Bab 13

489 11 0
                                    

Sesaat kemudian,belakang tangan Bujang singgah di muka pengawal ketiga.Mereka bertiga jatuh hampir serentak.Kejadian itu berlaku begitu pantas, tiada siapa tahu apa yang sebenarnya berlaku. "Bangun,"perintah Raja Muda pada pengawal bertiga itu."Kalau dukun ini bersenjata,kamu bertiga sudah menjadi mayat!Pergi berkawal di luar." Setelah melihat mereka sudah keluar,Raja Muda menyambung."Bukti yang pertama." "Memukul tiga pengawal?Bukti apa?"Raja Bendahara mencemuh,disambut dengan gelak-ketawa oleh beberapa orang pembesar. "Tiga orang atau tiga ratus,tidak ada bezanya,"suara Raja Muda lantang menenggelami gelak-ketawa."Beta percaya tidak ada satu manusia pun di Negeri Kedah ini yang mampu mengalahkan dukun ini." Pengawal yang dititah tadi kembali dengan buntil milik Bujang. "Bukti kedua,"Raja Muda mengambil buntil itu lalu mengeluarkan sebilah keris panjang berwarna hitam."Keris Hitam Bersepuh Emas,juga disebut Keris Panjang Berayat.Datuk-Datuk tahu kepada siapa keris panjang seperti ini dianugerahkan?" "Kepada panglima,Tuanku,"jawab seorang pembesar. "Tepat sekali,"Raja Muda menghulurkan keris itu kepada Bujang."Keris panjang itu anugerah Ayahanda beta kepada Panglima Agung sepuluh tahun yang lalu." "Panglima Agung?"sampuk Datuk Seraja Imam."Ya,benar,Tuanku.Baru patik ingat sekarang.Sepuluh tahun yang lalu,patik ada menikahkan Tunku Puteri dengan seorang panglima dari Kuala Kedah bergelar Panglima Agung." "Datuk-Datuk tidak ada di situ pada waktu itu kerana telah dititahkan berundur ke tempat lain," Raja Muda menjelaskan."Yang hadir dalam pernikahan Adinda beta dengan Panglima Agung hanyalah beta,Adinda Tunku Pangeran,Ayahanda dan Datuk Seraja Imam." "Jadi,mereka memang tak bersalah kerana pernikahan itu sah di sisi syarak,"sampuk pula Datuk Seraja Imam sebagai menyokong dakwaan Raja Muda. "Memang tidak bersalah,"Raja Muda memulangkan buntil Bujang."Orang yang sudah berkahwin secara sah,tidak boleh dihukum kerana kesalahan bermukah atau berzina." Tunku Balqis terus menerkam memeluk suaminya di hadapan Datuk-Datuk semua. "Nanti dulu,Kanda belum habis,"tegur Raja Muda pada adindanya,menyebabkan beberapa orang pembesar tertawa.Menyedari keterlanjurannya,Tunku Balqis segera melepaskan Bujang dari pelukannya,wajahnya merah padam menahan malu. Raja Bendahara yang mnerasa dirinya tidak dipedulikan lagi terus duduk di tempatnya,mukanya masam mencuka. "Datuk-Datuk sekelian,"titah Raja Muda memerhati mereka semua."Ayahanda beta sedang gering di peraduan.Sementara menanti Paduka Ayahanda sembuh,betalah yang mengambil-alih teraju pemerintahan Negeri Kedah yang berdaulat ini. Dengan kuasa yang ada pada beta,beta dengan ini memasyurkan majlis perkahwinan akan diadakan tujuh hari dari sekarang antara adinda beta Tunku Rahimah timang-timangan Tunku Balqis dengan Tengku Alang Iskandar timang-timangan Bujang yang bergelar Panglima Agung!" "Daulat Tuanku!Daulat Tuanku!Daulat Tuanku!" sembah Datuk-Datuk semua. "Datuk-Datuk semua jalankanlah tanggung-jawab masing-masing demi kelancaran majlis perkahwinan ini,"Raja Muda berpesan."Baiklah,Datuk-Datuk semua boleh bersurai." Para pembesar pun menyusun sembah lalu berduyun-duyun keluar. "Tunku Mat Akib,tunggu dulu,"Raja Muda menahan Raja Bendahara.Setelah pembesar-pembesar lain sudah keluar,dia menyambung lagi."Lain kali jangan cuba memalukan kaum-kerabat beta di khalayak ramai,apa lagi di hadapan semua pembesar.Cubit paha kiri,paha kanan terasa juga." "Satu perkara lagi,"tahan Raja Muda bila Raja Bendahara berpaling hendak pergi."Sedar-lah diri bahawa kamu hanya pemangku Raja Bendahara yang dilantik oleh Paduka Ayahanda,bukan beta.Selagi beta masih hidup,jangan kiamu bermimpi akan dinobatkan menjadi Raja Bendahara.Pergi dari sini." Tanpa membantah atau melawan,Raja Bendahara berpaling lalu tergesa keluar dari Balai Rong Seri.Raja Muda mengambil kain cadar kuning yang ditinggalkan oleh Raja Benda-hara,lalu memulangkan kepada adindanya."Adinda berdua boleh balik merihat.Tapi ingat, jangan sampai perkara yang memalukan ini berulang.Kalau ya pun kemaruk sangat,kuncilah pintu." Raja Muda terus keluar dari situ sambil tersenyum. Bujang dan Tunku Balqis tersenyum tersipu-sipu sambil melihat kain cadar kuning dengan kesan-kesan darah itu. Mulai pagi itu,Bujang bebas keluar-masuk istana tanpa gangguan.Pakaiannya juga sudah bertukar,sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang panglima berdarah bangsawan. Bengkung merahnya berganti dengan bengkung kuning warna di raja,dastarnya warna kuning,malah baju layangnya juga dijahir perhiasan tepi warna kuning. Bujang naik rimas dengan semua itu tetapi demi menghormati kaum-kerabat isterinya,dia mengikut sahaja. Sementara menanti tibanya hari perkahwinan,Bujang menghabiskan masa bersama isteri dan anaknya untuk menebus kembali kesilapan yang lalu kerana mengabaikan mereka. Mereka sering keluar bersiar-siar dengan menaiki kereta kuda yang dihadiah-kan oleh