Bab 1

18 1 0
                                    


"KAU NI MEMANG PEREMPUAN TAK GUNA! MANA KAU DAPAT DUIT NI SIAL?!"

"EH! DUIT AKU! BAGI BALIK RIZAL!!!"
————————————————————-

Huwaida hanya mampu menyorokkan dirinya di dalam bilik.
Jeritan dan tengkingan itu berlanjut hampir 10 minit.

Tak lama kemudian, pergaduhan antara ibu dan ayahnya telah berhenti.
Kedengaran pintu depan rumah mereka dihempas kuat.

Apa lagi,Huwaida membuka pintu biliknya,dan bergegas mendapatkan ibunya yang sudah terjelepok di atas lantai dapur.

"Ibu...kita pergi klinik ya?! Jom,Huwaida bawak.Kita buat report polis sekali!..."
Kata Huwaida dalam nada ketakutan dan panik.

Namun,Puan Dilah mengeleng dalam keadaan yang lemah.

"Jangan,Huwaida.Kamu nak dia pukul ibu lagi ke? Tolonglah Huwaida...Jangan!.." Rayu Puan Dilah kepada anaknya.

Huwaida pula turut berasa amat pening.
Pening akan situasi begini.

Dia tidak boleh membiarkan kejadian seperti ini berlaku sekali lagi.
Ini sudah minggu -3,Puan Dilah dan Rizal bergaduh.
Hubungan mereka berdua teramatlah dingin.

Sejak bila?
Sejak adik Huwaida,Kamilia,telah meninggal dunia.
Ayahnya pula sering menghabiskan duit dengan keluar minum bersama rakan-rakannya..

Untuk melepaskan rindu.

Ibunya pula,Puan Dilah...
Keluar menghilangkan diri untuk buat sementara.

Jadi,mungkin sebab itulah mereka selalu bergaduh,oleh sebab masing-masing tidak mengambil berat tentang keadaan di rumah,termasuklah dirinya sendiri,Huwaida.

"Baiklah,kalau ibu dah cakap macamtu...Huwaida dah tak boleh nak kata apa dah.Semua pilihan ada dalam tangan ibu,Huwaida ikut sahaja." Ujar Huwaida dalam nada yang sedikit kecewa.

'Sampai bila nak hidup dalam rumah sebegini?  jika masing-masing semua menyimpan dendam?'

Dia mengeluh seketika.
Lalu,dia bingkas bangun dan mencari ubat untuk menyapu kesan luka di kawasan badan ibunya.

"Huwaida"💎Where stories live. Discover now