Hazel menarik 2 buah bagasi bersaiz besarnya dengan kasar.Marahnya masih belum padam."Cepatlah buat kerja tu. Terhegeh-hegeh."marah Hazel pada Kak Ina.
Kak Ina membuat muka.Nasib Hazel tak nampak.Kalau tak matilah kau.
"Kak Yati! Where my heels!"laung Hazel kuat.
Tergesa-gesa Kak Yati membawa kasut tumit tinggi milik Hazel.
"Kenapa lembab sangat?!"
Pagi ni saja sudah ramai orang kena marah.
"Bang,marah betul Hazel tu.Kalau dia tak nak pergi tak payahlah paksa." Risau pulak dia dengan Hazel.Mahunya budak tu buat hal ke apa.
"Tak boleh sayang,Alex dan Nairis kan dah pesan suruh bawak Hazel tu. Barulah namanya family holidays."
"Takpe ke bang kita paksa dia?"tanya Puan Iman risau.
"Jangan risaulah.Kejap je tu."
Anaknya itu sangatlah degil. Mungkin silapnya juga.
Masuk saja ke dalam kereta,Hazel terus membuka telefon. Aplikasi Instagram discroll.
Sepanjang perjalanan Hazel tak bercakap sepatah pun.Main phone, termenung.Termenung main phone pastu tidur.
Kalau tak sebab daddy nya paksa untuk pergi bercuti ke mansion uncle Alex dan aunty Nairis tak hadap dia nak ikut.Siap ugut nak block kad kredit lagi.
Apalah nasib.
"Haz nak kirim apa-apa tak?"tanya puan Iman apabila sampai di stesen minyak.
"Shut up.Don't talk with me."marah Hazel.
Puan Iman mendiamkan diri.Sedikit sebanyak terasa juga di hati dengan kata-kata Hazel.
Siap saja Dato Amrul mengisi minyak dan puan Iman membeli makanan perjalanan diteruskan kembali.
***
"Hwarghhhh."Hazel menggeliat besar sebaik saja turun daripada kereta.Hari sudah pun malam. Dah pukul 12:45 malam.
"Hazel.Behave."tegur Dato Amrul.
Hazel buat tak tahu.
"Sampai pun orang jauh. Jemputlah masuk"pelawa Tan Sri Alex dan Puan Nairis.
Teruja Hazel dibuatnya apabila melihat laman mansion milik Tan Sri Alex dan puan Sri Nairis.
Luas dan cantik dengan hiasan lampu yang menarik.
Bertambah teruja Hazel apabila menjejakkan kaki ke dalam mansion itu.
Decoration yang mewah dan moden.Lampu chandelier yang besar ditengah-tengah ruang tamu itu paling menarik perhatian Hazel.
"Semua mesti penat kan so jom aku tunjukkan bilik kau dan Iman.Sayang tolong tunjukkan bilik Hazel."
Tan Sri Alex menuju ke lif.Wow ada lift.Mansion ni 4 tingkat mestilah kena ada lif.
"Ni bilik Hazel.Bilik ni aunty dah khaskan untuk tetamu perempuan."Puan Sri Nairis membuka pintu bilik yang berwarna putih itu.
Hampir pengsan Hazel apabila melihat bilik yang serba mewah itu. Warna pink lagi ,memang favouritenya.
"Thanks aunty."ucap Hazel. Senyuman tak lekang daripada bibir.Sukalah tu.
"Most welcome baby doll.Oh sebelum aunty terlupa yang hadapan ni bilik anak tunggal aunty.Rasanya dia dah tidur dah. Esok bolehlah berkenalan."
"Anak aunty tu lelaki ke perempuan? Hensem ke lawa?"tanya Hazel tanpa rasa malu.Malu kena simpan dulu.
"Lelaki.Hensem tak hensem tu Hazel kena tengok sendiri."
Lelaki! OMG! mesti hensem sebab Uncle Alex hensem dan aunty Nairis cantik.
Hazel tersenyum miang.Boleh ngorat ni.
"Okaylah.Hazel pergilah tidur.Dah lewat ni.
"Okaylah aunty."
Baru saja Hazel ingin menutup pintu, dia terdengar sesuatu daripada bilik hadapan.
Perlahan-lahan Hazel mendekati bilik itu.Telinga ditekup pada pintu.
"Siapa yang mengaji ni? Anak aunty Nairis ke? Sedapnya suara."
Terbuai Hazel dibuatnya apabila mendengar bacaan ayat suci Al-Quran daripada dalam bilik itu.
Pertama kali Hazel rasa tenang begini.
"Suara sedap confirm hensem ni."
Hazel menghayati setiap butir bacaan Al-Quran daripada anak Aunty Nairis itu sehingga habis.
Hatinya benar-benar rasa terusik.
Thank you for support
😋
YOU ARE READING
IAN ADAM HAYDEN [•C•]
Pertualangan"Hanya kerana seutas tasbih, Kita ditemukan." Cinta hadir tanpa diduga, cinta juga hadir tanpa dipinta.Semua yang berlaku atas kehendak-NYA. Pada mulanya,bagi Tengku Ian Adam Hayden,Hazel Medina adalah bala dalam hidupnya.Kerana sikap...