Kompeni Belanda.Sambil bersiar-siar,Bujang diceritakan tentang sejarah setiap tempat yang dikunjungi,juga tentang sejarah raja-raja Negeri Kedah yang bermula dari Tun Derma Dewa,Tun Perkasa dan seterusnya kedatangan Maharaja Derbar Raja dari Parsi yang mengasaskan kesultanan Kedah sekarang.Diceritakan juga tentang alat-alat kebesaran yang terdiri daripada semambu 'Mahaguru",sejenis gendang yang dipanggil'Negara',serunai, nafiri,gendang dan gong berjumlah sembilan buah yang dinamakan 'Nobat'. Akhir sekali,Bujang diceritakan tentang raja-raja Kedah yang membuka Kota Bandar di kawasan Baling,Kota Sidim,Kota Ok atau Aur,Kota Arung-arungan.Kota Bukit Meriam, Bukit Puteri,Bukit Penjara,Padang Jangam,Sungai Babur,Kota Sungai Mas,Kota Siputih Puteri Lindungan Bulan dan Kota Naga.Diselitkan pula dengan kisah-kisah dongeng berkait-an tempat-tempat itu. Setelah puas bersiar-siar di sekitar negeri Kedah bersama isterinya dan anaknya,Bujang belajar menunggang kuda pula. Dia belajar dari beberapa orang hulubalang yang mahir. Setelah merasa sudah mahir,dia mencuba kemahiran itu dengan menunggang kuda seorang diri di sekitar kawasan di negeri itu yang boleh dilalui kuda.Walaupun dia tidak pernah memperkenalkan diri,dia dikenali ramai di seluruh pelusuk sebagai Panglima Agung. Nama gelaran itu menenggelamkan nama asal dan nama panggilannya. Orang ramai tidak kenal siapa Tengku Alang Iskandar atau Bujang.Orang ramai hanya mengenali Panglima Agung.Rompakan yang dulunya berleluasa kini tidak kedengaran lagi,seolah-olah semua perompak takut dan gerun pada Panglima Agung. Jika ada kelapangan Bujang bermain sepak raga atau melihat latihan persilatan di bawah pimpinan Raja Muda serta dibantu oleh Tunku Pangeran.Latihan persilatan ditambah dengan bermain panah,lembing dan tekpi disamping parang lading yang menjadi senjata utama. Kesihatan baginda Sultan juga bertambah baik. Walaupun badan baginda masih lemah dan muka masih cengkung,baginda sudah boleh bercakap sikit-sikit dan santap sendiri tanpa perlu disuap lagi.Baginda masih juga terlantar di atas pembaringan.Bagi Bujang,dia sudah melakukan sedaya upayanya,selebihnya terserahlah kepada Allah. Dia turut menyaksikan kerja-kerja persiapan dilakukan sempena menyambut perkahwinannya dengan Tunku Balqis.Tetamu kehormat dari jauh mula datang lalu ditempatkan di Balai Tetamu. Oleh kerana Bujang jarang di istana kerana sering keluar bersiar-siar menunggang kuda seorang diri ,dia hanya jadi pemerhati dan tidak terlibat langsung dalam persiapan itu.Anak-isteri-nya enggan mengikutnya lagi kerana takut kulit menjadi hitam akibat berjemur matahari. Oleh itu,dia memilih untuk menunggang kuda pada sebelah dan petang sahaja manakala pada waktu tengah hari dia berihat.Namun,siapa sangka air tenang tiada buaya. Sehari menjelang hari perkahwinannya,dia menerima segulung bingkisan yang diikat dengan tiga perca kain berwarna merah,kuning dan hijau.Waktu itu dia sedang duduk berihat-rihat dalam taman larangan melihat isterinya dan anaknya bermain buaian. Mereka baru selesai bersarapan di istana.Bingkisan itu dilontar dari luar taman dan jatuh di tepi kaki Bujang. Bujang yang agak terkejut dan hairan terus mengambil bingkisan itu.Ikatan perca kain tiga warna itu dibukanya.Di dalamnya terdapat beberapa pucuk lembaran bertulisan Jawi,tulisannya cantik dan kemas.Diam-diam dibacanya lembaran itu.Baru separuh membaca,tiba-tiba isterinya dan anaknya menghampirinya setelah penat bermain buaian. "Warkah apa itu,abang?"tanya Tunku Balqis yang masih memegang tangan Fatimah. "Tak ada apa-apa,"Bujang berahsia,lembaran itu digulung semula. Tunku Balqis ternampak perca kain tiga warna yang terjatuh di atas rumput.Dia dapat menduga suaminya baru sahaja menerima bingkisan yang amat penting yang perlu dirahsia-kan."Mari,Fatimah,kita pergi tengok anak ikan,"dia terus mengajak anaknya pergi. Ketika isterinya dan anaknya asyik melihat anak-anak ikan di kolam,Bujang menyambung semula bacaannya.Dibacanya perkataan demi perkataan,baris demi baris,sampai habis. Selepas habis membaca,lembaran itu dikoyaknya satu persatu sehingga menjadi cebisan kertas yang halus.Cebisan-cebisan itu dibiarkan berterbangan ditiup angin pagi. Dia termenung memikirkan kandungan bingkisan yang baru diterimanya itu.Perca kain tiga warna itu diambil,dililit pada hulu keris pendeknya lalu diikat kemas-kemas. "Warkah apa tu,abang?"Tunku Balqis mengulangi pertanyaannya.Sifat ingin tahu kewanitaannya menyebabkan dia meninggalkan anaknya bermain keseorangan di tepi kolam ikan dan mendekati suaminya. "Angkatan Panglima Agung,"Bujang mengamati wajah isterinya kalau-kalau nama itu pernah didengarnya.Riak wajah menunjukkan isterinya tidak tahu-menahu langsung. "Kenapa abang koyakkannya?"tanya Tunku Balqis lagi lalu duduk di samping suaminya. "Rahsia,"ujar Bujang ringkas."Hanya boleh dibaca oleh orang-orang tertentu." "Balqis pernah tengok Kanda Tunku Mahmud menerima warkah seperti itu,"Tunku Balqis mendedahkan."Lepas baca,dibakarnya