Bab 3

11 1 0
                                    

Suasana di meja makan tidaklah seperti Huwaida jangkakan...

Bakal isteri baru si Ayah adalah...
Aisyah.
Seorang yang peramah,dan tak adalah kekok mana.

Cuma,
Bab-bab untuk biasakan diri tu..
Susah.
Susah bagi Huwaida untuk menerima kenyataan,bahawa, dia bakal akan ada ibu yang baru sebagai penganti yang lama.

Huwaida mengeluh perlahan agar ayahnya tidak mendengar keluhannya itu.

Mulutnya penuh mengunyah nasi.
Aisyah,kekasih Rizal,memandang Huwaida dan menegur....

"Huwaida sayang..makan banyak-banyak tau.Penat ibu dan ayah beli semua lauk-pauk ni,tapi hakikatnya Huwaida makan sikit je."
Kata Aisyah sambil memandang ayah sekilas,bersama senyuman di bibir.
Rizal tersengih.

Huwaida terkedu seketika.
Ish! Dia ni..
Nak je tengking balik,tapi macam kurang ajarlah pulak kan?

Namun,Huwaida diam sahaja.
Matanya merenung tajam.

Geram pulak tengok si Aisyah ni.
Muka tak adalah secantik mana pun.
Boleh pula nak bermesra dengan ayah kat meja makan.
Boleh pergi jalanlah!

——————————————

Beberapa minit kemudian,Huwaida jalan menuju ke biliknya untuk masuk tidur.

Tapi langkahnya terhenti apabila dipanggil oleh Aisyah yang sedang menunggunya di dapur.

"Apa lagi kau nak? Aku mengantuk ni.." Balas Huwaida dalam nada yang perlahan.

Wajah Aisyah berubah.
Rambut perang dan kemerah-merahan Huwaida ditarik kasar.

"Kau dengar sini...Jangan sesekali cuba untuk rosakkan hubungan aku dengan ayah kau!
Kalau kau nak cuba,silakan.Memang sahlah jawapannya,kau memang akan aku halau dari rumah ni!!."

Huwaida yang menahan sakit,mengerutkan dahinya.
Pantas dia menempis tangan Aisyah.
Kakinya laju menyepak perut si wanita itu.

"Aduh!!!" Suara Aisyah yang dilaungkan kuat dalam kesakitan.

Huwaida berasa amat terkejut dan badannya mula akan mengeletar dalam ketakutan.
Tapak kaki ayahnya sudah kedengaran.

"Apa yang kamu buat ni Huwaida?!" Encik Rizal menjerit separuh suara pada anak perempuannya.

Ternyata Aisyah terjelepok di atas lantai,memegang perutnya.
Menahan kesakitan setelah disepak padu tepat pada anak perutnya.

"Abang...Kenapa dengan anak abang ni?! Kurang ajar! Sampai hati dia menengking Aisyah!"

Mata Huwaida tertatap pada wanita itu.
Naik darahnya.
Sungguh berani perempuan ini menyusun kata dan masih menipu akan perbuatannya.

Encik Rizal menoleh.
Amat serius dan dalam wajah yang bengang.

"MASUK BILIK KAMU SEKARANG HUWAIDA! !"

Apabila Encik Rizal sudah meninggikan suaranya,tiada sebarang alasan lagi yang dia boleh menunasabahkan.

air mata Huwaida kini menitis.
Dia berlari dan masuk ke dalam bilik.

Pintu dihempas kuat.

Aisyah tersenyum sinis.
Puas hatinya.
Amat pandai sungguh dia berlakon!

"Huwaida"💎Where stories live. Discover now