ada orang rindu aku tak ?
i guess takde huhu__
Baru sahaja selesai melakukan sidang media bersama wartawan entah mana datang serbu majlis perkahwinan mereka . Setahu Taehyung , dia tidak ada upah mana mana media untuk menghebohkan tentang perkahwinan mereka .
Tup tup segala wartawan atau lebih tepat 'paparazi' datang serbu , Angela memang rasa tak selesa apabila mereka menanyakan soalan yang tak patut disoal .
Taehyung memang dah awal lagi tolak segala soalan yang ditanya , datang tak diundang terus nak persoalkan tentang perkahwinan mereka lagi lagi pasal peminat . Naik muaklah dia nak jawab .
Susahlah kalau orang banyak peminat ni , semua pakat serbu .
" sorry kalau kau tak selesa dengan soalan mereka , kau tahukan kerja paparazi ? " Wajah penuh keletihan isteri disebelah yang masih anggun mengenakan gaun pengantin itu direnung .
" Tak apa , maklumlah awak banyak peminat mana tak orang nak datang serbu . Mereka masih tak dapat terima awak dah kahwin . Entah saya ni tengah kahwin dengan retis kononnya " gelaknya kekok sambil menutup bahunya yang sedikit terdedah . maklumlah off-shoulder , buatkan Angela tak selesa .
Dia masih tak tahu apa sebenarnya pekerjaan Taehyung sampai Paparazi , makcik bawang semua datang tanya serbu . dia pun rasa pelik .
Taehyung faham akan situasi Angela terus jaket tuxedo ditanggalkan lantas disangkut pada bahu Angela yang terdedah tadi itu sudah tertutup .
" Pakai , aku taknak lekuk lekuk badan kau jadi renungan mata lelaki lain . Aku tak suka " bisiknya perlahan ketelinga Angela .
Matanya membulat apabila mendengar bisikan suaminya
Angela masih terkebil kebil memandang wajah tanpa riak Taehyung . Terasa tangannya diraih , tangan Taehyung .
' Hai hati , dia berlagak baik depan orang je kan ? bukannya nak goda hati kau pun ' getusnya didalam hati .
" Jom , kawan aku dah tunggu sana " katanya datar lalu tangan Angela ditarik bersama . Angela mampu mengangguk perlahan , dah macam lembu kena cucuk hidung . Ikut sajalah telunjuk orang .
Selesai saja sesi bergambar keluarga tadi kelibat nenek dicari namun tak ada , takkan nenek dah balik dengan Mochi ? Taknak tunngu angela balik sekali ke ?
Langkah Angela turun terhenti apabila berhenti tepat didepan dua orang lelaki kacak . Kacak bak bidadara . Angela terpegun seketika .
Gadia itu tersentak apabila lengannya disiku lembut , liur ditelan . Kantoi tenung anak buj"ang orang . Angela buat selamba . Butang tuxedo dia kuis .
" Sorry lambat hyung , paparazi datang menyibuk pula " alasan Taehyung . Tengkuk belakang diusap .
" Tak apa , kami faham keadaan kau . Maklumlah CEO dah kahwin mana tak dorang terkejut , tup tup dah kahwin dengan perempuan cantik pula tu kan hyung " usik salah satu hyung yang mengenakan neck tie ungu tersebut . Mata tak henti renung isteri Taehyung kat sebelah
" Ish kau ni Yoongi ! jeles suami dia dengar kau puji isteri dia . Pecah muka kau dia tumbuk nanti " Yoongi hanya ketawa dengan teguran lelaki itu . Taehyung hanya tersengih kecil
" Taknak kenalkan isteri kau kat hyung- hyung kau nii ke ? " Keningnya sengaja dijongket . Taehyung mengangguk seraya pinggang isterinya ditarik rapat .
" Hyung , ni isteri aku nama dia Angela . Kim Angela Rossiè " Nama penuh isterinya disebut dengan lancar .
Angela mengemam bibir . Jantung mula berdegup kencang . Kedudukan mereka terlalu rapat menyesakkan pernafasan . Angela tak selesa lagi lagi Taehyung yang peluk .
Hyung tu apalagi , jakun tengok isteri Taehyung yang cantik hot meletup tu .
" Hi , nama saya yoongi " Gummy smile ditayangkan . Tak ubah macam kucing . Min Yoongi seorang penulis lirik serta producer disebuah Syarikat entertainment terbesar iaitu , Bighit .
Angela menundukkan kepalanya sedikit kearah Yoongi . Kini giliran lelaki tinggi disebelah Yoongi pula kenalkan diri .
" Hi ! im worldwide handsome Kim Seokjin " Katanya sambil buat gaya flying kiss , Rose merah dikeluarkan dari blazer miliknya lalu dihulur buat Angela .
Seokjin pula seorang modal pakaian yang terkenal di France . Memandangkan Taehyung kahwin dia balik Seoul lah .
Sayangnya , Angela tak kenal pun worldwide handsome depan dia ni even dia memang terkenal diseluruh dunia , semua orang kenal .
" wow " Tergamam gadis itu dibuatnya lantas Rose disambut . seokjin tersenyum kagum .
Nampaknya trick Seokjin masih berbisa sehingga gadis itu kagum .
" Terima kasih " ucap Angela lembut . Rose merah ditangannya dihidung seketika . Wangi !
Taehyung mengerling Angela disebelahnya , kusyuk betul dia dengan bunga . Riak wajah serius Taehyung membuatkan senyuman Angela mati . Menyesal toleh tadi
Perlahan rose menjauh dari hidungnya . Tak boleh tengok orang bahagia ke ? gerutu Angela .
" hobi hyung mana ? Jungkook ? " Soal Taehyung . Kepalanya menoleh ke kiri ke kanan . Angela pun ikut sama . Dia tak tahu siapa yang Taehyung cari .
" Dorang lambat sikit , Jungkook ? dia kata dia jemput seseorang kat airport , Flight dia kena tangguh , siapa orang i dunno lah tapi Uri hope akan datang sekejap Nan- " Ayat Seokjin tergantung apabila terganggu dek suara yang datang menyapa .
" Sorry lambat jalan jammed "
Angela terus menoleh sebaik sahaja suara yang dia amat kenali menyapa diri .
Angela melopong , dia tak sangka Hoseok datang tapi kenapa makcik jung datang dulu ? dia lambat ?
" Ehh , girlfriend aku . Kau buat apa kat sini ? Cantiknyaaa bidadari dari syurgaa " puji Hoseok lalu menghampiri Angela .
" Hoseok hyung " nama lelaki didepannya disebut . Dahi Taehyung berkerut seribu . Dia keliru sekarang nii .
" Girlfriend ?!! " Kata mereka mereka berdua serentak . Angela mati kata . Matilah dia kalau Taehyung salah faham , tak sangka pula Hoseok berkawan dengan Taehyung .
_________
TBC
Sorry lama tak update . maafkan yaa
Please vote and Comment Juseyo
YOU ARE READING
✔️ Married With a Stranger | [ 김태형] KTH
FanficTanpa mereka sedar , sebenarnya Tuhan telah merancang pertemuan untuk mereka berdua melengkapi satu sama lain . Tetapi gelaran 'stranger' membuatkan gadis itu menolak rasa yang mula menjalar dalam hatinya . Tak mungkin , mereka stranger yang terpak...