jadi abu.Bila Balqis tanya mengapa,dia hanya berdiam diri.Bila Balqis usulkan pada Kanda Wan Sara,dia berpesan supaya jangan mengambil tahu urusan dan pekerjaan suami." Bujang memaling memandang Tunku Balqis.Dia suka memandang isterinya yang gemar berpakaian cantik dan pandai menghias diri.Pagi itu isterinya berpakaian baju kurung Kedah dan kebaya biru muda,sama seperti yang dipakai oleh anaknya Fatimah.Namun,pakaian itu gagal menutupi bentuk badan isterinya yang menghiurkan.Sejak pertemuan semula tempoh hari,setiap malam dia menggauli isterinya tetapi dia tidak pernah merasa jemu.Pagi itu,nafsu mudanya terangsang lagi demi melihat tubuh isterinya.Dia mnenelan air liur. Tunku Balqis juga nampaknya memahami perasaan yang bergelora di dada suaminya kerana wajahnya serta-merta bertukar menjadi merah padam.Dia mencubit paha suaminya lalu menuding jari pada Fatimah.Bujang hanya tersenyum seribu makna. "Kata orang,jatuh-bangunnya seorang suami terletak pada isterinya,"Bujang berfalsafah sambil memerhati Fatimah bermain di kolam ikan."Bolehkah Balqis dipercayai menyimpan rahsia tentang pergerakan Angkatan ini?" "Jangan kata menyimpan rahsia,nyawa dan badan Balqis rela serahkan jika perlu,"tegas Tunku Balqis."Rahsia tetap tinggal rahsia,biarpun pada anak sendiri." "Rahsia lain boleh dikongsi,rahsia Angkatan ini jangan sekali-kali,"Bujang memberi ingatan."Abang pertaruhkan nyawa Abang di tangan Balqis." "Balqis pernah mendengar tentang Angkatan ini dari Awang Kerambit." "Awang Kerambit?"Bujang memandang isterinya kehairanan. "Kami juga ada kumpulan sendiri,"sekali lagi Tunku Balqis mendedahkan."Dulu dikenali sebagai Kumpulan Tun Fatimah.Sejak Awang Kerambit mengambil-alih,diubahnya nama kumpulan ini." "Awang Kerambit ini lelaki atau perempuan?"tanya Bujang. "Tiada siapa yang tahu atau pernah berjumpa dengannya,"jelas Tunku Balqis."Tapi,kalau mengikut namanya,tentulah orang lelaki.Kami berjuang untuk membebaskan bumi Melayu ini dari penjajah." "Perjuangan kami juga sama,"balas Bujang."Cuma namanya kurang sesuai.Abang kurang gemar nama Abang digunakan." "Mungkin juga untuk memperingati perjuangan Abang yang dipercayai terkorban di tangan Belanda,maka nama Abang dipilih sebagai memberi semangat,ilham dan kekuatan," Tunku Balqis berhujah. "Siapa yang mula-mula menubuhkan Angkatan ini?"tanya Bujang lagi. "Balqis pun kurang maklum,"balas Tunku Balqis."Setahu Balqis,Kumpulan Panglima Agung dan Kumpulan Awang Kerambit lahir hampir serentak selepas Kota Melaka jatuh ke tangan Belanda." "Panglima Dermang?"Bujang cuba mengorek rahsia. "Tidak mungkin,"Tunku Balqis mengesahkan."Datuk Panglima Dermang turut terbunuh di Kuala Kedah dan tidak kedengaran lagi namanya sehingga sekarang." Bujang terdiam sejenak mendengar berita kematian sahabat karibnya itu. "Supaya sesuai dengan hasrat dan perjuangan suci kita,Abang namakan angkatan ini dengan nama baru.Angkatan Fisabilillah,"Bujang mengumumkan."Cogankata perjuangan ini ialah 'amal maaruf nahi mungkar.'." "Sedap nama itu,Abang,sesuai benar,"Tunku Balqis memuji. "Kalau boleh abang mahu kedua-dua angkatan ini disatukan,"Bujang meluahkan."Kalau kita bernaung di bawah satu bumbung,perjuangan kita bertambah kuat.Bersatu teguh, bercerai roboh." "Tentang perkara itu,abang kena tanya Awang Kerambit sendiri,"ujar Tunku Balqis. "Pernahkah Balqis mendengar nama Adimala Tunggal?"tanya Bujang seterusnya. "Tak pernah pula,"Tunku Balqis menggelengkan kepala."Kenapa,abang?" "Dialah satu-satunya penghubung antara abang dengan semua ahli Angkatan Fisabilillah di merata ceruk dan rantau,"Bujang menerangkan."Abang tidak mengenalinya." "Kalau begitu,bagaimana hendak berhubung dengannya?"Tunku Balqis cuba mencungkil. "Entahlah,"Bujang mengeluh."Abang cuma diarah melilit perca kain tiga warna ini pada keris sebagai tanda pengenalan dan abang akan dihubungi oleh Adimala Tunggal." Perbualan mereka terhenti apabila Fatimah kembali membawa seekor anak ikan yang disauknya dalam tapak tangan."Bonda,ayah,..tengok ni!" "Kenapa anak ikan itu ditangkap,Fatimah?"Tunku Balqis bertanya lembut. "Anakanda geram melihatnya,"tingkah Fatimah."Ingin anakanda simpan dalam balang." "Kasihan,tentu ibubapanya merinduinya,"tambah Bujang pula."Kalau Fatimah jadi anak ikan,Fatimah pun tentu tidak suka kalau ditangkap dan dibubuh di dalam balang kaca,bukan?"Melihat Fatimah mengangguk,Bujang menyambung."Kalau begitu,lepaskan dia kembali ke kolam.Tempatnya bukan dalam balang." Fatimah berhati-hati menatang anak ikan di tapak tangan dan membawanya ke kolam. "Bijak betul abang mengambil-hati dan memujuknya,"puji Tunku Balqis. "Abang pun masih belajar menjadi seorang ayah,"jawab Bujang merendah diri,mereka sama-sama tertawa."Oh ya,abang ingin keluar bersiar-siar.Balqis nak ikut?" "Tak mahulah,"Tunku Balqis menolak."Besok 'kan hari perkahwinan kita?Abang duduk-duduk sahaja di istana hari ini" Bujang geleng kepala."Terasa janggal pula berkahwin dua kali." "Apa salahnya,"pujuk Tunku Balqis."Dulu mengikut