai bila nak tanam anggur je dekat rumah ini"

Kerusi di meja makan aku tarik lalu punggung aku labuhkan. Eomma yang sedang membebel itu, aku tadahkan sahaja telinga yang tidak bersalah ini

"Hey, dengar tak ni!"

"Saera dengar, Eomma. Iya, Saera kejap lagi keluar cari kerj—"

"Tak perlu. Kawan Eomma ada bagitahu ada kerja kosong dekat tempat kawan dia. Maklumat kamu, Eomma dah kasi. Tunggu jawapan sahaja"

"Eomma, mana boleh macam tu. Bukan semua kerja saya bol—baiklah. Gomawo", kata-kata aku terhenti sebaik sahaja Eomma mengangkat sudip panas dia

Ini kalau kena, mahu 7 hari 7 malam aku menangis tanpa henti. Engkau rasa?

"Appa dah keluar pergi kerja ke, Eomma?", tanya aku sambil mengambil buah epal yang sudah siap dipotong

"Kamu ni! Kamu ini sekarang ini pukul berapa? Appa kamu tu dah perjalanan pulang ke rumah untuk makan tengah hari! Anak dara apa macam ini, Kim Saera!"

Whopise....wrong question

***
Usai makan tengahari bersama Eomma yang kuat bebel serta Appa tercinta ewah engkau, aku terus bersiap untuk keluar

Sampai sahaja di Cafe yang menjadi saksi utama dalam percintaan aku dan Junhyun—eww sis

Beep—beep—

🥰 : Awak dah sampai?
Me : Haah, awak dekat mana?
🥰 : Tunggu disitu

Entah kenapa, hatiku menjadi tidak sedap. Takde pape la. Biasa la, dah lama tak jumpa kan?

Telefon bimbit aku keluarkan, aplikasi instagram aku tekan. Sudah kenapa pula Yerin ni menangis? Oh—patutla. Group kegemaran dia membuat comeback

Aku pun tak faham dah kenapa dia ni suka sangat

Semoga Kim Saera tidak terjebak

Bunyi kerusi hadapan aku ditarik, menarik perhatian aku

Junhyun—bersama seorang wanita

Aku hanya memerhati kelakuan mereka berdua

Sekejap—

Perempuan itu mengandung?

Telefon bimbit aku letakkan di atas meja. Senyuman aku cuba ukirkan. Aku menolak jauh-jauh fikiran negatif

Mungkin itu, kenalan rapat dia

Mungkin

"Junhyun oppa, dah lama kita tak jumpa kan?", pantas tangan Junhyun yang berada di atas meja itu aku pegang tetapi apa yang aku dapat hanyala tepis lembut daripadanya

"Malu la orang tengok, Saera", bibir bawah aku gigit. Ini ke sebabnya aku tidak sedap hati?

"Yeobo, bagi la tahu cepat. Saya nak balik", perempuan disebelah Junhyun mula bersuara

"Sekejap. Kalau awak rasa tak selesa, awak masuk dahulu dalam kereta. Nanti saya menyusul", ujar Junhyun sambil menghulurkan kunci kereta miliknya

Ia aku tahu. Itu kunci kereta Junhyun

Usai perempuan itu hilang daripada pandangan aku, terus aku memeluk tubuh dan menunggu Junhyun bersuara

Tetapi yang aku dapat hanya la tenungan

"Any explain? Jangan risau. Saya tak marah", kata aku dengan suara gentar. Menahan kesedihan yang melanda secara titiba

"Say—saya minta maaf. Maafkan saya, Saera. Hukum la saya kalau itu yang buat awak gembira. Saya layak dihukum", ujar Junhyun sambil pandangannya menghala ke bawah

Eomma, Saera nak nangis

Tetapi

Biasa la, Kim Saera

Pernah ke menangis dihadapan orang?

Tidak

"Awak dah berkahwin dengan dia?"

Junhyun mengangguk

Tersentap—

"Sudah berapa lama?"

"Cukup lama sebelum mengenali awak", jawabnya

"Dia tahu siapa saya?"

Junhyun menggeleng

"Tadi?"

"Saya kata awak kenalan saya", ujarnya

Aku ketawa kecil

"Semoga bahagia", ujar aku sambil berdiri

Baru sahaja aku hendak melangkah, pergelangan tangan aku dipegang

"Maafkan saya"

"Saya tak berminat untuk menerima maaf orang seperti awak", terus aku menyentap tangan aku

Eternal loveWhere stories live. Discover now