LFDW - Chapter 64

1.1K 87 1
                                    

Xander dengan pantas menuju ke arah Xavier sebaik sahaja abangnya itu melangkah masuk ke dalam rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Xander dengan pantas menuju ke arah Xavier sebaik sahaja abangnya itu melangkah masuk ke dalam rumah. Ketika itu, jam telah pun menunjukkan pukul 1:00 pagi.

Lega hatinya apabila mendapati abangnya pulang dalam keadaan selamat. Tapi yang membuatkan dia tertanya tanya kenapa abangnya pulang begitu lewat?bukankah dia hanya melihat kemana arah tuju Kyra.

"Ada something yang tak kena ke?kenapa aku tengok muka kau ni macam orang yang entahlah aku pun tak tahu nak cakap macam mana," ujar Xander.

Xavier menyandarkan badannya di sofa. Matanya pula dipejamkan rapat dan membiarkan soalan Xander tidak dibalas untuk seketika.

10 saat berlalu barulah Xavier membuka mulut.

"Hazel...dia..." ayat Xavier terhenti seketika. Xander pula sudah berdebar menunggu abangnya menyambung ayat yang seterusnya.

"Kenapa dengan Hazel?what is happening?dia okey ke?"

"Hazel dalam bahaya. Dia berada bersama dengan Kyra dan Shawn di satu bangunan terbelangkai yang sudah dibiarkan bertahun lama. Kita kena cepat bertindak kalau tidak nyawa Hazel akan melayang. Aku tak sanggup tengok dia menderita begitu dan aku juga tak sabar bagi pengajaran kepada Kyra. Sebab dialah Hazel hampir jatuh dari atas bangunan tu kalau bukan Shawn sudah lama Hazel pergi buat selama-lamanya. Kyra memang nak tengok diri aku yang sebenar dan dia buat aku rasa tercabar," kata Xavier.

Dia tidak mampu menahan amarah dalam dirinya yang semakin membuak-buak dan hanya tinggal menunggu saat untuk meletup sahaja.

Xander memandang abangnya dengan penuh tanda tanya. Aku rasa ada perasaan lain yang bertandang di dalam hati abang aku ni. Yelah dari cara percakapannya pun aku dah dapat agak. Getus dalam hati Xander.

"Kyra memang tak pernah lari dengan sikap tak puas hatinya. Ada je yang tak kena.Hal kecil je pun dah berani buat kerja gila. Sama je otak dengan abang dia tu,"

"Esok kita selesaikan semua. Kita bagi diorang pengajaran yang secukupnya. Tapi kita kena pergi jumpa Kris sebelum buat perbincangan ni sebab dia mesti kena tahu apa yang berlaku," ujar Xander.

Xavier mengangguk. Mereka berdua berdiri dari tempat duduk namun...

"Aku dekat sini," suara Kris yang tiba-tiba sahaja datang entah dari mana mengejutkan mereka siap termelatah lagi.

"Mak oi kepala kau botak!ya ampun kau ni datang dari mana?tetiba ada dekat sini mahu tercabut jantung rasanya tadi," kata Xander sambil menghela nafas.

"Aku dah lama dekat sini cuma aku tak munculkan diri. Aku ingat parents kamu ada dalam rumah tadi rupanya tak ada pula," ujar Kris.

"Fuh nasib tak kena heart attack. So kau dah dengar semua lah ni?" tanya Xander. Kris mengangguk lemah. Kesedihan di hatinya semakin mendalam saat ini.

"Im sorry Kris. Aku tak dapat buat yang terbaik..." kata Xavier. Rasa bersalah mula bertandang dalam diri. Sepatutnya dia berusaha untuk meyelamatkan Hazel namun dia tahu dia hanyakah seorang lelaki yang lemah.

"Tak apa semua ni bukan salah kau Xavier. Betul lah apa yang Hayden cakap tempoh hari semua masalah ni berpunca dari aku. Aku sepatutnya terima kenyataan yang aku dah-"

Ayat Kris terhenti sebaik sahaja Xavier memintas.

"Kris dah lah tu. Kau janganlah salahkan diri sendiri pula kau pun bukan tak tahu kan kalau Hazel dengar ni mesti dia rasa sedih. Kris aku sepatutnya berterima kasih pada kau sebab sanggup maafkan aku dan terima aku semula sebagai kawan kau. Aku tak pernah ada kawan sebaik kau sebelum ini. Kau bukan punca dalam masalah ni jadi janganlah salahkan diri sendiri," ujar Xavier.

Xander memandang mereka berdua silih berganti. Kalau nak buat drama free pun agak agaklah nanti aku pula yang over emotional.

"Guys aku nak naik kat atas kejap teruskan," kata Xander lalu meninggalkan Kris dan abangnya untuk memberikan ruang kepada mereka.

"Xavier tolong jagakan Hazel untuk aku. Kau satu satunya yang boleh menggantikan tempat aku. Tolong jangan sakitkan hati dia.
Jangan buat dia menangis cukuplah dia tanggung kesedihan disebabkan aku. Xavier aku letak kepercayaan sepenuhnya pada kau supaya kahwin dengan Hazel walau apapun yang akan terjadi dan jangan sampai orang lain yang akan dapat memilikinya,"

Air mata Kris mengalir keluar ketika ini dan mungkin ini kali yang terakhir Kris menangis di hadapan sahabatnya. Xavier lantas menepuk perlahan belakang badan Kris.

"Aku janji untuk jaga Hazel sebagaimana aku jaga nyawa aku sendiri. Aku janji tak akan sakitkan hati dia dan tidak akan membiarkan dia dimiliki orang lain. Terima kasih Kris sebab kau bagi aku peluang dan aku tak akan sia-siakan peluang ini,"

"Thanks for everything,you are the best friend that I've never meet before this,"

Xavier tersenyum."That is what friend for and aku harap kau akan tenang lepas ni dan boleh terima masa lalu. Before I forget to tell you I will marry Hazel like you ask me to do a few days ago,"

Kris mengesat air matanya lalu perlahan lahan bibir pucatnya mengukir senyuman. "After married dont forget to put the baby names is Kris," ujar Kris.

Xavier jadi bingung kejap.Baby?names?Kris?maksud dia ni apa sebenarnya.
Beberapa saat kemudian barulah otaknya dapat memproses maksud kata kata Kris tadi.

"Itu pun kalau dapat baby boy..." balas Xavier dan terus meletus tawanya membuatkan Kris juga terikut ketawa.

"Its must be twin," kata Kris lagi.

"I really wish that and Im sure Hazel likes twins," balas Xavier yang masih lagi dengan sisa tawanya.

Otak mereka jadi senget sedikit. Bermula dari kesedihan bertukar pula kepada gelak tawa.



Enjoy🍀

Thank for the vote and read.May God bless you all💗


ʟᴏᴠᴇ Fʀᴏᴍ Dɪғғᴇʀᴇɴᴛ Wᴏʀʟᴅ ✔ [Completed]Where stories live. Discover now