syarak,sekarang mengikut adat. Dulu tidak ramai yang tahu,sekarang akan dimasyurkan ke seluruh negeri." "Abang pergi dulu,ya?"Bujang bangun meminta diri."Malam nanti jumpa lagi." "Yalah,"Tunku Balqis tidak berani membantah kemahuan suaminya.Dia dapat menduga suaminya ingin keluar bukan sekadar hendak bersiar-siar tetapi ada sesuatu perkara yang lebih penting. Dugaan Tunku Balqis tepat sekali.Ketika Bujang ke kandang kuda untuk memilih kuda tunggangan yang sesuai,bulu romanya tegak berdiri seolah-olah dirinya sedang diperhati-kan.Dia pura-pura tidak menyedarinya dan berlagak seperti biasa.Selepas siap memasang pelana,pelapik kaki dan tali kekang kudanya,dia terus menunggang keluar melalui pintu gerbang belakang berhampiran taman larangan.Dia memecut kudanya laju-laju supaya tidak diekori.Setelah dirasanya cukup jauh,dia segera memberhentikan kudanya,melompat ke tanah dan mengusir kuda itu pergi dengan nemampar pahanya kuat-kuat.Kerana kesakitan, kuda itu mencanak pergi seperti kumbang putus tali. Dia tahu kuda itu sudah dilatih supaya balik sendiri ke istana jika tidak bertuan.Cepat-cepat dia lari bersembunyi di sebalik belukar di tepi jalan itu.Tidak lama kemudian,kedengaran bunyi kaki kuda berlari kencang.Bujang mengintai dari balik belukar dan sempat melihat seorang pendekar berpakaian hitam memecut lalu di situ sebelum lesap.Pendekar itu tidak kenalinya.Setelah bunyi kaki kuda tidak kedengaran lagi,Bujang pun keluar dari tempat persembunyiannya. Dia tidak mengikut jalan itu untuk pulang ke istana.Sebaliknya dia memilih lorong dan denai lain yang hanya boleh dilalui dengan berjalan kaki.Lorong dan denai seperti itu menghubungkan Kota Naga dengan Tok Jalai,Bukit Pinang,Anak Bukit,Tanah Merah dan kampung-kampung lain di sekitar istana,seterunya menghubungkan dengan tempat-tempat lain di seluruh negeri Kedah termasuk Kerian,Langkawi dan Padang Jangam.Lorong-lorong itu melalui perkampungan kecil,sawah padi,dusun buah-buahan dan juga hutan-hutan kecil.Dia faham benar kerana hampir seluruh kawasan sudah dijelajahnya dengan menunggang kuda. Sampai di istana,Bujang memilih kuda lain. Dia menunggang ke arah Kota Siputih. Matahari hampir tegak di atas kepala apabila dia tiba di sana.Hasratnya untuk menemui Datuk Setia Raja dan Datuk Johan Pahlawan yang menjaga istana Kota Siputih terpaksa ditangguh kerana waktu zohor sudah hampir.Dia pun singgah di masjid berhampiran di luar pekarangan istana.Setelah menambat kudanya di belakang mesjid,dia pun membawa buntilnya ke kolah air.Di situ dia mandi menbersihkan diri dan bersiap-sedia untuk menunai-kan tanggung-jawabnya kepada Allah. Tengah hari itu,Bujang berjemaah bersama beberapa orang penduduk kampung berimamkan imam dari kampung itu juga.Begitulah corak kehidupannya.Sejak dari kecil lagi,dia sudah dilatih supaya tidak meninggalkan sembahyang lima waktu walau dalam keadaan apa sekali pun.Sembahyang itu tiang agama,ayah angkatnya yang juga mertuanya selalu berpesan.Sedangkan orang sakit lagikan wajib bersembahyang,inikan pula dirinya yang masih muda,sihat-bugar dan masih bertenaga.Kadangkala bila dirasanya jarak yang ditempuh sudah melebihi dua marhalah,dia mengerjakan sembahyang jamak.Tengah hari itu juga tidak terkecuali. Setelah bersalam dengan tok imam dan para jemaah yang boleh dibilang dengan jari,dia duduk bersila di hadapan mimbar lalu berzikir sementara menunggu waktu asar. Seperti biasa setelah mata dipejamkan,rasa khusyuknya datang.Seluruh hati,telinga dan semua pancainderanya tertumpu sepenuhnya kepada Allah.Sakit-demam,lapar-dahaga,suka-duka dan semua perkara keduniaan luput dari ingatan,hanya akhirat matlamat hidup.Di kala itu hati dan jiwanya terasa amat tenang sekali,terasa satu macam kenikmatan yang tidak dapat dihuraikan dengan kata-kata. Di kala dalam keadaan seperti itulah akan datang berbagai-bagai ilham dan petunjuk.Kerap juga dia terdengar suara bisikan entah dari siapa,bisikan yang memberikan pedoman dalam menghadapi sesuatu kesulitan.Sekali-sekali hanya lintasan yang datang ke hatinya,yang tiba-tiba sahaja diletakkan di situ. "Assalamualaikum,"terdengar suara Tunku Mahmud Raja Muda memberi salam dari sisi. Bujang membuka mata dan tersenyum menyambut kedatangan abang iparnya. "Waalaikumussalam,"Bujang bersalam."Duduklah,Tunku." Tunku Mahmud duduk bersila di sebelah Bujang,sikapnya cukup berhati-hati dan penuh takzim seolah berhadapan dengan ayahandanya baginda Sultan. "Kanda tidak mengganggu Tengku Panglima?"tanya Tunku Mahmud penuh hormat. "Tidak,Tunku,"balas Bujang."Dan,usahlah bertengku dengan patik.Panggil panglima sahaja sudah memadai." "Bijak betul Panglima mengelirukan kami,"Tunku Mahmud memuji sambil mengerling pada perca kain tiga warna di keris Bujang."Begitulah corak perjuangan kita.Ibarat menarik benang dalam tepung,tepung ditarik tidak tumpah,benang tidak putus.Ikut rasmi penyu,usah diikut rasmi ayam.Hidup berkeramat,mati berhantu.Dalam menanti kita menyerang,dalam menyerang kita menanti." Bujang diam seribu bahasa