Bulan purnama yang berwarna kuning cair itu kelihatan bercahaya terang di kaki langit sebelum ia ditutupi sedikit awan dikeliling.
Hujan juga baru reda setelah turun agak lebat sejak tadi. Bau hujan masih lagi boleh dihidu dan lopak air di jalan masih lagi dipenuhi air hujan.
Dalam suasana yang dingin dan sepi itu, kelihatan seorang lelaki yang berpakaian hood hitam labuh melintasi kaki lima disebalik pohon dan semak di sekitar itu. Bola matanya berwarna merah gelap bagaikan warna darah manusia.
Apabila dia melintasi sebuah stesen bas, dia ternampak seorang gadis yang sangat cantik berseorangan.
Hatinya bagai berdendang melodi indah, bagaikan dilamun cinta pandang pertama. Kulitnya yang putih gebu, rambutnya yang panjang lurus memukau dirinya.
Namun, tidak lama selepas itu, beberapa orang lelaki menghalang pandangannya.
Gadis itu diapa-apakan!
Mereka cuba meragut gadis itu!
"Tolong...peragut,!!" Jerit gadis itu.
"Diam lah perempuan! Bagi duit kau dan semua barang berharga kau, cepat!!" Kata salah seorang lelaki sambil mengacu pisau ke arah gadis itu.
Gadis itu sedaya upaya melawan dan akhirnya lengannya ditoreh pisau. Begnya dirampas.
Gadis itu merengek kesakitan. Handphonenya pula dirampas dan gadis itu ditampar hingga tidak sedar diri selepas bergelut dengan mereka.
"Lepaskan dia"
Kelakuan mereka terhenti. Mereka semua memandang ke arah suara itu...
"Kau siapa! " tanya salah seorang lelaki.
"Mimpi ngeri kamu semua.." jawabnya. Hood di kepala dijatuhkan, matanya mula bertukar warna. Gigi taringnya mula keluar.
Mereka terkejut!
"Vam...vampire!! Lari.." jerit salah seorang rakan lelaki mereka. Mereka mula berlari tidak cukup tanah.
Dia tersenyum sinis.
"I'll get you, you can't run or hide.." Langkahnya diatur mengejar lelaki-lelaki tadi.
......................................................................................
Tidak lama kemudian, Dia muncul kembali bersama barangan gadis itu. Dia berdiri di hadapan gadis tadi yang masih tidak sedarkan diri. Matanya asyik memandang gadis itu.Dia tersenyum sinis.
"Hati aku. Kau sudah ambilnya.." dia merapati gadis itu dan terpandang cermin di situ,
Sisa darah yang masih terlekat di bibirnya dilap menggunakan ibu jarinya.
Beg gadis itu dibuka dan diambilnya kad pengenalan gadis itu.
"Ahn Hye Na"
Dia memandang semula gadis itu.
"Selamat berkenalan. Aku jungkook." Dia tersenyum. Dia menyimpan kembali kad gadis itu ke dalam beg.
Gadis itu dihampiri dan didukungnya. Namun, dia terhenti seketika apabila darah di lengan Hye Na masih lagi menitis.
Jung kook menelan liurnya.
Tidak! Aku... aku kena kawalnya. Urgh.. jang..jangan fikirkannya!
Jung kook menggeleng kepalanya dan menahan rasa tatkala bau darah itu menggoncang hebat ke atas dirinya.
Aku kena bawak dia balik dengan selamat ikut alamatnya! Aku kena tahan walaupun aku sedang lemah. Sebab... aku.. urgh.
Aku..dah jatuh cinta pada dia ke? Jung kook menatap lama gadis itu yang berada di dukungannya.
Mukanya mula berona merah.
Apakah rasa ini? Jantung aku... berdegup laju. Muka aku seakan merasa bahang...Ada rasa sesuatu yang berlagu di dalam hati,.. yang tak mampu aku ungkapkan. Adakah rasa ini cinta ?
Jung kook diam sebentar sebelum memulakan langkah menghantar gadis itu pulang ke rumahnya mengikut alamat pada kad pengenalan gadis itu.
..................................................................................
Sesudah itu, jung kook masuk ke dalam rumah gadis itu dan membaringkannya di atas sofa di ruang tamu tersebut.Barang gadis itu juga di letak bersama.
Jung kook mara ke dapur dan kembali semula bersama semangkuk air dan beberapa helai kain.
Gadis itu ditatapinya sebelum dia mula mengelap luka gadis itu menggunakan kain yang di basahkan dan kemudian membalut luka itu dengan kain yang kering.
Jung kook berjaya!
Dia tersenyum senang. Dia berjaya mengatasi rasa untuk minum darah gadis itu. Dia berjaya kawalnya! Namun, dia tidak tahu berapa lama dia boleh bertahan di keadaan seperti ini.
Dia kemudian berdiri dan meninggalkan nota kecil kepada gadis itu bersama kelopak rose merah yang selalu di bawanya bersama.
"Take care,
J.K"Jung kook kemudian keluar daripada rumah gadis itu dan menuju ke semak berhampiran sebelum menghilang di sebalik hutan.
Namun dia berhenti seketika.
"Semoga berjumpa lagi, Hye Na" jung kook tersenyum. Namun senyumannya mati.
Kenapa mesti aku tolong dia? Sedangkan gadis itu tidak akan tahu dan kenal dia selepas ini. Bagaimana caranya dia untuk memberitahu kepada Hye Na? Atau membiarkan ianya menjadi secebis kenangan indah namun pahit terhadap dirinya?
Jung kook tertunduk mengukir senyum kelat.
Tidak mungkin dia akan berjumpa dengan gadis itu lagi biarpun hatinya sudah terpaut dengan dia. Jung kook memandang sepi rumah Hye Na. Seketia kemudian, dia mengatur langkah pergi bersama hati yang penuh rasa dan soalan....
To be continued..
............................................................................A/N: hye guys! Ini part 1 cerita ni. Author dah lama tak buat comeback dekat mana2 cerita but here i am 😂😂 Actually cerita ni takde cover lagi. So author buat ala kadar je dulu. So if best, vote and kalau nak komen,i will reply all okay 😍❤️
YOU ARE READING
A beauty and A vampire
VampireWill A beauty and Vampire fall in love and will be together in the end? . "Will that vampire sucks my blood in the end?" "You're just a wild creature " . "Yes, I'm a vampire, but I love you, beauty" . "I'll smell your scent, enjoy your color and wan...