Pada pagi ini,awal-awal lagi Huwaida sudah keluar menuju ke pasar pagi untuk membeli makanan.
Huwaida dapat keluar pun sebab senyap-senyap je.
dia juga mengambil kesempatan untuk keluar kerana ayah dan Aisyah masih tidur di rumah.
Selalu kalau hari Sabtu,dia bangun awal.Biarlah yang keruh,jadi yang keruh.
Dia sudah membuat keputusan untuk berjalan di pasar untuk menghilangkan stress dan melupakan kejadian semalam.Amat perit!
Suasana di pasar pula agak meriah,penuh dengan ramai orang.
Duit RM 50 yang berada di tangannya direnung lama.
'Cukuplah setakat beli mi goreng dan air mineral untuk sarapan...'Huwaida berjalan santai.
Keningnya dikerut,bau asap ayam bakar yang digolek,teramatlah kuat.Setelah puas meninjau makanan yang ada di pasar,kakinya melangkah pula ke sebuah kedai mamak.
Tidak jauh mana pun dari rumahnya.
Meja makan yang kosong dipilih oleh Huwaida untuk menjamah makanannya.
Rambutnya diikat sedikit.
Gedik lahai.Plastik makanannya dibuka,air teh O ais limau sudah pun dioder.
———————————————————
"Ha,ni pun kau! Berjangut aku tunggu,pergi tandas buat apa sampai lama sangat si Ryhan ooi?"
Ryhan tersengih.
Lama ke?
Tak adalah lama sangat pun,dia sempat membasuh tangan dan betulkan rambutnya sahaja.Baru lah hensem and cute gitew,Kan kan!?
"Apa dia Alip oi? " Soal Ryhan yang baru sahaja sampai,dia mengambil tempat duduknya.
Alip memandang Ryhan,senyum-senyum macam orang tak betul.
"Kau nampak tak awek tu? Yang duduk hujung sekali tu?"
"Mana?" Kata Ryhan yang masih tidak boleh menangkap kelibat gadis yang dikatakan oleh Alip tersebut.
Dia mengangkat keningnya.
Oh,gadis yang duduk sorang-sorang di hujung kanan mereka tu?"Pergi la Ryhan,harap-harap kasi time ni bagi chance la,tak jual mahal." Husin menyampuk,dia ketawa mengekek.
"Eh itu awek aku kan? Kenapalah dia duduk sorang-sorang tu?" Tambah Wan dengan lawak bodohnya itu.
Mereka ketawa berdekah-dekah.Ryhan hanya mengelengkan kepalanya.
Memang pantang sungguh gang dia ni nampak perempuan,kalau ada yang terserempak pun,dah cabut lari dulu.Tetapi,kali ini berbeza.
Gadis itu langsung tidak berasa malu ketika diusik dan dikacau oleh rakan-rakannya ketika dia berlalu ditepi.Seolah-olah dia tidak menghiraukan mereka langsung.
Itu yang membuatkan Ryhan kagum.Kalau setakat gadis yang lain,yang dia tahu,dah tebal 2 inci sudah muka tu!
Ryhan pula ketawa kecil melihat reaksi gadis tersebut yang menjeling akan usikan Alip,sahabatnya.
gadisnya pakai braces.
Bila senyum tu..alahai!
Tercuit hati la tu!Tak lama kemudian,dia dan rakan-rakannya mula beredar untuk lepak ke tempat lain.
Kena halau memang semua angkat kaki lah jawabnya.
"Ha Ryhan! Jom ah lepak kat pondok,si geng Iman ada sekali!" Panggil Husin yang baru sahaja hendak menghidupkan enjin motor.
Ryhan menangguk.
"Korang pergi dulu la,paper roger.Aku nak try awek tu sekejap."Husin tersenyum.
Eleh,tadi acah-acah tak berminat.
Last-last dia jugak yang tertarik!Ryhan...Ryhan..
YOU ARE READING
"Huwaida"💎
RomanceHuwaida,seorang gadis yang tinggal di sebuah ahli keluarga yang kecil. Mereka sekeluarga hidup dengan bahagianya. Tetapi,langit tidaklah selalu cerah. Setelah adik Huwaida,Kamilia,telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya,ia telah memberika...