dan cuba memahami kata-kata yang padat berisi itu. "Biarlah Kanda berterus-terang,"kata Tunku Mahmud lagi."Kanda diutus oleh Adimala Tunggal untuk menyampaikan beberapa amanat penting." "Tunku kenal dengan Adimala Tunggal?"tiba-tiba Bujang menyampuk. "Dia pemimpin besar perjuangan kita,"Tunku Mahmud enggan mengulas lanjut."Dan, sekarang,kepimpinan itu diserahkan kepada Panglima sebagai kesinambungan perjuangan bangsa Melayu menentang penjajah.Kanda diarah supaya mengajar Panglima segala-gala-nya yang perlu diketahui dan menyimpan rahsia ini sampai ke liang lahad." "Cakap siang pandang-pandang,cakap malam dengar-dengar,"Bujang memberi amaran sambil memandang ke kiri dan ke kanan. Tunku Mahmud tersenyum."Jangan bimbang,Panglima.Seluruh mesjid ini dikawal rapi, tiada siapa yang dibenarkan kemari ketika kita di sini." "Hebat betul Angkatan Fisabilillah,"puji Bujang penuh kagum. "Angkatan Fisabilillah?Ya,molek benar nama baru itu,"sokong Tunku Mahmud dengan gembira,kemudian meneruskan."Pertama,Panglima akan bersembahyang sunat memohon restu dan hidayah dari Allah.Kedua,Panglima kena bersumpah menjunjung Qur'an melafazkan bai'ah dan ikrar perjuangan kita.Ketiga,Panglima akan menerima Watikah perlantikan yang turut dipersetujui raja-raja Melayu lain. Keempat,Panglima akan diberi kunci khazanah dan perbendaharaan kita yang disembunyi di sebuah pulau di Melaka.Sekarang ini,kunci itu ada pada sayap kiri kita iaitu Kumpulan Awang Kerambit.Dan,yang kelima,Panglima akan diajar tentang semua isyarat rahsia tanda pengenalan sesama ahli dalam kumpulan. Cukup lima rukun ini,sahlah Panglima sebagai pemimpin agung Angkatan Fisabilillah." "Kalau begitu kita mulakan sekarang,Tunku,"Bujang mencadangkan. "Silakan,"pelawa Tunku Mahmud. Kerana wuduknya belum batal,Bujang pun bangun mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat,memohon supaya Allah memberi restu serta pertolongan dalam perjuangan suci menegakkan agama Islam dan mengenmbalikan kedaulatan bangsa Melayu. Selepas sembahyang sunat itu,Bujang pun mengangkat sumpah dengan memegang senaskah kitab Al-Qur'an di tangan kanan.Antara sumpahnya ialah memegang amanah yang diberi, menyimpan semua rahsia pergerakan mereka dan berjuang berasaskan amal maaruf nahi mungkar. Tunku Mahmud kemudian menghulurkan segulung watikah berbungkus kain kuning. "Di dalam watikah ini terdapat cap mohor raja-raja Melayu yang menyokong perjuangan kita,"jelasnya pada Bujang."Simpanlah baik-baik,jangan terlepas ke tangan musuh." "Tunku simpanlah dulu di tempat yang selamat,"Bujang menolak. "Kalau begitu,Kanda akan simpan dalam peti besi di istana Kota Siputih,"sambung Tunku Mahmud pula."Terlupa Kanda hendak maklumkan.Selepas majlis perkahwinan Panglima besok,Paduka Ayahanda akan menyerahkan istana Kota Siputih sebagai tempat bersemayam Panglima dengan Adinda Tunku Balqis turun-temurun selagi adanya bulan dan matahari." "Alhamdulillah,terima kasih banyak-banyak,"ucap Bujang dengan terharu. "Untuk mendapat kunci khazanah,Panglima kena cari ketua Kumpulan Awang Kerambit di Melaka,"Tunku Mahmud meneruskan."Jadi,biar Kanda ajar segala isyarat rahsia supaya mudah Panglima mengenali dan dikenali." Setelah hampir senja,barulah Bujang pulang seorang diri ke istana Kota Naga.Keadaan istana terang-benderang dipasang dengan lilin,tanglung dan lampu beraneka jenis serta riuh-rendah dengan bunyi bising tetamu-tetamu yang datang dari jauh dan dekat meskipun majlis perkahwinan hanya akan berlangsung besok hari.Bujang menyusup di celah-celah banjir manusia itu dengan harapan dia tidak dikenali.Namun,ketika berjalan ke bangunan istana selepas menyimpan kudanya,dia terasa beberapa pasang mata mengekori setiap gerak-gerinya.Dia pura-pura tidak menyedarinya dan berjalan seperti biasa.Dua pengawal yang berjaga di tepi tangga menyusun sembah ketika dia menaiki anak tangga batu.Dia mengenali hampir semua pengawal walaupun nama mereka tidak dikatahui.Dua pengawal itu dicamnya sebagai mereka yang dititah Raja Muda menyerangnya di Balai Rong Seri dulu. "Maafkan hamba kerana memukul tuan hamba berdua tempoh hari,"mohon Bujang. "Tak mengapa,Tengku,"jawab salah seorang pengawal sambil tersengih. Seperti di luar,di dalam istana juga riuh-rendah dengan berbagai kegiatan.Penghulu Istana dilihat paling sibuk memberi arahan itu dan ini.Bujang cepat-cepat masuk ke kamar Tunku Balqis.Isterinya sedang mencuba beberapa helai pakaian dengan dibantu oleh anaknya. "Ke mana abang menghilang diri?Puas Penghulu Istana mencari,"tegur Tunku Balqis. "Abang berjumpa...,"Bujang terhenti bila teringatkan sumpahnya pada Tunku Mahmud siang tadi."Abang berjumpa Datuk Setia Raja dan Datuk Johan Pahlawan." "Abang ke Siputih,ya?"sambut Tunku Balqis."Kanda Tunku Mahmud pun ke sana mengambil surat pegangan tanah untuk diserahkan kepada Ayahanda." "Ayahanda apa khabar?"Bujang memintas cakap isterinya. "Ayahanda sudah beransur sembuh,"Tunku Balqis menyampaikan berita baik itu dengan ceria."Sudah boleh berjalan tetapi perlu