"Now, just call me JiMin even we're in different age. And one more thing, keep our relation from the others. Arasseo?"Aku menarik nafas dalam-dalam dan cuba untuk bertenang. Masih lagi menunggu arahan dari lelaki yang bernama JiMin a.k.a suami aku sendiri.
"Papa, Qish nantok. Jom kita sleep."
Teguran seorang kanak-kanak perempuan yang menggelarkan dirinya Qish, membuatkan aku menoleh ke arah budak itu. Matanya dipisat-pisat menahan kantuk.
Comel.
"Aigoo anak papa, lets go.."
JiMin mendukung anaknya dan serta merta Qish melentokkan kepalanya pada bahu lelaki itu. Tanpa ku sangka, tanganku ditarik sekali mengikuti langkahnya ke bilik tidur.
Tak tahu nak buat apa, nak lari dari masalah ini, tak boleh sebab benda dah terjadi.
Kenapa aku?
Punyalah berlambak perempuan kat luar sana. Kenapa mesti aku? Sesungguhnya usia aku masih muda.
⚪
⚪
⚪
Air putih yang sejuk membasahi tekakku yang kering dari siang tadi. Ini gara-gara terlalu asyik melayan tetamu tak henti punya pasal.
Tetamu pulak mulut kepoh, ada sahaja topik atau gosip hangat yang nak dibualkan.
Eleh cakap dengan cermin.
Selesai aku habiskan saki baki air, cawan ku basuh dan simpan di rak semula dengan elok.
"Kenapa tak tidur lagi? Hmmm?"
Jantungku tersentak akibat terkejut dengan teguran suara garau itu. Aku mengurut dada perlahan dan sandar pada kabinet. Hayya nasib baik! Selamat tak melatah.
"Cikgu pun tak tidur lagi?" Soalku dengan lembut. Namun dalam hati nak sahaja aku menjerit depan wajahnya. JiMin mula mendekati ke arahku yang menghalang aku untuk jalan.
"Aku tahu kau marah kat aku. Kau jangan nak perasan yang aku kahwin dengan kau sebab aku suka, tapi untuk anak aku."
Suara garau JiMin kedengaran perlahan sahaja, itu pun cukup membuatkan bulu roma aku menegak. Pertama kali jarak aku antara lelaki terlalu dekat.
"What?! Punyalah berlambak perempuan yang sebaya dengan cikgu, kenapa saya pulak kena jadi isteri cikgu?"
Api kemarahanku mula membuak apabila diberi alasan yang tak masuk akal logik.
Geramnya!
"Maybe you are the best mother for my kid?"
JiMin meninggalkan aku keseorangan dengan senyuman sinis. Aku menghentak kaki tanda protes dan terus meluru ke bilik untuk tidur.
Aku akan jalankan tanggungjawab seorang ibu, tetapi bukan seorang isteri sampai aku boleh terima dia. Itulah pegangan kata-kata aku.
YOU ARE READING
eyes for you | pjm¹
Fanfiction"What a perfect guy you are, hurm?" Aku mengusap kepalanya dengan senyuman nakal. Rambutnya yang terjuntai aku usik kemudian jari jemariku mengelus lembut dari dahinya, turun ke hidung, bibir, dagu dan halkumnya. "You look nervous. Am i make you fee...