Bab 10: Kau Takkan Tahu

1.2K 57 3
                                    

"Good job everyone. Tapi ingat, stay focus. Adam Chin ialah target kita. We are on the right path. Kekalkan momentum ya."
"Baik, puan!"

Aku beredar ke bilik aku selepas bertemu dengan anggota-anggota yang terlibat dalam Ops Asean. Tidak semuanya berada di pejabat hari ini, ada yang sedang menjalani latihan di kem masing-masing dan ada yang bertemu dengan informer. Aku kekal di pejabat seperti biasa, meneruskan siasatan. Timbunan fail dan dokumen memenuhi meja menandakan aku sendiri sibuk dengan tugasan aku.

Kerusi pejabat yang tidak berapa selesa itu tempat aku melepaskan lelah. Aku bersandar, mengeluh panjang. Aku tahu, hari-hari yang mendatang pasti akan menjadi lebih sibuk. Berkemungkinan aku akan tidur di pejabat sehingga operasi ini tamat. Entah bagaimana pengakhiran operasi ini, namun aku mendoakan keselamatan semua orang. Termasuklah Mateen, negaranya masih memerlukannya untuk pulang.

Pintu bilikku diketuk.
"Come in." arahku.
Terkuak daun pintu itu. Mateen tersengih memandang aku. Seperti biasa, dia hanya memakai t-shirt dan seluar jeans. Aku pula muak tengok hari-hari. Muak pun sayang.
Tanpa dipinta, dia duduk di hadapan aku, "I ingat nak belanja dia orang makan hari ni." cadangnya.
Aku berkerut dahi, "Kenapa? Birthday siapa?"
"Eh tak adalah. Saja belanja makan sebab ambush kita hari tu." jelasnya.
"Perlu ke? Saya sendiri tak pernah belanja dia orang makan." responku. Vape dicapai. Perisa anggur.
Lelaki yang cukup tampan itu ketawa kecil, "Sebab you tak pernah belanjalah kita kena belanja."
Aku kurang bersetuju, "Nanti dia orang naik lemaklah."
"Bukan selalu, Lina. I feel so sorry for them. Kena stay up sampai malam, tinggal anak bini dekat rumah. Apa sangat kalau kita belanja dia orang makan." jelas Mateen Bolkiah. Bersungguh.

Aku diam saja. Tiada respon.

Yalah aku ego dan tegas sedikit dengan anak-anak buah aku. Bukan bermakna aku tidak sayang mereka. Mereka seperti keluarga aku sendiri. Tapi mungkin, mana rasa kasih sayang itu kalau bukan aku yang mengekspresikannya?

Satu sedutan vape, "Nak belanja apa?"
Mateen tersenyum tanda gembira, "Haa kan bagus macam tu. Okay, KFC nak?"
Wah wah wah. Bertuah betul anak buah aku dapat kepala macam Mateen ni.
"Seriously?" tanyaku tidak percaya.
"Seriously." jawab Mateen sambil mengajuk riak wajahku. Amboi.
"Okaylah. Beli family box 3." ujarku.
"Haaa...Inspektor Noor Adelina ni murah hati sebenarnya. Garang saja lebih." omel lelaki itu.
Eh eh dia ni.
Aku menyelak rambut ke belakang, "Jangan macam-macam eh."
"Dahlah menangis tak nak I pindah. Siap peluk. Betul-betul tak nak I pergi." ejek dia.
Aku mengisyaratkan dia untuk diam, "Hei! Malulah orang dengar nanti! Jangan sampai budak-budak tahu eh?!"
"Kalau budak tahu pun apa masalahnya?"

Dia ini. Kecil besar kecil besar saja aku lihat. Tahulah tempoh hari aku beremosi. Bila difikirkan semula, entah mengapa aku begitu sedih seperti dia akan mati. Punyalah tak nak lepaskan dia. Kalau JAIS datang waktu itu, lingkup kami berdua. Melampau melampau kau ni, Lina.

"Lina..." Mateen menaruh sikunya di atas meja, menongkat dagu dengan kedua-dua telapak tangan. Kononnya comel.
Aku merenungnya, "Kenapa pula ni?"
"I can't see you clearly lah." ujarnya.
"Kenapa? Dah rabun?" responku spontan. Vape disedut lagi.
Dia mengipas dengan tangan, "Look at the smokes here. Terus tak nampak muka lawa you."
Pickupline? Atau saja nak menyindir aku?
Aku menggeleng kepala, "Saja nak buat saya marah kan?"
"Kalau you tak vape..." Mateen mencapai vape di tanganku. "Kan lagi lawa tu."

Suka hati dia saja ya!

"Bagilah balik." pintaku. Cuba mencapai namun diraih tinggi.
Aku berdecit, "Bagilah, Abdul Mateen!"
"Nope."
Aku bangkit dari kerusiku. Begitu juga dia. Lagi dia mengangkat tangan ke atas, terjengket-jengket aku cuba mencapai vape itu. Terlompat-lompat macam budak kecil. Itu vape, choki-choki aku. Kalau tidak ada, lemau aku jadinya.
Aku merengek, "Bagilah..!!"
Dia menggeleng, "No no no. No more vape, no more smoking."
"Ish, bagilah!!"

Bayang MateenWhere stories live. Discover now