dipapah.Nampaknya ubat yang abang cadangkan itu benar-benar mujarab." "Alhamdulillah,"Bujang memulangkan pujian itu kepada yang berhak dipuji. "Abang pilihlah mana-mana pakaian yang sesuai,"pinta Tunku Balqis sambil mencuba pakaian lain pula bersama Fatimah."Cincin pun ada di sana,cubalah yang mana muat." "Kalau cincin Balqis,tetap muat di jari abang,"sahut Bujang penuh erti. "Eh,jari ayah sama besar dengan jari Bonda?"Fatimah tiba-tiba menyampuk. "Ayahmu merepek aje,Fatimah,"bidas Tunku Balqis menjeling tajam pada Bujang dengan wajah merah padam kerana dia memahami benar maksud kata-kata suaminya. Bujang ketawa melihat telatah anak-isterinya.Bujang turut sama mencuba beberapa pasang persalinan pengantin yang sudah ditempah khas.Dia tidak cerewet.Asalkan warnanya sesuai dan boleh muat dengan selesa,itulah pilihannya.Cincin yang yang dipilihnya pun sama. "Oh ya,"tiba-tiba Bujang teringat sesuatu.Dia lantas mengambil buntilnya.Dari buntil itu dikeluarkan beberapa butir batu delima sebesar mata ikan.Ditunjukkan batu-batu delima itu kepada anak dan isterinya. "Eh cantiknya...mana ayah dapat?"tanya Fatimah sambil membelek-belek batu itu. "Memang cantiklah,abang,"Tunku Balqis turut memuji."Minta sebutir." "Nah,seorang sebutir,"Bujang menghadiahkan."Sebutir lagi buat abang.Pemberian lelaki berjubah tempoh hari." "Balqis tak nampak pun dia memberikan pada abang,"sahut Tunku Balqis. "Waktu itu hari dah siang,Balqis dengan Fatimah tidur keletihan,"Bujang menceritakan kembali."Abang terjumpa banyak batu delima.Betul-betul di tempat lelaki berjubah itu berdiri." "Apa khasiatnya,abang?"Tunku Balqis mencuba batu itu di atas jari manisnya. "Pakai sajalah,buat perhiasan,"Bujang enggan mengulas lanjut."Hadiah dari alam ghaib." "Nanti Balqis perintahkan tukang cincin membuatnya sepasang untuk kita." "Untuk abang,ikat sahaja dengan cincin ini,"Bujang menyerahkan contoh cincin yang telah dicubanya bersama batu delimanya kepada Balqis.Bujang keluar dari kamar itu untuk mengambil wuduk dan menunaikan sembahyang maghrib. "Mari,Fatimah,"ajak Tunku Balqis,meninggalkan semua pakaian dan cincin di situ."Kita jemaah bersama ayahmu.Tumpang berkatnya." Selepas mengerjakan sembahyang maghrib dan isyak bersama isteri dan anaknya,Bujang turun ke bawah bercampur-gaul dengan orang ramai yang masih sibuk menyudahkan kelengkapan dan persiapan perkahwinannya. Dia sengaja memakai pakaian biasa supaya tidak dikenali ramai.Kedua-dua kerisnya ditinggalkan di kamar.Dia hanya membawa kerambitnya yang disembunyikan di dalam baju. Dilihatnya para tetamu kehormat yang datang dari jauh sudah pun berihat-rihat di Balai Tetamu sambil berbual-bual kosong dalam kelompok sendiri.Semua penghulu dan ketua kampung ditempatkan pula di Balai Besar sebagai tempat penginapan.Dia tercari-cari kalau ternampak Perkasa tetapi kelibat adik ipar-nya tidak kelihatan pun di mana-mana.Ketika dia berjalan-jalan itulah,dia terserempak dengan beberapa pegawai Kompeni Belanda sedang minum-minum dengan gembira di bawah istana,masing-masing memegang bekas arak.Mereka nampaknya sudah mabuk kerana mulut mereka berbau arak. " Vergeet niet,men!Don't zorg over de gang.Just krijgen hun leader Panglima Agung morgen.Morgen!",kata seorang yang berpangkat paling tinggi kepada anak buahnya.{Remember,friends.Don't care about the gang.Just get their leader Panglima Agung tomorrow.} " Don't zorgen,Captain.We krijgt him.Now laten we drinken en vrolijk worden! "balas salah seorang pegawai itu.Mereka minum lagi.{Don't worry,Captain.We will get him.Now,let's drink and be merry.} Pada mulanya memang Bujang tidak pedulikan mereka.Lagipun,dia tidak memahami bahasa Belanda yang mereka tuturkan.Namun,bila namanya disebut dalam perbualan itu, dia tertarik hati untuk mengetahui apa yang diperkatakan mereka.Tetapi selepas itu,mereka terhoyong-hayang keluar dari bawah istana menuju ke Balai Tetamu.Bujang tidak jadi mengikut mereka.Dia berjalan-jalan lagi,dalam hati tertanya-tanya. Ketika dia melalui bahagian belakang di mana tukang-tukang masak sedang menyediakan makan-minum buat para tetamu,dia terserempak dengan Perkasa. "Bujang,ikut aku,"Perkasa terus menarik tangan Bujang ke taman larangan yang jauh dari kesibukan itu. "Ini taman larangan,"Bujang cuba membantah. "Tak apa,Bujang.Kami dapat kebenaran Raja Muda,"lekas-lekas Perkasa memotong cakap abang iparnya."Dengar sini baik-baik,Bujang.Aku datang sebagai mewakili ahli-ahli lain, bukan sebagai adik iparmu atau kawanmu.Besok,kami akan membunuh Gabenor-Jeneral Belanda.Kami jangan dihalang!" "Tapi,Perkasa...,"Bujang cuba membantah lagi. "Ingat tu,Bujang.Kau dah jadi khalifah kami,"Perkasa mencelah dan terus keluar dari taman larangan itu meninggalkan Bujang.Sebentar sahaja,dia hilang lesap di celah orang ramai.Bujang termangu-mangu seorang diri,tidak percaya dengan apa yang didengarnya tadi.Gabenor-Jeneral Belanda hendak dibunuh pada hari perkahwinannya!Perasaannya bercampur-aduk.Dia perlu mencari Tunku Mahmud Raja Muda dengan