Bab 9

89 23 0
                                    

....

Malam itu aku mengenakan baju kurung cotton berwarna blueblack. Dikenakan dengan shawl bewarna putih . Aku pin jarum di kepalaku dan mengoleskan sedikit lipstik di bibirku. Aku menilik penampilanku di cermin. Aku kelihatan begitu ayu mengenakan baju kurung tersebut. Aku tersenyum puas melihat diriku sendiri.

Kemudian aku menuruni tangga dan menuju ke ruang tamu. Kelihatan mama dan papa sedang menonton television sementara menunggu isyak.

" mama, papa adik pergi dulu tau. Nurul dah datang ". Kata aku sambil salam mencium tangan mama kemudianya papa.

" hati2 pergi. Jangan balik lambat sangat". Pesan papa kepadaku.

" Okey pa. In sha Allah". Balasku.

.....

Sesampainya di banglo mewah Fir. Nurul memakirkan keretanya di luar rumah Fir sahaja memandangkan halaman rumahnya sudah dipenuhi kereta sanak saudaranya dan lebih senang kalau kitaorang nak balik nanti.

Aku dan Nurul melangkah masuk ke dalamnya.
Fir dari jauh lagi sudah tersenyum manis.
Aku terpegun melihat Fir. Dia kelihatan sangat kacak  berbaju melayu bewarna blueblack dan songkok yang terletak di atas kepalanya.

" Ya Allah boleh pulak dia pakai baju warna sama dengan aku.". Bisik hati Nabila.

" eh awal korang sampai. Kan aku dah bagitahu lepas isyak datang". Sapa Fir kepada Nurul dan Nabila yang tidak jauh darinya.

" saja kitaorang datang awal, yaa ni haa yang nak datang awal. Dia cakap boleh tolong2". Balas Nurul.

Aku masih terpegun memandang Fir. Suara Fir bertanya memecah gengendang telingaku.

" haa kau yaa, datang awal ni nak bodek ibu aku nak jadi menantu ke apa. Kau bukan nya rajin sangat. Hahahah". Usik Fir kepada Nabila.

" ishh takde maknanya nak jadi isteri kau. Tak nak aku. Kau kan dah ada Raisha". Kata Nabila.

" eh sapa cakap nak suruh kau jadi isteri aku. Ibu aku bukan ada sorang anak lelaki tau. Hahaha". Tambah Fir lagi.

" hahaha haah kan Fir". Sambung Nurul sambil gelakkan aku.

Muka Nabila kelihatan merah kerana usikan Fir. Nabila hanya senyap menahan malu.

" Laa, awalnya korang datang. Apa sembang kat luar tu. Mehlaa masuk dulu. Fir ajak kawan tu masuk". Suara ibu Fir mengehentikan usikan Fir dan Nurul terhadap Nabila.

Nabila berjalan menuju ke arah ibu Fir dan bersalam. Diikuti oleh Nurul.

" Aunty apa khabar. Sihat?" tanya Nabila sambil tersenyum manis ke arahnya.

" Apa aunty2 ni. Kan ibu dah pesan panggil ibu je". Kata Puan Maria.

" hehe lupa aunty. Eh ibu". Balas Nabila.

" kena biasakan panggil ibu la kata nak jadi menantu ibu. Kan ibu kan" kata Fir mengusik Nabila lagi.

Nabila hanya senyap tidak membalas. Dia malu diusik begitu.

Puan Maria mengangguk mengiakan kata2 anaknya itu.

" mengada eh kau. Aku tampar kan". Balas Nabila dengan perlahan supaya tidak didengari oleh ibu Fir.

....

Sedang asyik Nabila membasuh pinggan di dapur rumahnya, Fir masuk menuju ke peti mengambil air. Nabila berpura2 sibuk biarpun jantungnya berdebar. Nabila sendiri tidak faham mengapa sejak akhir2 ini jantung nya akan berdebar bila berdua dengannya.
Manakala Nurul dan yang lain sibuk mengemas di luar kerana orang2 masjid dan sahabat2 Fir sudah pulang.

" Acah rajin eh kau ya. Selalunya pemalas". Usik Fir memulakan bicara.

" Alah kalau aku pura2 rajin pun bukan masalah kau pun. Bukan guna tangan kau pun". Balas Nabila membidas kata2nya.

Fir menghamburkan tawanya.

" eh Fir kau kata kau ajak Raisha. Mana dia? Aku tak nampak pun buah hati pengarang jantung kau tu". Soal Nabila untuk memecah kesunyian antara mereka.

