Bab 46

290 8 0
                                    

'Teruntuk Danish yang disayangi Naaila. Dia gila mencari awak yang hilang secara paksa dari dalam hidupnya, Jihah'

Iskandar memandang lama kearah muka surat ketiga buku puisi yang bertajuk AKU ditangannya. Dia teringatkan kisah dimana dia terserempak disebuah kedai buku di Kuala Lumpur dengan Aisyah dan dapat dilihat dengan mata kasarnya sendiri John Durke mengasari Aisyah yang dia sayangi begitu sahaja tanpa ada tanda rasa kasihan. Dia berjanji kepada dirinya sendiri untuk tidak memaksa atau mengasari Aisyah dari apa-apa segi pun sekiranya dia diberikan peluang untuk memiliki seluruh jiwa dan raga wanita tersebut. Dia mengeluh perlahan.

"Aku kasar sangat ke dengan kau, Aisyah?" "Atau aku terlalu bersahaja?" "Tak kedengaran ikhlas ke?" "Aku ni nak kena belajar tulis puisi ke apa?" tanya Iskandar bertalu-talu kepada dirinya sendiri. Dia ketawa perlahan bagai orang gila dengan pertanyaanya sendiri.

"HOI!" jerit Izwan yang datang entah dari arah mana.

"Astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih," jawab Iskandar sambil mengurut-urut dadanya perlahan.

"Mama kata kau ada kat sini."

"Iya, yang kau pergi sergah aku macam tu dah kenapa? Nak aku mati buat kali ketiga ke?" tanya Iskandar. Dia geram mahu meluku kepala adiknya.

Izwan senyum sumbing.

"Kau ulang balik baca buku ni?"

Iskandar hanya mengangkat bahunya. Dia malas mendengar komen-komen yang bakal keluar dari mulut Izwan.

"Mana Hanum?"

"Ada dengan baby kat rumahlah bro! Apa punya soalan da?" jawab Izwan bangga.

Iskandar tersenyum membayangkan muka anak buah terbarunya, Adelia Nabihah, hasil percintaan antara Izwan dan Hanum. 

"Makin debab tak Adelia?" tanya Iskandar. Mukanya selalu berseri-seri apabila bercakap mengenai anak-anak buahnya.

"Mana tak debab anak aku tu? Kalau Hanum takde je, si Hanisah sumbat dengan botol susu," adu Izwan. 

"Dah 9 tahun umur Nisa kan.." ucap Iskandar sedikit hiba. Dia teringatkan arwah Danial tiba-tiba.

"Kalau Danial ada, mesti sekarang kita dah kena pukul dengan kayu sebab masukkan anak dia kat sekolah biasa," seloroh Izwan sambil ketawa perlahan.

Iskandar hanya menganggukkan kepalanya dan tersenyum tanda setuju.

"Kau ok ke?"

Iskandar memandang ke arah Izwan seraya berkata, "Aku macam inilah."

"You came too strong at her. Orang tu belum bersedia lagi." ujar Izwan. Dia sengaja tidak menyebut nama Aisyah.

"After these 2 years, I am surprised how I can still love her," luah Iskandar sambil tersenyum.

Izwan hanya mendiamkan diri, membuang pandangnya kearah ikan-ikan di dalam kolam.

"Kadang-kala aku rasa aku ni macam puisi yang Naaila ni tulis. Kau baca ni," Iskandar menghulurkan buku yang bertajuk AKU tersebut kepada Izwan.

Aku nampak engkau, aku tersenyum; gembira(?) Mata aku lihat engkau, mata engkau lihat dia. Tangan aku cuba menggapai mimpi; mimpi aku ada engkau - mimpi engkau, tiada aku. Aku tersedu, sepi, tidak berlagu. Aku seorang diri; disini. Engkau seorang diri; disana. Aku cuba meraih pandangan mata engkau; untuk engkau melihat aku. Engkau tidak tahu. Aku jadi bisu, lidah rasa kelu. Tiada rasa, dari engkau untuk aku; aku tahu. Engkau patut tahu, aku hanya ada engkau; engkau cuma ada aku-dalam semua mimpi aku. Aku patut tahu, tidak ada aku dalam mimpi engkau- mimpi engkau cuma ada kelam, walau tiada dia, juga bukan ada aku. Bukan, aku.

Andai Tiada Duka ☑️Where stories live. Discover now