segera. Puas Bujang keluar-masuk istana,Raja Muda tidak juga dijumpai.Mujurlah dalam keadaan tergopoh-gapah itu,dia terserempak dengan salah seorang hulubalang yang dikenalinya. "Kau Pendekar Kundang,bukan?"dia bertanya pada pendekar yang sedang mengawal panca persada. "Sekarang dah jadi hulubalang,Tengku Panglima,"Kundang tersengih-sengih. "Tak payahlah bertengku dengan hamba,Kundang,"Bujang menegur."Kita 'kan kawan lama.Mana Bachok,Semaun,Damak dan kawan-kawan lain." "Ada yang terbunuh di Kuala Kedah,ada yang berkhidmat dengan pembesar-pembesar kita di tempat lain,"Kundang seperti cuba menyembunyikan suatu. "Mengapa tidak datang berjumpa hamba? Kau sombong,ya?"tanya Bujang. "Bukan sombong,Tengku,"Kundang menafikan."Seganlah. Kami cuma pendekar dan hulubalang,Tengku Panglima berdarah bangsawan,menantu ke Bawah Duli Sultan pula." "Perkara seperti inilah yang menyebabkan hamba kadangkala menyesal dilahirkan sebagai Tengku Alang Iskandar,"Bujang meluahkan kekesalannya."Alangkah baiknya jika kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah,tanpa mengira pangkat dan darjat." Kundang terdiam,terpesona dengan kata-kata bernas itu. "Kundang,kau mesti tolong hamba,"tegas Bujang."Tolong cari ipar hamba Raja Muda sampai dapat.Katakan padanya ini perihal penting." "Patik ditugaskan mengawal panca persada ini,"Kundang memberi alasan menolak. "Panca persada ini tidak akan lari ke mana-mana,"sindir Bujang."Pergi sekarang." "Baik,Tengku Panglima,"Kundang tergesa-gesa pergi. "Abang...,"Tunku Balqis tiba-tiba menghampirinya."Di sini rupanya abang. Abang mesti balik ke istana kita malam ini juga." "Istana kita?"Bujang kehairanan."Bila pula kita dapat istana?" "Abang belum tahu? Ayahanda sudah berkenan menganugerahkan istana Kota Siputih kepada kita sempena perkahwinan ini,"Tunku Balqis menerangkan."Jadi,abang mesti balik ke sana malam ini.Besok pagi,rombongan pengantin lelaki akan diarak dengan gajah dari sana hingga ke istana ini,kononnya untuk menjemput pengantin perempuan.Selesai majlis perkahwinan,baru kita dibolehkan balik dan bersemayam di sana." "Tetapi,abang sedang mencari Tunku Mahmud,"Bujang agak keberatan hendak ke sana. "Kanda Tunku Mahmud keluar istana,katanya ada perkara penting,"Tunku Balqis menjelaskan."Sekarang abang pergi bersiap.Semua orang sedang menunggu abang." "Baiklah,"Bujang tidak dapat menolak lagi. Di suatu tempat tersembunyi tiada jauh dari istana,kumpulan penyamun yang berpakaian serba hitam dan bertopeng itu berkumpul. "Kita terpaksa berpindah dari sini,"kata ketuanya yang besar-tinggi. "Kenapa pula?"tanya penyamun kurus melidi. "Sekarang tidak selamat lagi,"jawab ketua mereka."Siapa berani lawan Panglima Agung." "Kalau begitu,tidak ada penyamun seperti kita yang berani lagi bermaharajalela di negeri Kedah ini,selagi Panglima Agung ada di sini,"sampuk seorang penyamun lain. "Hoi,jaga sikit mulut tu,"marah seorang penyamun lain pula."Kita bukan penyamun atau perompak! Kita berjuang menentang penjajah Belanda laknat itu!" "Sabar,kawan-kawan,"ketua penyamun itu mententeramkan mereka."Biar apa pun orang menggelar kita,yang penting niat kita.Apa kata kita bergabung dengan Panglima Agung?" "Hamba kenal benar siapa Panglima Agung,"balas penyamun kurus melidi."Dia memang benci penjajah,sama seperti kita.Kalau kita ajak bergabung,dia pasti tidak menolak." "Apa kata kalau kita menyertai angkatannya?"tanya seorang lagi penyamun. "Beginilah,"ketua penyamun itu membuat keputusan."Beritahu semua kawan-kawan kita yang ada di negeri Kedah ini supaya beramai-ramai masuk ke dalam angkatan Panglima Agung.Siapa yang menolak,bererti dia kumpulan haram dan musuh kita." "Bagaimana dengan Tunku Mahmud?"sampuk seorang penyamun pula. "Berapa kali hamba beri amaran,kita tidak ada nama!"marah ketua penyamun pada yang menyampuk."Tentang perkara itu,akan hamba runding dengannya.Kita harus ingat siapa dirinya,Jadi,nama baiknya dan maruahnya mesti dijaga.Faham,semua?' "Faham!"mereka menjawab beramai-ramai. "Baiklah,bersurai semua!"ketua penyamun itu memberi arahan. Mereka tidak membantah lagi,terus bersurai dan hilang di dalam gelap itu. Keesokan harinya,rombongan pengantin lelaki yang diarak dengan gajah dari istana Kota Siputih akhirnya tiba di hadapan pintu gerbang istana Kota Naga.Datuk Setia Raja dan Datuk Johan Pahlawan selaku pengapit turun dari kuda masing-masing untuk mempersila-kan pengantin lelaki turun.Bujang yang berpakaian serba kuning dan berkeris dua melompat turun setelah gajah direndahkan,lalu segera dinaungi payung kuning berenda oleh ketua pengiring. Pintu gerbang dibuka.Dari dalam kedengaran bunyi nobat di raja memainkan lagi rasmi khusus untuk upacara penuh istiadat itu. Setelah bunyi nobat berhenti,kedengaran bunyi paluan kompang,gong dan gendang seiring dengan tiupan seruling dan serunai. Diapit oleh Datuk Setia Raja dan Datuk Johan Pahlawan,Bujang diiring ke panca persada. Sebuah pelamin yang indah sudah didirikan di atas panca persada itu. Di hadapan panca persada,Mak Inang menghalang perjalanan mereka. "Nanti dulu wahai teruna,jangan duduk sebelum berdiri,hendak naik ke peterana,bayar dulu tebusan diri,"Mak Inang selaku Mak Andam berpantun sambil menghulur tangan. "Mak Andam bijak bistari,bersanggul lintang sungguh bergaya,ini dia penebus diri,wang emas sepuluh saga,"Datuk Setia Raja menjawab pantun lalu menyerahkan hantaran yang diminta.Mak Andam membuka batil emas itu dan mengira wang satu persatu.Tiba-tiba Mak Andam melenting,tidak berpuas hati dengan hantaran itu. 