" Mana ada buah hati. Belum jadi buah hati lagi la. Hahaha".
" Sha tak boleh datang, dia kata ada hal". Balas Fir.

" oohh patutla". Nabila hanya senyap tanpa banyak soal.

" Alaa korang ni patutla tak nampak kat depan. Rupanya tengah dating kat sini rupanya". Kata Nurul yang tiba2 masuk ke dapur.

" Ala Nurul biarkan la pasangan sejoli ni dating. Jarang kita nak tengok orang dating kat dapur ni". Sampuk Puan Maria pula.

" Taklah ibu, yaa basuh pinggan je kat sini. Fir datang minum air je. Takde nya dating2 nanti marah awek Fir. Kan Fir?". Balas aku mengusik Fir.

" Eh Fir dah ada awek tak bagitahu ibu pun". Balas Puan Maria.

" Mana ada awek bu, mengada je yaa ni. Awek Fir yaa je ibu". Balas Fir kembali mengusik aku.

" hahaha yaa dengar tu yaa dia cakap apa". Kata Puan Maria.

" dia saja je ibu nak tutup kesalahan dia je. tu yang dia gunakan yaa. Ish geram je". Balasku kepada Puan Maria.

Puan Maria, Nurul dan Fir ketawa dengan telatah Nabila.

" Eh jom lah yaa, dah lewat dahni nak balik". Kata Nurul mengajak Nabila pulang.

" haa jomlah nanti kau nak hantar aku lagi. Nanti lambat pulak sampai rumah. Risau mummy kau nanti". Balas Nabila.

" Eh biar aku hantarkan korang. Bahaya malam2 ni". Ujar Fir untuk mempelawa mereka berdua.

" Haah, betul tu. Fir follow la diorang balik dah lewat dahni. Kesian diorang". Kata Puan Maria

" Em macam ni lah Fir. Kau hantar yaa balik, aku balik sorang2. Lagipun rumah aku tak jauh sangat dah kan". Sambung Nurul lagi.

" eh kenapa pulak Fir hantar aku. Aku balik dengan kau la Nurul. Kan datang dengan kau tadi". Kata Nabila untuk menegah permintaan Nurul.

" Ishh kau ni jangan pentingkan diri boleh tak yaa, kan dah lewat takkan la Nurul nak hantar kau lepastu dia balik sorang2". Marah Fir kepada Nabila.

Nabila hanya senyap tidak melawan. Nabila sedikit terasa hati dengan kata2nya. Dia bukanya pentingkan diri tapi dia malu mahu naik kereta dengan Fir.

" Apa Fir ni marah yaa. Yaa balik jela dengan Fir. Kesian Nurul nanti. Takpe kalau Fir kacau yaa nanti bagitahu ibu. Ibu piat telinga dia". Kata Puan Maria sambil membebel kepada anak lelakinya itu.

" err emm baiklah ibu. Yaa balik dengan Fir". Balas Nabila separuh setuju.

Nurul dan Nabila bersalam dengan Puan Maria sebelum pulang. Sempat sebelum naik kereta, Nurul berbisik ke telinga Nabila " Selamat balik dengan buah hati. Kau sepatutnya berterima kasih dengan aku tau sebab bagi kau peluang balik dengan buah hati".
Nabila menjeling marah ke arahnya.

Pon.. Pon..

Fir menekan hon dan berkata " Cepatlah anak dara dah lambat ni. Kan tinggal tepi jalan baru tahu". Kata Fir kepada Nabila.

Nabila berjalan dengan lemah menuju ke arah keretanya setelah kereta Nurul mulai bergerak meninggalkan perkarangan rumah Fir.

...

Nabila POV

Perjalanan menuju ke rumah aku ditemani dengan bunyi radio. Aku hanya melayan rajukku kerana dimarahi oleh Fir tadi. Fir pula senyap memandu kereta.

Sesampainya di kawasan rumahku. Fir memberhentikan keretanya. Aku keluar dari keretanya dan berkata " Thanks Fir". Kataku lemah.

Belum sempat aku masuk ke pagar rumahku yang sudah terbuka Fir memanggilku.

" Yaa, sorry tadi. Aku tak bermaksud nak marah kau". Kata Fir memohon maaf.
Aku hanya membalas dengan senyuman yang dibuat2.

Sungguh aku terasa dengan kata2 nya.
Aish hati aku pun satu kenapa la timbul perasaan macam ni! Hm.



#selamatmembaca
#kalausudivote.
#thankssemua

Rindu Yang Terluka [IN EDITING] Where stories live. Discover now