Seduction | 8

8.3K 626 38
                                    

           AMANDA tersedar dari tidur panjangnya apabila penggera dari telefon bimbit berbunyi setelah beberapa kali, dia memang payah hendak bangun pagi. Lihatlah, jika dirumah pun Hans yang kejutkan jika tidak memang sampai jam 10 lah baru dia bangun.

Matanya masih tidak dibuka, hanya tubuh sahaja yang tadinya tertiarap dilentangkan. Bahagian sebelahnya diraba-raba, kosong. Baru Amanda ingin buka mata dia teringat Gina telah memberi tahu dia malam tadi bahawa gadis itu akan keluar pagi ini ke kafe semalam untuk berjumpa dengan rakannya yang menetap disini.

Nafas dilepas kuat. Fikirannya menerewang kearah lain pula.

Hari ini, tibalah pagi dimana dia akan meluangkan masanya seharian bersama Megat Daniel seperti yang dijanjikan lelaki itu semalam. Bukannya dia mahu berjumpa lelaki itu buat masa ini... Dalam keterujaannya yang memuncak dengan percutian di bumi Paris, Amanda hanya mahu meneroka negara ini dengan hati yang senang. Jika berteman pun bukan Megat Daniel.

Come on, siapa sahaja yang mahu seharian bersama dengan musuh pertama mereka dan berpura-pura suka sedangkan hati penuh benci? Tiada.

Lelaki itu juga sentiasa mengingatkan dia pada dendamnya jadi kalau boleh di kota cinta ini dia mahulah memori yang bakal disimpan menjadi indah-indah belaka dan jelas Daniel tak termasuk didalamnya.

Tapi peluang dah depan mata. Memang ini pun yang dia rancangakn selama ini— dekati lelaki itu. Kalau Hans ada pun pasti dia akan suruh Amanda teruskan jadi terima sajalah, lagipun keseronokkan dan memori indah boleh dicipta kan?

Tiba-tiba Amanda teringat memori semalam.

"Why are you looking at me like that?" Soal Amanda apabila Daniel asyik memandangnya yang sedang menjamu selera.

"I was wondering, how can a woman be so adorable and sexy at the same time?"

Amanda menghadiahkan Daniel senyuman kecil sebagai pemanis wajah.

Bibir mengeluh berat, telefon bimbit yang berada dibawah bantal dicapai dan jam dilihat. 2 jam berbaki sebelum tiba waktu yang dia dah janjikan bersama Daniel untuk bertemu.

Amanda bangkit dari pembaringan dan tubuhnya diregangkan. Perlahan-lahan dia bangkit dari katil dan menuju ke arah tingkap. Ah indah!

"Bonjour, Paris!" Ucapnya sambil mendepakan tangan di hadapan yang memaparkan keindahan Kota Paris. Percaya atau tidak, dari arah hotel yang dia inap kini jelas Eiffel Tower berdiri teguh menghiasi mata. Benarlah, kota ini memang indah!

Amanda masuk ke tandas dan mula membersihkan diri. Hampir 15 minit dia kembali keluar bersama lilitan tuala di kepala dan bathrobe memeluk tubuh.

Solekkan paling minimal digayakan bersama gincu berwarna merah hati. Kemudian, lilitan tuala dikepala ditanggalkan dan rambut perang aslinya dikeringkan menggunakan hair-dryer sebelum rambut separas bahu itu diikat menjadi satu. Selesai.

Dress paras lutut berwarna putih yang sejak semalam sudah digantung dicapai dan sarungkan ke tubuh. Heels dipakai dan... Sempurna!

Ting! Tong!

Tepat pada waktunya, sempat dia melihat pantulan diri dicermin buat kali terakhir sebelum mendapatkan pintu.

Buka sahaja pintu sejambak ros merah memenuhi ruang mata. Wajahnya berkerut.

Dia bukan penggemar bunga.
Dia tak minat bunga. Ew.

"Good morning, beautiful"

Kini matanya dihiasi wajah kacak yang amat milik Daniel pula.

SeductionWhere stories live. Discover now