psycho ; 03

1.3K 109 7
                                    

.

.

••• [ PSYCHONEUROTIC ] •••

.

.

"TAEHYUNGGG! Bagi baliklah pen tu!"

Menjerit-jerit Hayeon mengejar Taehyung yang merampas drawing pen darinya. Elok je duk lukis, tetiba si Taetan ni bawak lari pen tu. Habis lukisan dia cacat sikit tadi.

Taehyung menjelirkan lidahnya ke arah Hayeon. "Werk! Meh la ambik, PENDEK!"

"WOI! KAU KATA AKU PENDEK?!"

Makin melalak gadis ini dibuatnya. Jungkook yang tadinya sedang mengajar Hayeon melukis potret seseorang hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Sudah masak dengan perangai Taehyung yang selalu kacau Hayeon.

Jimin pun sama. Tapi... Entah. Sejak kebelakangan ni, dia dah tak berapa bising macam dulu. Stres mungkin?

"Jimin, Jimin! Ambilkan kejap pen aku dekat Taehyung tu!" Ujar Hayeon apabila Taehyung berhenti betul-betul di sebelah tempat duduk Jimin.

Jimin tidak merampas. Sebaliknya dia mengambil pen itu lalu dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Dia dan Taehyung melagakan telapak tangan mereka.

Hayeon bercekak pinggang sambil melangkah ke arah Taehyung dan Jimin. Kepala dua orang itu diluku kuat.

"Eyy, korang ni! Bersepakat pulak!"

Poket seluar diseluknya dengan kasar. Jimin pula merasakan perbuatan Hayeon itu seperti mencabuli dirinya.

"HOI HOI! Jangan cabul aku!" Tangan Hayeon ditamparnya berkali-kali sehingga Hayeon berjaya mengambil pen itu.

"Aku? Cabul kau? Eh memang taklah!" Hayeon mengambil tempat di sebelah Eunmin iaitu tempat duduknya.

"Haish, sudahlah korang ni. Ha, Hayeon, lukisan kau tu macam mana? Nak lukis lain ke, cover je yang cacat tu?" Jungkook menyampuk. Bingit telinga dengar tiga ekor tenuk ni bertengkar.

"Buat lain la..." Kertas lukisan itu dironyoknya lalu dia mencampakkannya ke dalam tong sampah dari jauh dan-

Goal! Tepat pada sasaran!

Pelik Hayeon and the gang apabila semua pelajar di dalam kelas mereka kelam-kabut duduk di tempat duduk mereka masing-masing. Termasuk Taehyung yang tempat duduknya sajajauh dari Hayeon, Eunmin, Jungkook dan Jimin.

Mr. Lee masuk ke dalam kelas dengan penuh bergayanya. Cermin matanya dibetulkan sedikit.

"Okay, before we start the class, I want to say something. Semalam, polis menjumpai mayat seorang pelajar lelaki dari sekolah kita di dalam sungai. Dan dia disyaki dibunuh oleh pembunuh yang sampai sekarang polis tidak dapat mengesan kedudukannya. Mangsa ialah Jinyoung dari kelas 13A/1."

Melopong mulut semua pelajar di dalam kelas itu. Ada yang sudah berbisik-bisik mengenai lelaki itu.

"So, you guys need to protect yourselves. Especially, boy. I don't know why the killer target pelajar lelaki saja. Please, kes ini semakin serious apabila asyik pelajar sekolah kita saja yang dibunuh sejak akhir-akhir ini."





***

Hey, saya sendu ni hm :"(

☆ミ Psychoneurotic ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now