'Pagi-pagi bertanak pulut,pulut dicampur dengan ragi,tebusan ini tidak cukup,kalau berkenan berilah lagi,"Mak Andam berpantun lagi. "Pokok pegaga tumbuh bercambah,pokok padi rebah melintang,sepuluh saga kami tambah,kalau tak hendak kami pulang,"Datuk Johan Pahlawan berpantun pula sambil meng-hulurkan sebuah batil emas lagi kepada Mak Andam. Mak Andam membuka batil itu, kemudian mengangguk lalu berpantun,"Teruna bangsawan gagah perkasa,kacak lawa berkeris dua,pintu kota sudah dibuka,kalau sudi apalah kiranya." Bujang tersenyum kerana pantun itu ditujukan padanya. Penghulu Adat dan Mak Andam tampil mengambil-alih Bujang dari Datuk Setia Raja dan Datuk Johan Pahlawan. Bujang dipimpin naik ke atas panca persada. Kemudian didudukkan di atas pelamin. Dua orang dayang-dayang tampil mengipas Bujang sementara Mak Andam berdiri di sebelah tempat pengantin perempuan yang masih kosong. Penghulu Adat turun dari panca persada dan masuk ke dalam istana untuk menjemput pengantin perempuan pula. Semasa menunggu kedatangan Tunku Balqis,mata Bujang berkisar memerhati setiap tetamu yang berdiri di hadapannya.Dia ternampak beberapa orang pegawai Kompeni Belanda duduk di bawah naungan mengerumuni seorang pegawai yang kelihatan seperti berpangkat tinggi.Mungkin itulah Gabenor-Jeneral Belanda. Pengantin perempuan muncul dari istana diapit oleh Tunku Mahmud Raja Muda dan Tunku Pangeran manakala Penghulu Adat menunjuk jalan ke panca persada. Tiba di tepi panca persada,Mak Andam turun menjemput pengantin perempuan lalu dipimpin tangan ke atas pelamin dan didudukkan di sebelah pengantin lelaki.Lagu bunyi-bunyian pun dimainkan dari Balai Nobat berhampiran.Tunku Mahmud Raja Muda dan Tunku Pangeran berpaling dan meninggalkan panca persada. Bujang mengerut kerana tidak sempat hendak bercakap dengan Tunku Mahmud.Dia merenung ke arah Gabenor-Jeneral Belanda yang kelihatan santai tanpa menyedari nyawanya dalam bahaya. "Kenapa masam saja muka pengantin lelaki?"Mak Andam mengusik ujang."Senyumlah." Bujang tersenyum mendengar usikan Mak Andam. "Hah,macam itulah,Tengku,"kata Mak Andam pada Bujang. "Balqis,"bisik Bujang tanpa menoleh."Yang mana satu Gabenor-Jeneral Belanda?" Tunku Balqis yang sentiasa tunduk sejak tadi terkejut bila ditanya begitu. "Masa bersanding,tak boleh bercakap,"bisiknya kembali pada Bujang. "Jawab sajalah,"bisik Bujang lagi,mendesak. "Yang duduk di tengah-tengah tu,kepala botak sikit,"bisik Balqis."Namanya Cornelis Van de Lijn." Melihat Mak Andam menjeling tajam ke arahnya,dia tunduk semula,mukanya merah padam. Bujang diam selepas itu.Sementara mereka berdua menjadi tontonan ramai,mata Bujang juga mengamati setiap penonton lelaki,terutama sekali yang membawa senjata.Di sebelah hujung duduk kaum-kerabat di raja di atas kerusi yang disediakan termasuk Wan Sara isteri Tunku Mahmud Raja Muda dan Paduka Permaisuri yang memeluk Wan Fatimah. Kerana kesihatan Baginda Sultan belum begitu mengizinkan,baginda dibaringkan di atas tandu yang diusung empat pendekar.Tunku Pangeran pun ada tetapi Tunku Mahmud tidak kelihatan, tempatnya di sebelah Wan Sara kosong.Hati Bujang tertanya-tanya lagi. Siapa yang akan membunuh Gabenor-Jeneral Belanda dan bagaimana caranya Kemudian Raja Muda mengetuai bebarapa orang tetamu kehormat menepung-tawar kedua mempelai itu.Kaum-kerabat juga tidak ketinggalan.Terakhir sekali ialah Fatimah. "Mak Andam,"tanya Bujang perlahan."Selepas upacara ini,kita ke mana?" "Sepatutnya Adat Bersiram di Taman Larangan,"Mak Andam,tidak berani menegur perbuatan Bujang."Tapi Penghulu Adat minta diringkaskan sahaja atas permintaan Tunku Puteri dan Tunku Raja Muda. Datuk Seraja Imam pun tidak berkenan dengan adat-adat yang melanggar hukum syarak." "Mak Andam pergi cari Tunku Raja Muda,"perintah Bujang."Katakan padanya nyawa Gabenor-Jeneral Belanda dalam bahaya.Ada orang ingin membunuhnya." "Tapi,Tengku,patik kena kipas Tengku,"Mak Andam cuba membantah. "Tak payahlah dikipas-kipas,hamba bukan panas,"tegas Bujang."Pergi lekas." Mahu tidak mahu Mak Andam terpaksa mengalah.Dia menyerahkan kipas kepada seorang dayang-dayang dan terus turun dari panca persada. "Betulkah begitu,abang?"tanya Tunku Balqis,membiarkan dirinya dikipas dayang-dayang. "Nampaknya begitulah,"balas Bujang."Kita perlu berhati-hati." Dayang-dayang yang sedang mengipas mereka berpandangan sesama sendiri,masing-masing kelihatan cemas tetapi mereka tidak berani minta diri.

Tengku Alang Iskandar StoryWhere stories live. Discover now