Aku berjalan menuju ke kantin sekolah dengan hati yang penuh gembira dan bibir menghiasi senyuman sampai tak cukup pipi.Punyalah seronok berangan sampaikan tubuh genit milikku terlanggar sesuatu secara tidak sengaja.
Bbukk
"Argh mianhae, saya memang tak sengaja. Saya-"
"Eonnie? Are you ok?"
Aku terus mendongak untuk melihat gerangan suara yang agak familiar. Seketul gadis tinggi lampai tersenyum manis ke arahku.
Selepas mengutip buku rujukan, aku berdiri semula menghadap gadis tinggi yang menampakkan ketinggian kami jauh beza.
"Err mianhae donsaeng." ucapku sekali lagi sambil menunduk hormat.
"You can call me Luthien."
Aku mengangguk faham, kemudian kami berjalan beriringan menuju ke kantin.
"Uurmm dengar cerita eonnie masuk battle volleyball right?" Luthien memulakan perbualan yang mana mungkin untuk hilangkan rasa janggal antara kami.
"Ouh ye. Taehyung si taguna tu masukkan nama saya." aku bereaksi menyampah membuatkan Lutihen tergelak kecil. Hensemnya dia ni.
"I see. By the way eonnie comel lah bila gelabah."
Aku tersipu malu. Sejujurnya aku sedikit tidak selesa dengan pandangan yang diberikan oleh Luthien. Apa pun aku tetap kena berhati-hati.
"Ermm kalau saya tanya eonnie soalan lagi tak apa ke?"
Kepalaku angguk lalu tersenyum nipis. Harap bukan soalan pelik-peliklah budak ni soalkan. Jangan soalan Matematik sudah.
"Awak dengan Cikgu JiMin ada hubungan yang serius ke?"
"Err- apa yang awak merepek nih? Dia kan cikgu kita."
Soalan yang terpacul dari bibir Luthien menyentakkan diriku. Mahu tercabut jantung dibuatnya.
"Eh bukan macam tu, saya tengok-"
"Park SooNeul!"
Automatik kepalaku menoleh ke arah tuan yang memanggil namaku. Yes! dapat lari dari topik sensitif ni.
Jauh disudut kelihatan Gen tercegat di hadapan pintu kantin. Luthien memandang kami dengan terpinga-pinga.
"Err Luthien, mianhae. Saya kena pergi dulu, nanti ada apa-apa, kita borak lagi ya?"
Aku terus berlari ke arah Gen meninggalkan Luthien yang kebingunan. Waktu yang sangat dinantikan untuk mengelak dari soalan KBAT.
⚪
⚪
⚪
'Eishh mana pergi buku tu. Hari tu aku letak kat sini. Ish, ambik buku lain lah.'
HaeRa hendak mencapai buku yang dia mahu, satu tangan sudah mengambilnya. Automatik kepalanya mendongak ke atas.
"Yah! Tu buku aku! Aku yang sampai dulu!" HaeRa memarahi lelaki yang selamba mencapai buku pilihannya.
"Hey ingat ni kau punya library ke? Siapa cepat dia dapat. Ni tak, terhegeh-hegeh belek buku."
Bidas lelaki itu dan tiba-tiba bibirnya tersenyum sinis. Matanya meliar meratah tubuh HaeRa yang genit itu.
YOU ARE READING
eyes for you | pjm¹
Fiksi Penggemar"What a perfect guy you are, hurm?" Aku mengusap kepalanya dengan senyuman nakal. Rambutnya yang terjuntai aku usik kemudian jari jemariku mengelus lembut dari dahinya, turun ke hidung, bibir, dagu dan halkumnya. "You look nervous. Am i make you fee...