teaser

4 0 0
                                    

in the darkness , just the two of us is enough

🔱

" Ayah, harini ayah pergi stadium tak? ",

" Harini ada latihan fencing kan ayah? ",

" Iya— dah, kalau nak pergi siap cepat. Lambat siap, ayah tinggal ",


💍💍💍

" 12 , 2 ", jeritan pengadil yang sedang duduk di atas kerusi tinggi di antara dua empat orang pemain mendapat perhatian Fathia. Terus pandangannya bersabung pada 2 orang pemain badminton lelaki yang sedang mengelap penuh di dahi. Apa ni? Atlet pun putih. Dia yang tak atlet ni hitam macam bontot kuali— eei tak adil!

Fathia menarik lengan baju jersi ayahnya. Matanya masih melekat pada 2 orang pemain badminton lelaki tadi.

" Ayah, kenapa diaorang main badminton berdua? ", mulut Fathia becok bertanya.

" Oh tu pemain badminton beregu lelaki. Memang la kena main berdua bagi setiap team ", jelas Haji Rais.

" Tapi kenapa diaorang putih ayah? Bukan ke atlet selalunya hitam-hitam macam bontot kuali? "

" Ish tak baik kata macam tu. Tak semestinya menjadi atlet buat warna kulit kita berubah. Lagipun, diaorang tu dari Korea. Orang Korea kan putih ", jelas Haji Rais lagi. Tak jemu dia melayan celoteh anaknya itu. Sekurang-kurangnya anaknya ada usaha untuk menambah ilmu pengetahuan.

Fathia yang mendengar sekadar meng-oh-kan kata-kata ayahnya.

💍💍💍

" Jackson, focus! ", jurulatih fencing yang berbadan sedikit tegap itu menegur remaja lelaki yang sedari tadi sibuk menunduk. Fathia yang melihat situasi itu sekadar diam. Kakinya menguis lantai berkilat sambil mata tak berhenti memandang remaja lelaki tersebut. Ayahnya, Haji Rais sudah masuk ke dalam stor belakang untuk mengambil peralatan fencing.

" Malik, kita mengajar orang kena banyak bersabar. Lagipun, budak ni baru lagi. Tak semua perkara boleh diselesaikan dengan marah ", ujar Haji Rais. Dia yang sudah lengkap berpakaian besi berwarna putih terus memasuki gelanggang lawan. Itulah kuasa Haji Muhammad Rais. Dia tak mudah melenting apabila menghadapi situasi begitu. Oleh sebab itu, dia dipilih menjadi jurulatih terbaik fencing di peringkat Asia.

" Bukan apa, aku dah ajar nak masuk 9 kali dah teknik meluru ke depan tapi hampeh— dia tetap tak fokus. Fokus dia hilang ",

Haji Rais ketawa dan selepas itu Fathia sendiri sudah tak dengar apa yang ayahnya sibuk bualkan. Pandangan matanya kini terarah pada remaja lelaki yang dimarahi Cikgu Malik sebentar tadi. Remaja itu mencapai botol mineral di sebelah gelanggang sebelum diteguk rakus.

" Nah "

Fathia hulurkan sebungkus roti gardenia berperisa coklat kepada remaja tadi. Entah bila dia bangun menghampiri remaja lelaki itu. Lelaki itu mengangkat wajahnya memandang Fathia. Kerutan di dahi lelaki itu membuatkan Fathia sekali lagi menghulurkan bungkusan roti kepadanya.

" Nah, roti ni ayah kita yang belikan tadi. Ambillah awak mesti lapar "

Lelaki itu sekali lagi mengerutkan kening. Dia nampak kebingungan dengan kata-kata Fathia.

" I'm sorry but I can't speak malay. I'm chinese "

" Oh kenapa tak bagitahu eh hehe sorry I understand what you chat but sorry I can not chat with you hehe ", tersengih Fathia berspeaking. Entah apa yang dia cakapkan. Bahasa inggerisnya dikira yang terbaik dalam kelas. Ya, walaupun baru 12 tahun tapi janji dia tak kekok sedangkan dia sendiri tahu bahasanya ke laut.

" It's okay, english isn't your first language right? "

Wah, daebak. Lelaki tu faham apa yang Fathia cakapkan. Boleh la lepas ni dia kasi tahu Along, dia dah pandai speaking omputeh.

" Name—" Fathia menuding jari telunjuknya ke arah Jackson sebelum dia menyambung pertanyaannya. "—Jackson?"

Pertanyaan Fathia mendapat sengihan lebar di bibir Jackson. Dia faham gadis itu tak petah berbahasa inggeris.

" Yes, I am. You can call me Jackson "

Sekali lagi dahi Fathia berkerut. Entah apa mamat di depannya ini katakan. Cakap laju sangat, mana sempat orang nak pick up. Jackson yang melihat kerutan di dahi Fathia tersengih. Faham yang Fathia sekali lagi tak memahami.

"My name is... Jackson. You—" jarinya ditujukan ke arah Fathia "call me Jackson"

Fathia tersenyum. Alhamdulillah, dia dah faham hehe.

"Jadi, I will call you Jack. Yeay, Jack ",entah bahasa rojak mana Fathia ambil. Selamba saja dia berkomunikasi begitu dengan orang asing.

Jackson tersenyum mendengar.

💍💍💍

" Nur... you got to learn how to be alone. I bukan selalu stay by your side "

" Stop talking about nonsense thing so much, Jack. No matter what, I and you FOREVER "

💍💍💍

" Jack, it's hurt but I must say that you and me— over. We're not meant to be together. I'm so sorry "

💍💍💍

miracle Where stories live. Discover now