Sha duduk di mejanya, pada hari itu dia terpaksa bersendirian lagi kerana Sara tidak dapat ke sekolah. Tapi dia tetap akan rehat dengan 4 orang tersebut.
Dia terpaksa kerana diancam oleh Ash.
Ceh dia tu,
Ketika dia mengeluarkan buku untuk subjek seterusnya, buku latih tubi Sainsnya dicampak begitu sahaja di atas meja dengan coretan dan koyakan di buku tersebut. Sha memandang Angle yang berpandangan sinis.
"Jangan salah paham, cikgu lupa nak check buku you. So I dengan kawan I tolong checkkan"
Sha mengambil buku tersebut dengan menahan marahnya. Dia tidak rela dengan buku lati tubi Sains yang dibeli berharga 12 ringgit tersebut dikoyakkan dan diconteng.
Dia membuang buku tersebut ke arah Angle lalu memandang tajam ke arahnya.
"Hey stupid! How dare you-"
"YAA AKU STUPID KENAPA?!" Jerit Sha. Satu kelas memandangnya. Angle terdiam, takut.
"Hey ca- cakap lah bagus ba- bagus kenapa nak marah?" Angle mengalihkan pandangannya, tidak berani memandang mata Sha yang tajam tersebut.
"Oh tak marah?" Sha ke arah meja Angle dan membuat satu garisan besar di bukunya.
"OH MY GOD!" Angle berlari ke arah mejanya.
"HOW DARE YOU GIRL!"
"Kenapa nak marah? Kan boleh cakap bagus bagus" Sha mengatakan kembali ayat yang serupa dengan Angle.
Angle mengetap bibirnya. Dia mengangkat tangannya tapi belum sempat, sebiji bola terkena ke arah bahu Sha.
"Ops sorry tak sengaja" kata Apik lalu mengambil bola tersebut.
"Oh, it's okay. Aku harap kau tak dapat skor jaringan pertandingan akan datang nanti" sinis Sha.
Apik terasa dengan perkara tersebut. Dia membaling semula bola tersebut ke arah Sha tapi tersasar mengenai pasu bunga di belakang kelas itu. Pasu tersebut tidak pecah tapi tanahnya berhamburan.
Sha mengejek kecil lalu pergi dari dari situ. Ketika dia melangkah, Apik menolakknya dengan kuat dari belakang. Kakinya tersandung dengan pasu yang terjatuh tersebut dan kepalanya mengenai dinding mata pembelajaran.
Mereka semua tertawakannya. Tetapi mereka kembali diam ketika darah menitis jatuh ke lantai. Terutama Apik, dia menelan air liur dengan kesat.
"Apa kecoh kecoh ni?" Mereka semua kembali ke meja masing masing dengan kadar yang segera.
"Hah orang dekat belakang tu kenapa?" Tanya Ed.
Sha tiada pilihan lain selain menghadap cikgu matematiknya itu.
"FARISYA IRDINA!!" Jerit Ed. Ed memandang Sha dengan pandangan tajam. Dia memang tidak menyukai murid tersebut. Langsung tidak ada dalam kehidupannya untuk memberi perhatian akan murid tersebut.
Walaupun Sha dalam keadaan pipinya berdarah itu. Tiada langsung sikap prihatin dan kesian dengan anak muridnya yang satu itu.
"KENAPA DEKAT SEKOLAH JUGA ENGKAU BUAT BENDA BODOH HAH! TAK CUKUP MAKSIAT KAU BUAT DEKAT SEKOLAH HA-"
"Dah lah cikgu" Sha kembali ke mejanya. Dia mengemas apa yang patut lalu mengambil begnya.
Dia berjalan ke arah Ed, memandang cikgu yang dahulunya cikgu kegemarannya begitu juga dengan sekarang.
"Saya minta maaf kalau saya ada salah dengan cikgu. Saya harap tidak ada murid lagi yang cikgu layan seperti saya" Sha memunduk sedikit lalu keluar dari kelas tersebut. Darah yang jatuh di pipinya itu di lap sekilas dengan lengan baju kurung putihnya.
YOU ARE READING
[OG]𝙛𝙡𝙮𝙞𝙣𝙜 𝙞𝙣 𝙩𝙝𝙚 𝙨𝙖𝙢𝙚 𝙨𝙠𝙮🌙
Novela JuvenilSekolah yang penuh dengan kekejaman hanya disebabkan oleh pengetua sekolah yang tidak bertanggungjawap. Mengabaikan tanggungjawap sebagai seorang guru, pembulian dilakukan hanya kepada seorang murid malang. Satu sekolah mengabai dan membulinya dari...