bab 19 | secret

1.7K 86 4
                                    

Cinta Yang Terakhir

Happiness is not something
ready-made.

🎧🎧🎧🎧

Airi pov

     Surat khabar lama tersusun rapi di atas meja. Sementara menunggu kereta sewa untuk kami menuju ke destinasi yang diingini. Ammar pula semakin rapat dengan Ika. Aku tak dilayan dia. Bertuah punya anak.

Untuk menghilangkan bosan aku mengambil surat khabar lalu tangan entah siapa yang gatal menyentuh tangan aku. Aku menoleh. Kamal tersenyum sinis. Senyuman yang aku paling benci.

Haris menepis kasar tangan Kamal lalu memberi aku surat khabar. Aku mengambilnya.

"Nah, my wife. Jangan nak mengatal." Kata Haris dingin.

Kamal bangun lalu menuju ke arah Ika. Pada masa yang sama, dia masih curi pandang kat aku. Buaya darat betul. Ingat dah berubah.

"Oi! Jaga mata. Suami kau didepan. Tahulah Kamal tu cinta pertama kau. Tapi kau perlu lebihkan aku." Bidas Haris.

Aku tak perasan aku memandang Kamal. Aku berpaling ke arah Haris. Nampak sangat reaksi mukanya cemburu.

Aku tergelak kecil. Cemburulah suami aku. Haha.

Selepas kereta sudah sampai, kami naik lalu menuju ke destinasi yang nak dituju. Iaitu Tanjung Rhu Beach. Langit yang cerah telah memakau pandangan aku. Aku ni suka pergi tempat macam ni.

Setelah sampai di tempat itu, kami semua berkumpul di resort. Kami memilih untuk menempah satu malam di situ.

"Wah, cantiknya tempat ni!" Kata Ammar gembira dalam dukungan aku. Aku turut gembira juga. Anak gembira, mak pun tumpang gembira.

Segala barang aku dan Ammar diangkat oleh Haris didalam bilik. Sekarang ni aku, Ammar dan Haris berluang masa bersama. Ika dan Kamal pula pergi ke tempat lain.

"Dah jom. Kita pergi makan dulu pastu pergi ke pantai." Celah Haris. Dia mengambil Ammar dari dukungan aku. Aku terserentak. Dia selalu mencelah je. Takpa, lain kali aku buat perkara yang sama.

Aku mengikut dari belakang. Memandang kiri kanan. Ada yang datang berkeluarga, pasangan bercinta pun ada. Cewah. Lebih romantik lagi dari yang sudah berkahwin.

Haris dan Ammar menukar baju di tempat khas untuk tukar mandi renang. Diorang senanglah lelaki, tak perlu nak risau pasal badan pun. Aku ni pun nak berenang tapi terlampau seksi.

Aku duduk di tepi pokok kelapa. Kesempatan yang ada, baik aku cuci mata melihat lelaki yang kacak. Banyak betul berbadan sado. Aku belum tengok lagi badan milik Haris. Dia ada ke six-pack? Mungkin ada, dia kerap bersenam di rumah.

Beberapa minit kemudian, kebosanan aku sudah tahap entah tak nak kata. Mata aku terarah ke arah seorang lelaki dan budak kecil. Tak nampak muka diorang. Bahagia sangat tu. Tapi mana isteri dia eh? Mungkin isteri dia taknak ikut sekali.

Lelaki itu memanggil aku sambil tangannya melambai-lambai.

Rupanya suami aku. Haha. Tak kenal.

"Airi! Jomlah sini!" Jerit Haris. Badan dia memang mengancam betul. Perempuan sekelilingnya malu-malu, berbisik sesama sendiri.

Woi tu suami aku!

Aku bangun lalu pergi ke arah Haris yang mencekik pinggang. Nak show off body dialah tu. Perah santan.

Aku menunduk kepala. Tak mampu nak tenung anak mata Haris yang tersenyum sinis kat aku.

"Banggalah kau tu ada suami sekacak ni. Takpa. Suami kau jugak ni. Tak payah nak malu." Kata Haris sinis. Dia semakin mendekati aku. Aku menolak dia. Rimas.

"Eee! Tak inginlah. Aku nak pergi bilik dulu. Jaga Ammar tu. Bye! My lovely hubby. Hahaha." pamit aku. Aku sengaja menekan my lovely hubby. Baru sweet. Oh ya. Terngaga perempuan gatal dari tadi memerhati Haris.

Haris menggeleng. "Bye, my gorgeous wife."

Selepas 1 jam berlalu, aku tidur sekejap. Didalam bilik, Ammar masih tidak ada. Lama juga diorang mandi. 1 jam kot kat pantai. Sudahlah cuaca panas terik boleh demam budak tu nanti.

Aku pergi ke luar bilik lalu pergi ke lift. Namun, aku rasa tidak sedap hati. Seolah-olah ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Aku tak hiraukan saja. Lebih penting ialah Ammar.

Semasa aku berjalan ke ruang lobi. Terdapat Haris, Kamal dan Ika berbincang sesuatu. Ammar pula tidur di paha Haris. Perbincangan macam serious.

Aku bersembunyi di sudut lobi itu. Suara diorang agar kurang jelas.

Part Haris.

"Airi tengah tidur sekarang. So. Apa plan kita? Aku malaslah nak berlakon apa semua tu." Kata Haris sambil mengusap rambut Ammar sedang tidur lena.

Tangan Ika bersilang ke dada. Gayanya nampak macam perempuan hot.

"Dia ejek arwah kakak kita dulu sampai bunuh diri. Sebab dia je kawan baik. Kakak kita dulu mana ada kawan selain dia. Memang sah-sahlah dia pembunuh. Kerja je sebagai doktor tapi pembunuh." Ujar Ika.

Diorang ada 4 adik beradik, anak 3 dalam keluarga sudah tiada lagi di dunia. Dia meninggal dunia pada umur 17 tahun kerana bunuh diri.

"Tunggu masa nanti. Biar dia gembira dulu. Airi, Airi. Bodohnya kau." Kata Kamal mengejek.

Diorang merancang mahu membalas dendam pada Airi. Segala-galanya dirancang dengan sempurna.

Part Airi.

Aku tergamam. Siapa kakak diorang? Diorang ada ahli keluarga yang lain tapi dah meninggal dunia. Dan lagi satu diorang nak balas dendam terhadap aku. Dendam apa?

Kenapa aku tak ingat langsung?

Kaki aku melangkah kebelakang. Tanpa aku sedar, ada pasu dibelakang aku lalu pasu itu terjatuh dan pecah!

Aku terkaku. Bodoh betul. Mana datang pasu ni?

"Airi!?"

Aku menoleh ke tepi. Haris memandang aku pelik. Dia mesti tahu yang aku curi dengar. Pedulilah. Bukannya aku ingat pun apa yang berlaku kisah silam. Dari umur lepas SPM aku lupa segalanya. Pada masa tu, aku dah bercouple dengan Kamal.

"Apa kau buat kat sini?" Tanya Ika memberi pandangan tajam ke arah aku.

Aku melarikan pandangan. Dalam hati dah sumpah seranah. Malang betul nasib aku.



To be continued

___________________________

VOTE, COMMENT AND SHARE

Love Is Cruel ✔️Where stories live. Discover now