BKC - 29°

1.4K 106 2
                                    

"Good night. I love you"

"Good night jugak."

Tiada balasan 'I love you too' dari Camelia. Tapi takpa lah. Mungkin dia belum bersedia. Memang aku nak sangat dia terima lamaran aku, tapi aku taknak terlalu memaksa.

'Kalau dah jodoh, tak ke mana.'

××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××

"Sayang." Alyssa bersuara setelah aku lama mendiamkan diri.

"Kau nak apa lagi?" aku bertanya dengan nada marah.

Kau nak tahu sebab apa Alyssa lama sangat ambil minyak? Sebab dia tengah cari dekat mana dia letak pil peransang. Disebabkan lama sangat menunggu, aku mengambil keputusan untuk mencari Alyssa dan terbongkar lah rahsia dia.

"Haa jumpa pun. Nasib baik tak hilang." kata Alyssa setelah menjumpai sesuatu yang hilang dari tadi.

"Kau cari apa tadi? Lama aku tunggu." kata-kata aku mengejutkan Alyssa. Sesuatu yang dia pegang di sorokkan di belakang.

"Err I cari minyak untuk you lah. You kan pening kepala." jawab Alyssa dengan gagap.

"Apa yang kau sorok dekat belakang kau tu? Bak sini." aku bertanya setelah hairan melihat Alyssa yang seperti gelisah.

"Eh mana ada I sorok apa-apa. Ini minyak lah untuk you."

"Kalau minyak bawak sini lah. Buat apa lagi kau berdiri dekat situ?" aku semakin hairan. Tanpa membuang masa aku melangkah menuju ke arah Alyssa. Semakin dekat semakin tidak keruan Alyssa dibuatnya.

Dengan pantas aku mengambil sesuatu di belakang Alyssa. Aku terkejut begitu juga dengan Alyssa.

Pil peransang?

"Kau nak buat apa dengan pil ni?" aku bertanya.

"Errmm..."

"Jawab lah!" aku menjerit dengan rasa marah. Sabar ku tidak dapat dibendung lagi. Betullah tekaan aku. Alyssa yang meletakkan pil perangsang dalam minuman aku semasa di club tadi. Dasarrr...

Begitu lah ceritanya.

"I nak minta maaf. I tak sengaja. I cuma nak you setia dekat I. I tak nak hilang you."

"Setia? Hehh..banyak lagi lelaki dekat luar sana. Kau tak perlu terhegeh-hegeh dekat aku lah. Aku tak nak dekat kau pun. Kau tak ingat? Aku couple dengan kau sebab ex-boyfriend kau tu. Sekarang dia dah tak ganggu kau lagi kan? Kita putus. Dah tak ada apa-apa lagi antara kita." aku berkata pada Alyssa. Memang itu kenyataannya. Aku dah tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan sesiapa.

"Tapi I sayangkan you. I tak boleh hidup tanpa you!" Alyssa meraung. Air matanya sudah mengalir sejak tadi.

"Kau tipu! Kau ingat aku tak tahu yang kau buat service dekat club tu. Setiap malam ada saja lelaki yang nak melanggan. Tak boleh hidup tanpa aku konon. Heh..." aku tersengeh dengan sinis. Kau bijak Alyssa. Tapi kebijaksanaan kau tak dapat lawan kebijaksanaan aku. Kau dah tewas.

#1 AkU BuKAn LelAki! {Selesai}Where stories live. Discover now