Prolog

46 3 3
                                    

Muhammad Jayden. Perwatakannya biasa, pernampilannya bergaya. Namun tidaklah sehingga menjadi kegilaan para gadis.

Tetapi seorang Nurin Natasha sangat gilakan seorang Muhammad Jayden. Jika dihulur permata, Jayden juga yang dipilihnya.

Namun apakan daya, Jayden tidak tertarik padanya. Hantarlah berapa juadah pun. Gayalah secomel mana pun, Jayden tetap tidak berminat.

Namun akibat satu kejadian mereka ditakdirkan bersama. Natasya sibuk membuat Jayden jatuh hati padanya. Ada sahaja idea untuk memikat Jayden.

Mengikat perut Jayden? mengikat hati? Bermanja? Apa sahaja telah dia lakukan. Namun Jayden tetap menjauh dan semakin menjauh.

"Selama ni Tasya ingatkan Jay dah maafkan Tasya." Berjurai air mata mengalir keluar dari empangan yang sudah lama ditahan.

Dia tahu dia salah, dia dah cuba buat pelbagai cara untuk menebus dosanya pada Jayden namun itukah pandangan Jayden padanya.

"Tasya sendiri tahu benda ni tak mudah kan. Tak mudah untuk Jay Tasya. Jay juga manusia. Jay cuba terima. Maaf setakat ni, itu je Jay mampu beri pada Tasya. Dari awal Jay dah cakap kan."

Jayden masih dengan pendiriannya. Dari awal memang tiada salah Jayden pun. Jayden bertolak ansur. Jayden cuba. Namun itu sahaja yang Jayden mampu beri.

Dengan hati terluka Natasya pergi. Cuba untuk tidak masuk dalam hidup Jayden. Rindu? Jangan dikata. Berat hati menanggung rindu.

Tapi Natasya akan cuba memberi Jayden ruang dan memberi dirinya sendiri peluang. Peluang untuk cuba hidup tanpa Jayden.

Natasya yakin dia juga perlu mencari kebahagiannya. Namun jika kebahagian itu bermaksud tanpa kehadiran Jayden disisi akan dia usahakan meski separuh nyawa tidak merelakan. Dirinya juga berhak bahagia.

Berhak BahagiaWhere stories live. Discover now