Bab 10

122 21 2
                                    

....

Suasana dalam hotel tersebut riuh rendah dengan suara pelajar-pelajar yang meraikan kejayaan mereka pada  hari ini.

Nabila POV

Aku tersenyum apabila mengimbau kembali pahit manis sepanjang bergelar seorang pelajar STPM. Jika dikenang banyak kenangan manis yang telah kami coretkan. Kenangan pahit tidak ku lupakan, disaat jatuh bangun dalam pelajaran.

Namun segala penat, lelah, sakit dan tangisku digantikan dengan sejuta kemanisan . Alhamdulillah aku berjaya mendapatkan kejayaan yang aku impikan selama ini. Terbayang wajahku yang menangis kekecewaan ketika jatuh saat belajar. Namun aku bangkit kembali.

Aku tersenyum melihat teman-temanku gembira.

Lamunanku terhenti apabila Nurul datang menyapaku.

" Amboi yaa termenung jauh nampak"

Aku tersenyum manis ke arahnya dan berkata. "taklah aku cuma teringat waktu di mana kita semua  dalam kelas, belajar sekali. Aish rindu pulak". Kata aku kepada Nurul.

" Hmm yelah. Aku rasa sedih weh, entah bila la kita semua dapat berjumpa lagi macam sekarang". Luah Nurul 

" Aku kalau boleh tak nak tau berpisah dengan diorang. Banyak sangat kenangan bersama, lagi-lagi dengan kau yaa". Kata Nurul sambil memelukku.

Aku mengalirkan air mata kesedihan. Entah bila lagi aku dapat merasai semua ni.

" Hmm tkpela Nurul, hidup perlu diteruskan. Kau janji dengan aku tau, walau jauh mana pun kau pergi nanti, jangan pernah lupakan aku". Kata aku sambil membalas pelukannya.

" Alaa apa korang ni, orang tengah gembira korang buat drama sedih pulak kat sini". Sampuk Fir.

Aku berpaling ke arah Fir. Aku lihat ada Raisha disebelahnya. Fir dah makin rapat dengan Raisha sekarang. Mungkin dah offical la kut.

Aku tersenyum sambil mengelap air mata.
Raisha membalas senyumanku.

" Hmm patutla kau suka Raisha, Fir. Dia cantik dengan tubuhnya yang tinggi lampai seperti model. Nak dibandingkan dengan aku yang tak cukup inci ni hmmm". Rintih hatiku sedih.

Aku sedikit cemburu melihat Raisha dengan Fir. Raisha beruntung kerana dapat bergandingan dengan Fir. Bagai pinang dibelah dua.

" Sha, u borak dengan Nurul jap eh. I nak cakap dengan Nabila sikit". Kata Fir kepada Raisha.

Aku hanya memandang mereka.

" Yaa, jom teman aku jap. Aku nak cakap dengan kau sikit". Kata Fir untuk mengajak aku berborak.

Aku bangun dari tempat dudukku dan menuju ke arah Fir.

" kau nak cakap apa ni Fir, asal tak cakap je kat sana. Kesian Sha tunggu kau". Kataku kepadanya.

" Iman..."

Haa ni yang buat hati aku lemah ni pnggil Iman. Hmm

"kenapa". Balasku perlahan.

Fir tersenyum ke arah aku.

" Iman thanks tau untuk sepanjang perkenalan kita, kau banyak tolong aku. Kau baik sangat dengan aku. Aku mintak maaf dengan kau sebab dulu aku selalu buat kau marah2, aku selalu usik kau. Aku saja je usik kau. Aku suka tengok kau marah". Kata Fir sambil tersenyum mengingati kenangan dengan Nabila.

Iman... Kau lah kawan terbaik yang pernah aku jumpa dan aku ada. Aku tak pernah jumpa perempuan sebaik kau. Aku harap nanti kau akan jumpa dengan lelaki yang baik dan boleh jaga kau. Aku harap sangat kau tak jumpa orang yang macam aku ni. Hahaha ". Sambung Fir dengan nada yang sayu.

Aku menahan sebak mendengar kata-kata Fir.

" Hahaha kau pun sama Fir. Thanks tau banyak tolong aku. Haa nanti kau kahwin dengan Sha jangan lupa ajak aku pulak. Haa lagi satu, nanti kalau dah berjaya jangan tak ingat aku pulak". Usikku kepadanya.

" hahaha gila kau yaa. okey Yaa. Aku janji dengan kau, aku akan contact kau kalau ada apa2 nanti.". Balas Fir

" haa yelah. Eh kau pergi lah kat sana. Kesian Sha, dah lama dah aku rasa kau borak dengan aku ni". Kataku separuh menghalaunya.
Lagi lama dia ada kat sini lagi tak tahan aku menahan sebak.

" haa okeylah, jom lah yaa pergi sana balik". Balas Fir.

" eh takpelah kau pergi dlu. Aku nak jumpa Hanis jap.". Kata aku sambil jari menunjukkan ke arah Hanis yang berada berhampiran dengan kami.

Setelah Fir berpaling dan menuju ke arah Raisha dan Nurul, air mataku jatuh. Aku tak dapat menahan sebakku lagi. Aku lemah.

" Fir, walau baik macam mana sekalipun lelaki yang aku jumpa nanti dia tetap tak boleh tandingi kau. Aku sayang kau Fir. Malah terlampau sayang. Ye, aku juga cintakan kau. Maafkan aku kerana terlampau juga cintakan kau. Aku tak mampu nak menahan perasaan ini lagi Fir"
"Aku tak mampu"
"Aku doakan semoga kau bahagia dengan orang yang kau sayang. Aku harap sangat Raisha sayang kau sepertimana sayangnya aku pada kau. Selamat tinggal sahabatku. Semoga kita bertemu lagi ". Luah hatiku bersama cucuran air mata yang tak henti-henti mengalir di pipi. Entah bila aku dapat berjumpa denganya lagi.

...

Setelah selesai semua aktiviti di hotel , kami bergambar kenang- kenangan.  Ramai yang menangis sedih kerana akan berpisah. Kami semua seperti sebuah keluarga yang erat. Susah untuk kami lupakan segala pahit manis kenangan.

Aku bersalam dan memeluk rakan rakan kelasku. Terlalu banyak kenangan yang kami cipta dalam kelas.

" Yaa, kau nanti kalau dah kahwin dengan Fir jangan lupa ajak kitaorang tau". Kata Syara mengusikku.

" Hahaha apalah kau ni, aku takkan kahwin dengan dia, lagipun dia kan dah ada buah hati sekarang". Kata ku sambil ketawa.

Mereka selalu mengharapkan aku dengan Fir akan bersama. Namun, hati manusia bukannya boleh dipaksa. Perasaan cinta bukannya boleh hadir dengan paksaan.

" Alah yaa, kalau jodoh tak kemana. Jauh mana pun pergi, andai jodoh kau dengan dia akan bertemu jugak". Sampuk Lida.

Aku hanya tersenyum tanpa membalas.

Setelah berjumpa dengan semua , aku mula melangkah menuju ke lobi hotel untuk pulang. Susah untuk aku lupakan segala kenangan. Namun aku harus ingat bahawa, setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan.

walaupun ia perit untuk diterima.




Rindu Yang Terluka [IN EDITING] Where stories live. Discover now