Ep 13 : pelanggan

1.8K 235 8
                                    

Angela melangkah masuk kedalam kedai makan Mak cik Jung . Wanita tua itu kelihatan sibuk melayan pelanggan yang sedia ramai menikmati makan malam dikedai makan tersebut .

" Makcik ! Angel datang ! " sapanya dengan senyuman yang sentiasa terhias dibibir .

" ehh , girlfriend hoseok dah sampailahh ! " balas Hoseok dengan nada ceria .

Hoseok anak lelaki  mak cik Jung . Hoseok sebenarnya bekerja sebagai lecture di universiti Seoul . Waktu malam begini Hoseok memang selalu turun padang menolong ibunya menguruskan kedai . Dialah peneman setia ibunya .

Harapkan Kakak sulungnya , asyik sibuk memanjang . Maklumlah pereka fesyen .

" hi ! ramai pelanggan harini cikguu " balas Angela lalu bergerak pantas mendapatkan apron yang tergantung didinding kaunter pembayaran .

" Macamlah tak biasa .  " lengannya menyiku Angela yang masih berdiri tegak disisinya sambil memperbetulkan Apron .

" eheh , itulah . saja je " balas Angela bersahaja . Hoseok merenung wajahnya sekilas .

" macam mana semalam okey ? aku ingatkan nak tolong , tapi tak dapat pula . kau tahukan macam mana rutin hidup aku , Siang mengajar malam pula tolong mak akuu " Ayat Hoseok berbaur kecewa itu mendapat sengihan dari Angela .

Gadis itu hanya mengeleng perlahan .

" Takpelah , Angel faham . lagipun Angela dah upah orang tuu tolong kemaskan sekali . Senang sikit . Nak harapkan angel . esok pun tak habis . Badan kecil je ada hati nak bawa barang berat " Ujar Angela ketawa akan jenakannya sendiri .

Hoseok pula ikut ketawa  . wataknya yang periang membuatkan ramai orang senang mendekatkan diri dengan Angela .

" Ttaeoboki satu ! " tiba tiba salah satu suara pelanggan memesan makanan .

" Soju 2 botol ! " sambungnya lagi . Angela pula bergegas mendapatkan soju dari peti sejuk .

" soju sampai ! "

_____

Selesai membersihkan diri , taehyung turun kebawah untuk menonton televisyen  . Moodnya tiba tiba baik hendak menonton televisyen . Selalunya tv sahaja yang menunggu Taehyung untuk dibuka  .

Malam malam begini Taehyung hanya duduk terperap didalam rumah . Dia bukannya kaki sosial macam Jungkook . Tiap tiap malam masuk kelab malam . berfoya foya saja .

Alat pengawal televisyen dicapai lalu punat on ditekan . Perlahan punggung mendarat diatas sofa .

Siaran tv ditukar silih berganti , Tiada siaran tv yang menepati rasanya .

" Ugh ! bosan gila " rungut Taehyung . Punat off Alat pengawal televisyen terus ditekan . Taehyung bangkit dari situ lalu meninggalkan ruang tamu .

" Baik aku main game "bisiknya seorang diri . Matanya pula mengecil cuba mencari sesuatu .

" tan ahh ! " laungnya .


+tbc+

_______

yaa , tahu bosan . nak unpub jelahh "( last update untuk minggu nii .

✔️ Married With a Stranger | [ 김태형] KTH Where stories live. Discover now