7 ; sold

145 18 0
                                    

"Aku kata, mana duit aku?!" dua orang lelaki menggertak ahjumma kasar membuatkan ahjumma takut.

"Duit kau ada dekat budak tu. Aku dah minta dia tapi berkeras juga tak nak bagi password bank yang mendiang mak bapak dia simpankan untuk dia. Aku dah paksa dia tapi dia tetap berkeras tak nak bagi aku password bank tu. Betul!" kata ahjumma bersungguh sungguh membuatkan mereka percaya dengan kata katanya.

"Kau bagitahu aku kat mana budak perempuan tu sekarang. Biar aku selesaikan dia." kata salah seorang lelaki tersebut.

"Boleh boleh! Kau ambillah dia. Aku dah taknak ada apa apa urusan lagi dengan budak tu. Aku bagi kau je. Kau nak buat apa suka hati kau lah. Tapi kalau kau nak budak tu, Hutang aku dekat kau dah selesai." Kata ahjumma yakin sambil menawarkan Yunseol kepada lelaki lelaki tadi.

Lelaki lelaki tadi tersenyum sinis sambil memandang sesama sendiri.

"Kau boleh ambil dia lepas dia habis kerja harini. Dia akan balik sorang sorang dan masatu kau culik je dia." Hasut ahjumma. Sudah tak guna dia menyimpan Yunseol lagi. Padanya Yunseol hanya menyusahkan sahaja.

"Budak tu masih dara." tambah ahjumma meyakinkan lelaki tadi untuk menculik Yunseol. Semakin lebar senyuman lelaki lelaki itu mendengar kata kata ahjumma.

"Baiklah. Tapi ingat kalau jadi apa apa, kau aku cari." ahjumma tersenyum bersetuju dengan lelaki itu. Park Yunseol? apa sahaja gadis itu boleh lakukan? Dia terlalu lemah untuk melawan.

______________

Yunseol's POV

Seperti hari hari biasa, aku lah yang akan jadi orang terakhir untuk menutup restoran. Selesai aku mengemas barang barang restoran, aku keluar lalu mengunci pintu restoran dengan segera. Penat! Ahjumma dan Hayoon telahpun pulang lebih awal.

Keluhan berat aku lepaskan kerana terlalu penat. Fikiran aku melayang teringat tentang lelaki kacak yang selalu datang menjenguk aku. Sudah tiga hari dia tidak datang. Mungkin sibuk dengan kerja kerjanya dihospital. Yalah, dia seorang doktor. 

Jujur aku agak... rindu.

Pantas aku menggelengkan kepala aku supaya tidak mengelamun panjang. Jangan beranganlah Yunseol. Dia jauh lebih sempurna dari kau. Mana mungkin dia akan jatuh cinta. Dia tolong aku kerana dia hanya simpati... kan? Aku mengeluh lagi.

Tiba tiba aku rasa diperhati. Langkah aku terhenti apabila terdengar bunyi tapak kaki yang semakin mendekat. Tanpa menoleh, aku lajukan langkah aku. Nafas aku sudah tak terurus. Aku cemas.

Lengan aku direntap dari belakang membuatkan aku melanggar tubuh seseorang. Mata aku membesar melihat seseorang yang tidak dikenali memegang erat lengan aku.

"Hey sweetie.." Lelaki itu menggigit bibirnya. Pegangannya pada lengan aku kuat tidak memberi aku peluang untuk melepaskan diri.

"Encik s-siapa? T-Tolong lepaskan saya!" aku meronta ronta dalam pegangan lelaki itu membuatkan lelaki itu marah.

"Hey perempuan." Dia mencengkam rahang aku kuat membuatkan aku mengaduh sakit. Wajahnya benar benar dekat dengan aku membuatkan aku memejamkan mata. Takut. "Kalau kau taknak sakit, kau ikut je aku diam diam. Jangan meronta ronta macam tadi sayang.. Dengar cakap aku kalau kau tak nak sakit." katanya lembut tapi cukup untuk aku yang dia sedang marah. Aku hanya mengangguk.

Dia tersengih lalu menarik aku naik kedalam satu kereta.

"Pandu cepat Park." Dia mengarahkan pemandunya untuk memulakan perjalanan. Aku cemas, takut dengan keadaan sekarang.

"E-Encik nak bawa saya pergi m-mana?" tiba tiba dia mendekatkan dirinya dengan aku. Aku takut.. Tangannya dia letakkan pada pintu kereta memerangkap aku diantara dia dan pintu kereta.

"Kau memang payah nak bagi makcik tua kau tu password bank kau kan? Sampai dia serahkan kau dekat aku. Lain kali sweetheart, bagi je apa dia nak. Jangan melawan. Faham?!" Aku terhincut dengan jerkahannya. Air mata aku turun kerana ketakutan. Sanggup ahjumma buat macamni dekat aku?

"S-saya tak tahu password-" belum sempat aku menghabiskan kata kata aku, terasa leher aku diusap usap lembut oleh lelaki dihadapan aku ini. "You're still virgin right?" mata aku tercelik mendengar kata katanya. "Aku suka perempuan macam kau ni.. Virgin. Still tight." dia tergelak sinis. Dia mendekat lalu mencium leher aku kasar. 

"J-Jangan.." Aku menolak bahunya menyuruhnya berhenti tetapi dia masih tidak menghiraukan aku.

"Berhenti!" Aku menolaknya kasar membuatkan pegangannya pada aku tadi terlepas. Dengan pantas aku membuka pintu kereta yang tidak terkunci itu lalu terus aku mencampakkan diri aku keluar dari kereta. Sebenarnya tadi sebelum mereka sempat mengunci pintu, aku sempat menahan lock pintu kereta agar tidak terkunci.

"Argh!" sakit.. pantas aku bangun untuk melarikan diri selepas melihat kereta tadi turut berhenti. Aku kuatkan juga diri aku untuk berlari sepantas mungkin. Aku memasuki kawasan hutan disitu melarikan diri.

"Argh!!" sekali lagi aku menjerit kerana aku terlanggar dahan pokok tajam pada bahu aku membuatkan bahu aku berdarah. Tetapi aku masih meneruskan larian aku. Air mata yang jatuh aku kesat kasar. 

___________________

Sudah tiga puluh minit aku didalam hutan akhirnya aku jumpa jalan raya semula. Ini mungkin kawasan perumahan kerana terdapat beberapa buah rumah disini. Pantas aku berjalan menuju ke jalan itu.

Aku memerhati sekeliling untuk memastikan lelaki tadi tidak lagi mengikuti aku. Aku berjalan pantas sambil memerhati sekeliling dan menekap bahu aku dengan tangan aku.

Air mata aku jatuh kerana aku tiada tempat ingin dituju.

"Park Yunseol?" teguran itu mengejutkan aku membuatkan aku terduduk disitu juga.

"S-Saya minta maaf! T-tolong jangan apa apa kan saya!" kata aku sambil melindungi wajah aku.

"Hey, Yunseol awak kenapa ni?" orang itu memegang lengan aku tetapi aku pantas menepis tangannya. Air mata aku jatuh lagi kerana ketakutan.

"Park Yunseol! Hey! Saya ni Jungkook." dengar sahaja nama itu, aku berhenti meronta. Air mata aku kesat untuk menjelaskan pandangan aku.

"Jungkook?" soalku.

"Yes I'm he-" Pantas aku bangun memeluknya erat.

"Tolong saya Jungkook.. S-saya.." belum sempat aku menghabiskan kata kata aku, semuanya bertukar gelap.

___________tbc


[OG] Remedy || 전정국Where stories live. Discover now