ADEENA memalingkan wajahnya ke arah Aiden yang sedang memandu. Tatkala wajah itu terkena biasan lampu jalan, cukup jelas bagi Adeena wajah tampan milik Aiden merah dan sembab.
Aiden menangis disebabkan olehnya. Jahatnya kau Adeena!
Sebaik sahaja Aiden berlalu pergi tadi dia terus mengikuti langkah lelaki itu. Sampai sahaja di kereta milik Aiden. Lelaki itu tidak membenarkannya masuk sehinggalah setengah jam dia menunggu.
Adeena mengemam bibir. Maksudnya sepanjang dia menunggu di luar kereta milik lelaki itu, Aiden sedang menangis!
"Abang. Adeena minta maaf." Adeena mengeluh perlahan.
Aiden senyap. Lelaki itu marahkan dia.
"Aku belum jadi suami kau Davina. Sanggup kau tipu aku. I can't even imagine if I already be your husband. Mesti kau akan tipu aku hidup-hidup seperti tadi. Right?" Aiden tersenyum sinis.
"I-I takut nak bagitau abang. You're already warn me not to go out with another man. But abang I swear, Sophea with us at that time. Adeena tak keluar dengan dia berduaan." Adeena menggeleng.
Tangan Aiden yang bebas dari memegang stereng kereta dipegang oleh Adeena.
"Abang. I tak tipu."
Aiden menghela nafas perlahan. Dia berhentikan kereta di tepi jalan yang berbukit.
"A-Abang Adeena tak tipu. I swear!"
Tangan milik Aiden sudah basah lencun dengan air mata milik Adeena. Gadis itu tidak ubah seperti anak kecil yang menggogoi di tangannya.
Aiden mencengkam lembut dagu milik Adeena. Jari kasarnya naik menyapu air mata milik gadis itu.
"I hate liars sweetheart." Adeena mengangguk.
Dia tahu, lelaki itu sanggup menerima kenyataan walaupun ditikam berkali-kali rasa sakitnya.
Namun, lelaki itu benci terhadap penipuan. Baginya penipuan itu bukan sahaja menyakitkan malah juga mengkhianati kepercayaan seseorang.
"Sumpah Adeena Davina aku sayang dan cintakan kau."
Aiden menjatuhkan kepalanya ke riba Adeena. Tanpa dipinta air mata lelaki itu mengalir deras. Dia memeluk erat pinggang Adeena.
Adeena memainkan jarinya di rambut lebat milik Aiden. Cuba meredakan kekecewaan yang melanda lelaki itu.
"Abang I minta maaf."
Adeena menunduk untuk melihat wajah Aiden yang disembamkan ke perut kempisnya.
Diam.
Adeena mengalih rambut sedikit panjang milik Aiden yang menutupi wajah tampan lelaki itu.
"Seriously abang."
Adeena tersenyum kecil. Air mata yang masih tersisa membasahi pipi lelaki itu disapu dengan jarinya.
Adeena lihat sekeliling dari tingkap kereta. Gelap. Hanya satu lampu jalan yang menerangi jalan di situ. Jam digital yang ada di kereta di kerling. Already 8.45 pm. Tak masalahnya sekarang siapa yang mahu memandu?
